SETIU -
Keadaan yang 'suram' di kem Umno Bahagian Setiu disifatkan sebagai satu
petanda perpecahan parti tersebut ekoran satu demi satu, termasuk para
pemimpinnya meninggalkan 'parti purba' itu.
"Kesuraman di pihak kem Umno Setiu semasa proses penamaan calon
kelmarin barangkali petanda dari suatu sengketa dalaman ekoran krisis
semasa pemilihan calon-calon yang tak dapat disembunyikan lagi,
"Hadirnya
bekas MP Setiu sebagai calon bebas dengan misi khusus untuk menjatuhkan
ketua bahagiannya sendiri menambahkan lagi garam kepada luka yang
berkudis,"ujar Naib Yang DiPertua PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim
Beliau
berkata demikian ketika ditemui pada kempen pertama beliau di Kampung
Kerandang, Jabi, di sini [Gambar kiri Atas], selepas disahkan mewakili
PAS untuk bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd
Iskandar Jaafar, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi.

Menurut
Dr. Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Teregganu,
ucapan Yusof Majid sendiri membawa makna bahawa 'kelab' bekas-bekas ahli
Umno semakin bertambah dan membesar.
".......Permainan baru
saja bermula....... itulah ungkapan penuh makna calon bebas Dun
Permaisuri saat disapa ketika proses penamaan calon kelmarin,"katanya
yang mengulas, bukan sahaja PAS dan Pakatan Rakyat yang tidak suka
kepada Umno, bahkan ahli-ahli Umno sendiri.
Bekas Ahli Parlimen
Setiu (2004-2008), Mohd Yusop Majid bersedia berdepan tindakan yang
bakal diterima dengan perlucutan keahlian Umno secara automatik kerana
bertanding atas tiket Bebas bagi Dun Permaisuri.
Menurutnya, beliau sedia maklum berhubung perkara itu (dilucutkan keahlian) sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Umno.

“Saya
faham siapa yang bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN)
secara automatiknya akan terkeluar daripada Umno. Saya juga faham dan
saya telah baca perkara itu (perlembagaan).
“Bagaimanapun saya
ambil pendirian ini berdasarkan suara rakyat yang mahukan perubahan,
sekaligus menyuburkan semangat demokrasi di negara ini. Apa pun saya
harap masyarakat faham tujuan saya supaya hasrat mereka tercapai,”
katanya dilaporkan sebuah akhbar tempatan
Di Besut,
malam sebelum hari penamaan calon, bekas ahli Umno dan JKKK Hulu Besut
Abang Mat Bidi, merupakan 'audien' paling depan dalam ceramah di Kampung
Pasir Akar oleh calon PAS Dun Hulu Besut, Salahhuddin Jaafar.
Abang Mat Bidi, 62 tahun, atau nama sebenarnya Ramli bin Bidi bersama 31 orang rakannya keluar Umno dan
menyertai PAS pada 23 Mac lalu. [Gambar kanan paling kiri, sudah berbaju hijau]

Ketika
ditemui, beliau berkata, ramai lagi yang mengikuti jejak langkahnya
sejak BN mengumumkan Nawi Mohamad sebagai calon bagi Dun terbabit.
Menurutnya,
seluruh ahli-ahli Jawatankuasa Keselamatan Umno Hulu Besut telah pun
meletakkan jawatan sebaik menerima khabar bahawa Nawi dipilih semula
menjadi calon BN bagi Dun Hulu Besut.
Di Hulu Terengganu,
Mohd Nuhairi bin Muhammad, 42, [Gambar kanan bawah] yang muncul secara
mengejut di pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi semalam, disahkan
bertanding sebagai calon bebas bagi Dun Ajil.
Beliau seorang
'kapten kapal' merupakan ahli Umno seumur hidup, mengambil keputusan
untuk bertanding bagi menyelamatkan 'ahli-ahli Umno' dan rakyat
keseluruhannya.
Menurutnya, zaman sudah berubah dan dan berbeza
dengan masa lampau, politik masakini adalah politik 'dinamik' kerana
pemikiran rakyat kini juga telah berubah.