18 Februari 2017

Lintas Langsung H355 (3); Ratusan Ribu Tegaskan

Oleh : Khairul Nizam Abdullah dan Salwana Ghani

KUALA LUMPUR - Ratusan ribu rakyat Malaysia hari ini tanpa mengira latarbelakang politik berhimpun bagi menyatakan sokongan padu terhadap pindaan rang undang-undang 355 yang akan dibentangkan diParlimen pada bulan Mac nanti.

Pindaan itu adalah bagi memperkasakan undang-undang mahkamah syariah yang sejak dulu lagi lebih rendah dari mahkamah sivil .

Lintas Langsung H355 (2) : Air Mata Pok Soh

Oleh: Dr Azman Ibrahim

Pok Soh dari Dungun, Terengganu. Saya perhatikan seimbas lalu di kalangan peserta H355 dari Terengganu, Pok Soh yang paling berusia. Walau saya tak sempat tanya berapa usia beliau, tapi saya yakin usia beliau telah melepasi seven series.

Janggut dan misainya tidak kelihatan lagi seurat pun berwarna hitam membenarkan jangkaan saya. Semangat dia berdiri gagah di bawah panas terik matahari. Entah sudah makan atau belum.

Melaungkan takbir dan slogan dengan penuh semangat. Saat doa dibacakan oleh YB Dato' Dr Khairudin Aman Razali, AJK PAS Pusat sebelum konvoi Terengganu memulakan perarakan ke Padang Merbok, saya melihat beberapa kali beliau mengesat air mata.

Lintas Langsung H355 (1) ; Turun Dengan Semangat Berkobar-kobar


Oleh : Dr Azman Ibrahim

Jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah hari. Mengikut jadual, peserta dari Terengganu diarahkan berkumpul di hadapan SOGO jam 3 petang.

Tiga jam lebih awal dari waktu yang sepatutnya, orang ramai terutama peserta Terengganu berpakaian ungu mula memenuhi perkarangan SOGO.

Aktivis Yayasan Amal Rebah Dalam Bas Menuju H355

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu (YAMCT), Mohamad Fauzi Abu Samah jatuh pengsan di dalam bas yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke Himpunan 355.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Cikgu Fauzi kini ditahan di Wad Kiambang 5C, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut saksi yang satu bas dengan beliau, "Dia (Cikgu Fauzi) mengadu tidak sedap badan dan berasa tangan sebelah kanan kebas juga mata mulai kabur, tidak nampak apa-apa selepas naik bas dari hentian Kijal,". ujar Encik Razali Mat Yunos

H355 ; Lebih 150 Petugas Media Buat Liiputan


KUALA LUMPUR - 19 petugas media 'Lidah Rasmi PAS' dari Harakah akan membuat liputan H355, daripada sejumlah kira-kira150 orang kakitangan pelbagai akhbar dalam dan luar negara yang telah  mengesahkan hadir  di Padang Merbok, esok.

Ketua Pengarangnya Wan Nordin Wan Yaacob berkata, jumlah gerombolan  'orang media' Harakah itu dibantu oleh petugas Kumpulan  Aktivis Media Independen (KAMI)  Ternggganu.

Lebih 10K Peserta H355 Mula Bergerak Ke Ibukota


Tepat jam 10.30 Jumaat malam, kesemua 11 buah bas membawa seramai 450 peserta H355 dari Kawasan Dewan Undangan (DUN) Jabi selamat berlepas.

Pengerusi PAS DUN tersebut, Dr Azman Ibrahim berkata, di samping itu, 10 buah kenderaan persendirian juga turut serta membawa kira-kira 40 orang peserta lagi.

17 Februari 2017

H355: Kecil Padang Merbok KL Kami Dadahkan

Padang Merbok pada saiznya hanya menampung 45 - 50 ribu peserta H355 pada satu masa. Gelombang kebangkitan ummah dan gelora ungu ini meyakinkan saya bahawa peserta akan melebihi jumlah 50 ribu.

2. Justeru itu, kecil Padang Merbok maka Kuala Lumpur kami tadahkan. Insyaallah, kawasan sekitar akan ditutup kepada lalulintas seperti yang diumumkan oleh PDRM untuk memberi kemudahan kepada pengguna jalanraya dan juga peserta H355 menghadirinya dengan selesa.

Jihad Memperkasakan Islam Menerusi Himpunan RUU 355

Dimaklumkan sekurang-kurangnya 1000 buah bas dengan 40,000 penumpang sedang dan bakal bergerak untuk hadir Himpunan RUU355 esok sabtu 18 februari 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Ini tidak termasuk ribuan lagi kenderaan dengan puluhan ribu lagi manusia. Mereka hadir sebagai menyahut seruan memperkasakan Islam di negara ini. Moga Allah ganjari mereka atas pengorbanan masa, tenaga dan harta benda mereka untuk perjuangan ini. Namun, di sana masih ramai yang tidak bersama hadir dengan jasad mereka tetapi mereka bersama perjuangan ini dengan dokongan doa dan semangat mereka.
Nabi saw menyebut ketika rombongan jihad bergerak bersama Baginda:

Tinggalkan PAS Kalau Tak Mahu Ikut Cara PAS

MARANG –  Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang PAS.

“Kalau orang PAS dia kena ikut cara PAS……… Kalau dia tidak mahu ikut cara PAS dia kena keluar. Itu lebih baik,

Panduan Kesihatan Semasa H355

Perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan kepada pindaan rang undang-undang 355 bidang kuasa Mahkamah Syariah akan diadakan pada sabtu ini. Sehubungan dengan itu berikut adalah beberapa nasihat kesihatan kepada semua peserta yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Untuk makluman semua bahawa perhimpunan dalam jumlah kehadiran yang ramai seperti itu boleh berlaku segala apa kemungkinan. Antaranya adalah cuaca panas yang melampau. Cuaca panas terlampau boleh mengakibatkan seseorang individu itu kena dehidrasi (dehydration) dan strok haba (heat stroke).

Arahan Kepada Peserta Himpunan H355 Dari Terengganu

Semua peserta hendaklah berkumpul di kawasan Sogo pada jam 3:00 petang sabtu, 18 febuari 2017.

Peserta yang mari awal dengan bas boleh turunkan peserta sekitar sogo dan yang guna perkhidmatan LRT  dan naik di Stesyen Putra LRT Terminal Gombak  boleh turun di Stesen Masjid Jamek - Jalan kaki ke Sogo dalam 2 minit.

Rayuan Derma Untuk Adik Muhammad



Oleh : Shahril Aswad

HULU TERENGGANU - Skuad Cakna Masyarakat Hulu Terengganu (SCM) hari ini melancarkan sumbangan derma kilat untuk bagi membantu adik Muhammad bin Abdullah .

Pengerusi SCM Mohd Safari bin Abu berkata, beliau adalah seorang pelajar Kolej Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Manir terlibat dalam satu kemalangan pada petang Rabu.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...