25 Januari 2014

Perjuangan al-Marhum Ustaz Harun Mesti Diteruskan

Satiful BahriKUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan takziah kepada keluarga al-Marhum Datuk Ustaz Harun Taib dan menyeru semua pihak mencontohi dan meneruskan perjuangan beliau.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat turut mengucapkan takziah kepada keluarga al-marhum dan mengucapkan terima kasih kepada hadirin.

Rakyat berhak pertikai lawatan Ahmad Said ke Antartika

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Khairuddin%20takiri.jpgKUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Dr Ustaz Kahiruddin Aman Razali berkata, pemerintah melibatkan etika beramanah dan bercakap benar dan pembohongan tidak sepatutnya menjadi akhlak pemerintah.

Beliau berkata, penafian oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan berhubung penglibatan mereka dengan lawatan oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said ke Antartika mewajarkan mempertikaikan kedudukan beliau.

“Penafian oleh Yayasan DiRaja Sultan Mizan tentang penglibatan mereka dengan lawatan oleh Menteri Besar Terengganu ke Antartika memerlukan penjelasan daripada pihak kerajaan negeri dan Menteri Besar,

Ribuan menghantar pulang murabbi ummah (+playlist)

Ribuan menghantar pulang murabbi ummah

KUALA TERENGGANU – Ribuan hadirin membanjiri perkarangan Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembik, Manir dekat sini bermula seawal jam 7 pagi untuk menghantar pulang ‘sang murabbi’ al-Marhum Tuan Guru Datuk Harun Taib pulang menemui penciptanya Allah SWT.

ustaz harun meninggal2[Gambar atas - Kedua-dua anak lelaki al-Marhum Ustaz Harun, Hamdi (kiri) dan hilmi (kanan) mengusung jenazah ayahandanya menuju tanah perkuburan]
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.10 tengah malam Sabtu 25 Januari setelah dimasukkan ke hospital Sultanah Nurzahirah, sehari sebelumnya.

PERUTUSAN KEPIMPINAN PAS DI ATAS PEMERGIAN DATO TUAN GURU HJ HARON TAIB

Saya bagi pihak seluruh kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama dengan ahli-ahli serta pendokongnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri al-Marhum, ahli keluarga, sahabat handai dan Dewan Ulama PAS di atas pemergian al-Marhum Dato’ Tuan Guru Hj. Haron Taib ke rahmatullah pada jam 12.10 awal pagi Sabtu 25 Januari 2014.

Sesungguhnya al-Marhum telah pergi dahulu bertemu Tuhan Rabbul Jalil di saat PAS dan ummah masih memerlukan bimbingan dan ilmu beliau.

al-Marhum Ustaz Harun Taib: Murabbi, Ayahanda Dan Teman

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Harun Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Panggilan telefon yang ringkas daripada YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Al-Fatehah Tuan Guru Ustaz Harun Taib meninggal Dunia

KEMASKINI 1.40AM - KUALA TERENGGANU – Adalah dimaklumkan mantan Exco Kerajaan Negeri Terengganu Dato’ Ustaz harun Taib telah meninggal dunia pada jam 12.10 sebentar tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui pesanan ringkas oleh anaknya yang juga Aahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun kepada pihak kami mnelalui pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.

24 Januari 2014

Nasib Peniaga Pasar Payang Semakin Tidak Menentu

pasar payang1KUALA TERENGGANU – Nasib yang menimpa para peniaga Pasar Besar Kedai Payang semakin tidak menentu menghadapi saat getir dalam sejarah, pasar yang sepatutnya menjadi warisan kepada negeri Terengganu.

Dalam pada Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said yang tetap berkeras mahu merobohkan pasar tersebut, seorang peniaga Cina Toh Yong Teng yang ditemui meluahkan keadaan sebenar, peniaga pasar yang pernah menjadi nadi kepada kehidupan warga bandaraya Kuala Terengganu.

“Kita berniaga semakin lama, semakin kurang gini lah……. orang kurang sampai (sebab) sekarang ‘supermarket’ merata- rata dah.

23 Januari 2014

Ustaz Wan Hassan berdoa agar nelayan yang hilang ditemui

IMG-20140123-WA0021
DUNGUN – Setelah mendapat maklumat, kemalangan menimpa seorang seorang nelayan yang terjatuh dari sebuah bot kira-kira pada jam 9.00 malam semalam, Ahli Parlimen Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli memendekkan satu mesyuarat yang sedang dihadirinya dan bergegas ke tempat kejadian.

Mangsa kejadian, Mohammad Bin Ariffin 40, dari Kampung Teluk Bidara disedari hilang oleh rakannya ketika mereka cuba memasuki kuala sungai Dungun.

