15 Oktober 2011

Dasar kebangsaan bukan ajaran Nabi

KUALA TERENGGANU - Orang Melayu Islam di negara ini mestilah mendokong kerajaan yang berlandaskan Islam kerana politik tidak boleh dipisahkan dari agama.

Menurut Mursyidul Am PAS Dato' Tuanm Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerja menegakkan Islam, bukan suatu kerja main-main.

"kerja ini bukan kerja main-main, kerja ni kerja tuntutan daripada Allah,

PGU100K - Aktiviti Petang





Sekitar Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100K)






Bersih 3.0 boleh di adakan sebelum atau selepas PRU-13

- bergantung samada pilihanraya dijalankan secara adil atau sebaliknya
KUALA TERENGGANU
- Usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi orang Melayu supaya menyokong parti itu dalam ilihanraya akan datang terus gagal.

Menururut Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, isu-isu pembangunan seperti pembinaan jalan raya, tidak berkesan lagi mempengaruhi pemikiran rakyat, pada zaman 'internet' dan dikalangan generasi muda kini.

Walaupun di halang, rakyat Terengganu terus bangkit

KUALA TERENGGANU -  Perancangan awal program Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100K) yang akan diadakan di Kampung Tanjung Kuala Terengganu telah dihalang oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Namun, menurut Pengarah PGU100K, Ustaz Satiful Bahri Mamat, halangan tersebut tidak dapat menyekat kebangkitan beribu-ribu rakyat Terengganu yang hadir dalam ceramah Pra-perasmian PGU100K di Pantai Pandak Chendering semalam, Jumaat 14 Oktober.

14 Oktober 2011

HKR-PGU100K; Ribuan hadir mendengar ceramah di Pantai Pandak




KUALA TERENGGANU - Ribuan ahli dan penyokong PAS sedang berhimpun kini di Pantai Pandak Chendering dekat sini, mendengar ceramah pra perasmian program Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100k).

Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty akan menyampaikan pidato mereka pada malam ini.

Siaran langsung ceramah boleh diikuti melalui Terengganukini.net

Dengar rakaman audio di Buletinonline Radio;

Ucapan Pengarah HKR-PGU100K, Ustaz Satiful Bahri Mamat

Kembalikan hak kami! Amaran oleh peneroka Felda

KUALA TERENGGANU - PAS memuji tindakan berani hampir 77 orang peneroka di Kertih 2 dan Kertih 3 mengemukakan saman dan menuntut wang tanam semula mereka dari pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) julung kali di Terengganu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata perundingan secara diplomasi telah diadakan beberapa kali, namun pihak Felda gagal menjelaskan wang tersebut.

Oleh itu, menurutnya, tuntutan melalui perundangan dan mahkamah yang dibuat pada Khamis 13 Oktober adalah jalan terakhir.

Penipuan Felda terhadap KPG; 2,000 peneroka saman Felda RM1.5 bilion

KUALA TERENGGANU - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merakamkan ucapan syabas atas keberanian para peneroka di Felda Kertih 2 dan Kertih 3 yang membawa kes tuntutan wang caruman tanam semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Pengerusinya, Mazlan Aliman menyifatkan tuntutan saman terhadap pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang dibuat oleh 77 peneroka di Kertih 2 dan Kertih 3 merupakan kes pertama di Terengganu.

13 Oktober 2011

Persiapan HKR-PGU100K berjalan lancar

KUALA TERENGGANU - Persiapan tempat berhimpun program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno 100,000 (HKR-PGU100K) ditapak lokasi Pantai Pandak Chendering dekat sini berjalan lancar.

Menurut Ketua Persiapan, Ustaz Soud, sehingga jam 6.30 petang Khamis 13 Oktober, 80% kerja-kerja persiapan telah selesai.

"Bakinya, IsyaAllah pada malam ini (malam Jumaat) dan pagi esok (Jumaat) kita akan bereskan semuanya, dengan kerjasama ahli-ahli dan para penyokong PAS seluruh Kuala Terengganu,"ujarnya ketika ditemui Buletinonline.

77 peneroka saman Felda sebanyak RM1.3 juta

KUALA TERENGGANU - Tujuh puluh tujuh orang peneroka dari Felda Kerteh 1 dan 2, Dungun Terengganu telah memfailkan saman terhadap Felda di mahkamah Tingii didini hari ini 13 Oktober.

Peguam yang mewakili mereka, Encik Mohd Kamaruzaman Abd Wahab dari firma Aziz & Co berkata setiap peneroka menuntut bayaran RM17,000 setiap orang yang menjadikan jumlah tuntutan keseluruhan sebanyak RM1.3 juta.

Pasar Kedai Buluh; Bukti pembangunan bukan untuk rakyat

MARANG - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyelar sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang melaksanakan pembangunan untuk nama dan politik, bukannya atas kepentingan rakyat.

Beliau berkata, pembangunan Pasar Kedai Buluh adalah satu bukti tindakan kerajaan Umno yang melaksanakan pembangunan untuk 'kemasyhuran' dan publisiti.

