30 Disember 2011

Lawatan Khidmat ke Kampung Bukit Murai

MARANG - Kampung Bukit Murai, walaupun terletak di Mukim Merchang dalam Parlimen Marang dan DUN Pengkalan Berangan, namun tidak ada jalan akses ke kamung tersebut dari daerah Marang.

Penduduk dan orang ramai yang berhajat ke kampung itu, terpaksa melalui Kampung Tok Kah di Dungun sebelum sampai ke Kampung tersebut.

29 Disember 2011

Benteng Ombak 1Malaysia ranap!


KEMAMAN – Ombak besar dan angin kencang yang datang bersama musim tengkujuh sejak minggu lalu meranapkan benteng yang baru dibina , di pantai Kemasik, dekat sini.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid, (Gambar atas kiri) pembinaan benteng  ‘pelik’ yang digelar benteng 1Malaysia tersebut siap pada bulan Ogos 2011.

Siap Menghadapi PRU13; Muslimat Guna facebook, twitter


KUALA TERENGGANU - Jentera  pilihanraya muslimat mesti melakukan persiapan terbaik dalam menghadapi PRU 13 yang sangat hampir.

Demikian ditegaskan oleh Haji Yahaya Ali, (Gambar paling kiri)  Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu sewaktu merasmikan program diskusi penceramah muslimat bersama mentor di Markas Tarbiyyah , Kuala Terengganu.

27 Disember 2011

Hakisan Pantai Teluk Lipat; Mana janji Zaabar nak buat benteng pemecah ombak RM1.5 juta


DUNGUN – Hakisan teruk akbat ombak besar yang melanda pantai Teluk Lipat dekat sini mendapat liputan pelbagai media.

Namun, tidak ada media yang mengungkit semula janji kerajaan Umno dan Barsan Nasonal (BN) kira-kira enam bulan dulu untuk menyelamatkan pantai yng indah itu.

Pada 7 April 2011, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd. Abdul Wahid bin Endut telah minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sektar menyatakan perancangan dan usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah hakisan pantai di negeri Terengganu seperti Pantai Tok Jembal Kuala Nerus, Telok Lipat Dungun, Rhu Rendang Marang dan Telok Kalong Kemaman

Hakisan Teluk Lipat pada 12 Disember dan 26 Disember, 2011

Pada 12 Disember, 2011



26 Disember 2011

Kurang Sekolah Aliran Agama; sikap ‘pura-pura’ ADUN Umno/BN diselar


BESUT – Peningkatan mendadak permohonan ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah aliran agama di daerah ini adalah kerana kesedaran yang semakin tinggi dikalangan ibu bapa.

Menurut  Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar (cikgu Solah), ibu bapa yakin bahawa pendidikan agama dapat membentengi pelbagai pengaruh negatif yang sedang menular masakini.

Pemberontakan dibenarkan dalam Islam?


MARANG - Riuh apabila Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengambil sikap tidak bersetuju dengan pimpinan tertentu dalam isu 'panas' yang berkait degan Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, beliau dan pihak Pemuda PAS bertindak sedemikian kerana ada sebab tertentu.

"Apabila Dr Hasan Ali mengaitkan isu Negara berkebajikan, maka (bermakna) ia telah memberontak, sesiapa yang nak memberotak, berontaklah......kerana Allah Maha Pengasih," katanya sambil memetik makna-makna daripada ayat al-Quran dalam Surah Al Hujurat ayat 9 yang bermaksud;

25 Disember 2011

PAS Sedia menjunjung titah Sultan Terengganu


- Mengembalikan kegemilangan pemerintahan Islam di negeri Terengganu
KUALA TERENGGANU
– Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, YBM Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, ramai yang bertemu dengan beliau, bertanya soalan yang sama.

Menurutnya, setiap kali beliau berjalan masuk ke kampung-kampung dalam DUN Ladang pasti ada yang bertanya, bilakah pilihanraya umum ke-13 akan berlangsung.

Warisan Sebenar Bagi Seluruh Rakyat Terengganu


- Orang ramai di jemput hadir ke Sambutan 100 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk
HULU TERENGGANU - Orang ramai yang hadir ke Sambutan 100 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk (Itqan) berpeluang melihat dan mendengar pengkesahan sejarah Islam di negeri Terengganu sejak tahun 1303.

Menurut Pengarah Sambutan, Haji Muhyddn Abdul Rashid, tahun 1303 adalah tarikh yang bersejarah dimana undang-undang Islam mula diamalkan di negeri Terengganu.

Ustaz Irwami dan basikal klasiknya


KUALA NERUS – Dalam pada anak-anak muda masakini merasa ‘glamour’ dengan memiliki dan mengayuh ‘Fixie’, basikal generasi baru yang berwarna warni, Ustaz Irwami Abdul Wahab, tetap berbangga dengan basikal ‘vintage’ yang diwarisinya.

Beliau berkata, seingatannya, moyang beliau menggunakan basikal tersebut untuk mengangkut padi sekitar tahun 1960an.

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...