Omabak besar yang datang secara tiba-tiba telah merempuh bot yang dinaiki mangsa bersama empat rakan yang lain.

22 Januari 2014

Nursyafiqah hilang sejak 17 Januari

kanak matiDUNGUN – Hasil siasatan awal polis mendapati, kanak-kanak perempuan yang ditemui mati, pernah hilang dan dilaporkan oleh ibunya kepada polis pada 18 Januari, 2014.

Dalam laporan tersebut menyatakan kanak-kanak tersebut telah hilang pada 17 Januari, jam 7.30 malam ketika ditinggalkan di dalam kereta kerana ibunya pergi berjumpa dengan kawannya di hadapan Restoran Ikan Bakar, Kuala Paka, Paka.

Mangsa, Nursyafiqah Adawiyyah Binti Abdullah berumur 2 tahun, ditemui di sebuah rumah beralamat Lot 8428 Taman Permint Sri Paka, Fasa 2, Paka, Dungun, Terengganu.
 

Presiden PAS Sempurnakan ‘Pecah Tanah’ Bangunan Baru MDI

MDI2MARANG – Majlis ‘Pecah Tanah’ pembinaan kompleks bangunan baru Madrasah Darul Iman (MDI) yang terletak dalam DUN Bukit Payong, akan disempurnakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 31 Januari 2014.

Menurut Pengarah Majlis tindakan DUN (MTD) tersebut, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, kompleks yang dijangka menelan belanja sebanyak RM400, 000 itu akan dilengkapi dengan ruang pejabat dan kedai.

“Angaran kos pembinaan kompleks tersebut RM400 ribu,didirikan setinggi 3 tingkat, aras pertama dibina ruangan pejabat dan kedai,
 

21 Januari 2014

Kehebatan Cawangan Kampung Oh Pasti Kembali

Dr Azman IbrahimSETIU – Lawatan Dewan Harian Majlis Tindakan Dewan Undangan (MTD) Jabi ke kampong dekat sini tersebut telah membuka satu lembaran baru ke arah penubuhan semula cawangan Kampung tersebut.

Menurut Pengerusi MTD Jabi, Dr Azman Ibrahim, hampir dua sesi, ahli-ahli PAS cawangan kampung Oh tidak berjaya mengadakan mesyuarat agong bagi cawangan mereka.

Beliau yang Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, telah mengimbas kembali sejarah jatuh bangun PAS cawangan Oh.

PAS Harap Mohd Zulkifli Bersabar

02 - KebakaranDUNGUN – Tujuh sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang setelah rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kampung Tanjung Pagar, di sini petang Isnin 20 Januari.

Ketua keluarga terbabit, Mohd Zulkifli Baru, 52, berkata, ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.00 petang itu, hanya anak sulung lelakinya berada di rumahnya.

Beliau berkata, anaknya tidak mampu berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat, dan memusnahkan hampir keseluruhan rumah kayu mereka.

Katanya, seorang lagi anaknya berada di rumah jiran, sementara tiga lagi belum pulang dari sekolah, manakala beliau dan isteri masih berada di tempat kerja.

20 Januari 2014

Masyarakat Tionghua Lebih Rapat Dengan PAS

Rantau Abang Bagi Limau1DUNGUN – Masyarakat kaum Tioghua yang tinggal di kawasan Dewan Udangan Negeri (DUN) Rantau Abang kini lebih terbuka dan lebih mesra apabila mereka mengenali PAS dengan lebih rapat.

Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun berkata, penerimaan mereka lebih positif berbanding sebelum Pilihanraya Umum Kali Ke-13 (PRU-13).

“Berbanding sebelum pilihanraya PRU 13 ada beza, nampak ada kemesraan yang telah terjalin.

“Kita berharap masyarakat Cina (Tionghua) akan lebih mengenali PAS dalam mendepani isu-isu dan permasalahan rakyat terutama di daerah Dungun, “katanya ketika semasa program ditemui kepada agihan sumbangan buah limau di sekitar Bandar Dungun di sini, semalam Ahad 19 Januari.

19 Januari 2014

PAS Perkasakan Media Hadapi PRU-14

bengkel media 3KUALA TERENGGANU – Seramai 56 orang petugas akan menjadikan kuasa media sebagai sumber untuk meningkatkan sokongan kepada PAS bagi menghadapi pilihanraya umum kali ke14 akan datang.

Setiausaha Lujnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, mereka yang terdiri dari para pembantu kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen serta pegawai media bagi setiap Dewan-dewanUndangan Negeri (DUN).

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...