Musim tengkujuh; Bantu segera nelayan dan petani

KUALA TERENGGANU – PAS menggesa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) segera laksanakan janji membantu para nelayan dan petani.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu merangkap Pengerusi Lujnah Pertanian PAS negeri Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata, lebih 200 nelayan di Kuala Kemaman tidak menerima elaun sara hidup bulanan sebagaimana yang dijanjikan.

Manakala, menurutnya, sehingga kini, hampir keseluruhan petani kecil tidak mendapat bantuan input, baja, benih dan racun

Selain itu, katanya, beliau menerima aduan dari para petani, tuntutan bayaran subsidi hasil pengeluaran sayur dan buah-buahan mereka tidak dibayar sejak Oktober tahun lalu (2010).

Tahun ketiga berkorban di Mondanao


- Yayasan Amal ajak laksana ibadat membantu umat Islam Filipina
KUALA TERENGGANU - Sepuluh orang delegasi dari Yayasan Amal cawangan negeri Terengganu akan berangkat ke Mondanao pada 4 November depan bagi melaksanakan misi kemanusiaan dan melaksanakan ibadah korban di Mindanao, Selatan Filipina.

Menurut Pengarahnya, Dr Hj Suhazeli Abdullah, tahun ini merupakan tahun yang ketiga badan bukan kerajaan tersebut membantu umat Islam yang merupakan golongan minoriti dinegara terbabit.

12 Oktober 2011

PGU 100K; Kakitangan kerajaan, agensi dan pihak swasta dijemput hadir

- tunjukkan bantahan kepada bajet Najib
KUALA TERENGGANU - Penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (PGU100K) di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu Kuala Terengganu pada 14 dan 15 Oktober ini, akan melengkapkan pusingan program mega berprestij itu di seluruh negeri Terengganu.

Ketika mengumumkan siri program Himpunan massa tersebut pada 24 Disember tahun lalu, Setiausaha Perhubungan Haji Yahaya Ali berkata, ia adalah dalam rangka PAS memberikan penerangan dan malumat kepada sluruh rakyat Terengganu, mengapa Umno dan Barisan Nasional perlu diganti dalam pilihanraya umum akan datang.

11 Oktober 2011

Gerakkan jentera ke medan; Operasi tawan Besut akan jadi kenyataan

BESUT - Para petugas dan penyokong PAS diseru menggerakkan jentera di peringkat masing-masing bagi memastikan cita-cita Operasi Tawan Besut (4+1) menjadi kenyataan.

Menurut Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali, pilihanraya ke-13 yang semakin hampir merupakan saat terbaik bagi membuktikan PAS mampu memenangi kembali negeri Terengganu dan menawan Putrajaya.

10 Oktober 2011

Agihan Bajet Kementerian Kesihatan; utamakan mana yang kritikal dahulu

Peningkatan sehingga 10.8 % peruntukan dalam Bajet 2012 untuk Kementerian Kesihatan diharapkan mampu untuk menyelesaikan beberapa keperluan prasarana kesihatan rakyat yang dikira kritikal dan telah tertangguh sekian lama.

Disamping beberapa tumpuan yang telah dinyatakan Menteri bertanggungjawab termasuk  penambahan  klinik 1 Malaysia, naik  taraf hospital-hospital kerajaan  dan klinik desa seluruh Negara serta beberapa lagi program-program yang diberitakan bertujuan ke arah peningkatan taraf kesihatan rakyat.

Bajet kecil, tapi bantuan segera

KEMAMAN - Walaupun tidak ada bajet besar, Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, memberikan sumbangan 'kilat' kepada mana-mana warga Chukai yang ditimpa musibah tanpa batasan politik.

Bukan seperti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dilaporkan menyediakan kebajikan 'berjuta-juta' kononnya, tapi pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hanya datang mengambil gambar.

Itulah ungkapan yang disampaikan kepada skuad BO oleh Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika ditemui menziarahi sepasang warga muda Chukai di Jalan Air Putih, disini.

09 Oktober 2011

Belanjawan 2012; kenaikan harga 'umpama semut', akan mengejar segala 'janji manis'

KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri dan pemimpin Barisan Nasional boleh gembira dalam sehari dua, sebaliknya semakin banyak persoalan yang perlu dijawab menjelang seminggu selepas bajet 2012 dibentang,

Menurut Ketua Dewan Muslimat Pas Terengganu, Cikgu Safinah Jusoh, rakyat sebenarnya sudah bijak menilai dan mampu melihat apa sahaja yang ditawarkan kerajaan sama ada memberi keuntungan atau sebaliknya.

“Mungkin tahun depan orang  akan tahu implikasi sebenar bajet, iaitu siapa yang benar-benar dapat atau tidak. Kalau keadaan ini berlaku (tidak menguntungkan rakyat) ia akan menjejaskan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran laman blog Muslimat di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai, pada Sabtu 8 Oktober

Perlaksanaan syariat; Ulamak seru masyarakat bincang dengan 'dada' terbuka

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS menyeru mana-mana pihak yang 'kabur' tentang perlaksanaan syariah Islam, Hudud dan Qisas, supaya lebih terbuka dan bermuzakarah dengan mereka yang berpengetahuan.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh mengharapkan golongan profesional khususnya orang-orang Melayu dan Islam supaya berbincang dengan dada yang terbuka dan fikiran yang lapang.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...