08 Februari 2014

Tarian Singa, Budaya Yang Tak Dapat Dipisahkan – Cikgu Azman Lua

Oleh Halfian Ahmad
IMG-20140207-WA0045
KEMAMAN – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kijal meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan ‘gaya’ yang agak berbeza dari sambutan di tempat lain.

Timbalan Pengarah MTD Kijal Cikgu Norazman Lua Abdullah yang juga seorang Cina muslim menyambutnya dengan mengadakan tarian kebudayaan, tarian singa.

Majlis tersebut turut di adakan diperkarangan rumah tiga orang kaum Tionghua muslim lain, di Kampung Bukit Kuang, pada Sabtu 7 Februari.

Keraian Presiden PAS Disambut Meriah Warga Tionghua Wakaf Tapai

Oleh AmaturRahman
Presiden Gong Xi1MARANG – Sempena Tahun Baru Cina, Preside PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah meluangkan masa untuk meraikan kaum Cina di pecan Wakaf Tapai dekat sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kawasan Marang diiringi oleh Pegarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong, mengagihkan buah limau mandarin pada Khamis 6 Februari.

07 Februari 2014

Berjumpa Setelah 20 Tahun Berpisah

Oleh Zul Shawalluddin
Ustaz ZakariaDUNGUN – Setelah hampir 3 tahun mengidap diabetes, Ustaz Zakaria Mamat, 48, Mantan Naib YDP Pas Kawasan Gombak yang juga imam utama Masjid Jamek Kampung Nahoda, Gombak, kini beliau diuji dengan kerosakkan buah pinggang.

Berita penderitaan dan kehadiran beliau di Kampung Pasir telah diketahui oleh sahabat karib beliau, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang juga ADUN Paka.

06 Februari 2014

Ekspedisi Antartika; Kerajaan Gagal Jelaskan Manfaat dan Kebajikan Untuk Rakyat?

anak kecilSETIU – Kerajaan negeri Terengganu dan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said gagal memberikan ‘rasionalisasi’ bagaimana perjalanan beliau ke benua Antartika memberi manfaat dan kebajikan kepada rakyat Terengganu.

Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu Dr. Azman Ibrahim mencabar Ahmad Said membentangkan perincian butiran ‘projek salji’ kepada rakyat negeri Terengganu.

05 Februari 2014

Bina Longkang Atas Jalan, Elak Bayar Pampasan Tanah

Oleh Aziz Jusoh
longkang atas jalan2DUNGUN – Penduduk Kampung Baru Kelinik, Kampung Nyior Paka dekat sini merasa hairan, bagaimana pihak kerajaan boleh membenarkan pembinaan sebuah longkang diatas jalan kampung tersebut.

Seorang buruh binaan, Zakaria bin Ismail, 56,  [Gambar kiri] terkilan kerana tudung longkang sepanjang lebih kurang 300 meter, tidak disiapkan dengan sempurna oleh pihak berwajib.

Bapa kepada 5 anak itu mengharapkan pihak yang bertanggungjawab supaya mengambil secepat mungkin kerana ia mengundang bahaya kepada penguna jalan berkenaan.
Menurutnya, sebelum ini sudah dua kali berlaku, dua anaknyamengalami kemalangan terjatuh kedalam longkang tersebut.

MIBG Ma’ahad Darul Quran Rayu Sumbangan Berterusan

mdq4KUALA TERENGGANU – Majlis Ibu Bapa dan Guru (MIBG) Ma’ahad Darul Quran (MDQ), Rusila, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang pada Majlis Makan Malam Bersama Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pengarah Makan Malam, Abdul Hadi Mohamad berkata, majlis tersebut dianjurkan bagi membantu pihak MDQ mengutip Dana Pembangunan untuk membina semula asrama putera yang terbakar tidak berapa lama dulu.

04 Februari 2014

Pelancaran Program ILHAM; PAS Terengganu Lipat Ganda Aktiviti Tarbiyah

Gimik pelancaran semula program Ilham disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan ManKUALA TERENGGANU – Perjuangan PAS adalah satu perjuangan yang berasaskan aqidah, yang mengambil kira dosa dan pahala dan bermatlamat untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata daya tahan kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS adalah tarbiah Islamiyah, yang mengekalkaan kewujudan PAS sehingga masakini.

03 Februari 2014

Belajar Tidak Halang Zakiyah ‘Jatuh Cinta’

Zakiyah AhmadSETIU – Walaupun masih belum menamatkan pengajiannya, Zakiyah Ahmad, 26, melahirkan rasa syukur kerana telah ‘jatuh cinta’ dengan kerja-kerja kemasyarakatan dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau merupakan Pengarah Karnival Anak Muda Setiu yang berlangsung sehari suntuk pada Sabtu 1 Februari, di dataran bersebelahan Dewan Sivik Jabi dekat sini.

02 Februari 2014

Keluar Bijih Besi 18 Juta Tan, Hasil Hanya RM1 juta?

IMG-20140131-WA0056KUALA TERENGGANU – PAS yakin dapat meneruskan momentum kebangkitan pada pilihanraya umum kali ke-13 lalu dan menggantikan pentadbiran negeri Terengganu selepas pilihanraya umum kali ke-14 akan datang, dengan kepimpinan yang lebih beramanah.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu Y B Ustaz Satiful Bahri Mamat, banyak hasil yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada negeri Terengganu tetapi hasil yang diperolehi tidak memberikan manfaat yang banyak kepada rakyat, kerana pemimpin tidak melaksanakan amanah.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...