08 Mei 2010

Penamaan Calon PRK Sibu Berjalan Lancar



- Cabaran Tiga Penjuru

Pegawai Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu, Wong Seng Meng, mengumunkan pada 11.30 pagi, pertandingan dalam pilihanraya kecil parlimen Sibu adalah tiga penjuru antara calon DAP, BN dan Bebas.

DAP diwakili oleh Wong Hong Leng yang juga wakil rakyat Bukit Assek dalam DUN Sarawak, manakala BN meletakkan Lau Hui Yew dari SUPP manakala Bebas adalah Narawi Haron.

(Gambar - paling kanan, pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Ali, bersama perarakan mengiringi calon)


Raja Nazrin perkenan menerima menghadap Pakatan Rakyat Perak

Rhu Rendang, MARANG – Perdana Menteri , Dato’ Seri Najib Razak telah memberikan projek besar pertahanan kepada sebuah lagi syarikat yahudi, APCO International.

Projek tersebut yang bernilai lebih RM900,000,000 adalah untuk membangunkan satu kawasan tanah lebih 1000 ekar di Sungkai, Perak Darul Ridzwan, dianugerahkan Najib kepada syarikat tersebut ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaludin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah di perkarangan masjid Rusila disini semalam.

Kehadiran APCO terus dibantah

- Negara akan dijajah oleh Yahudi sekiranya Umno/BN terus memerintah

Bukit Tunggal, KUALA NERUS
– Rakyat terus membantah tindakan Umno dan Barisan Nasional, yang mengupah APCO Worldwide, sebuah syarikat Yahudi menjadi penasihat kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia.


Di Pekan Batu Enam, disini, lebih 500 orang telah turun telah ke jalan raya, sebaik selesai menunaikan Fardhu Jumaat, semalam.


ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, tidak mustahil Malaysia akan dijajah oleh yahudi sekiranya Umno/BN terus memerintah Negara ini.

07 Mei 2010

Peserta Kelompok Pertanian Dizalimi

SETIU - Seramai 16 peserta Kelompok Pertanian Al-Falah di Sungai Bari dekat sini, mendakwa mereka telah dizalimi apabila hasil tanaman kelapa sawit yang mereka usahakan, dirampas.

Segala titik peluh mereka menanam kelapa sawit secara usahasama dengan Yayasan Terengganu telah dinafikan.

Menurut bekas pesertanya, Ahmad Mohd Nor, 43, Kerajaan negeri Terengganu yang kononnya mengutamakan rakyat tidak ada belas kasihan dan perikemanusiaan langsung.

Katanya, beliau bersama rakan-ralkan yang lain telah membuat permohonan secara sah kepada Yayasan Terengganu mengusahakan projek pertanian bersepadu diatas tanah agensi tersebut.

Pemuda PAS DUN Paka Bantah Promosi Arak

Paka, DUNGUN – Seramai kira-kira 40 orang pemuda PAS Dun Paka telah berkumpul dihadapan sebuah kedai yang baru dibuka dibandar ini awal pagi semalam.

Mereka berhimpun dihadapan premis tersebut bagi membantah secara aman tindakan pemilik perniagaan ‘Poly Café’ mempromosikan jualan arak secara terbuka.

Ketua Penerangan DUN Rantau Abang, Shafie Agil, memberitahu Buletin, kedai tersebut terletak berhampiran Restoran Nasi kukus 3, baru dibuka dalam beberapa hari ini.

06 Mei 2010

RM1 juta Hanya 4 Buah Gerai

BESUT - Pelbagai persepsi serta reaksi timbul apabila sebuah Medan Selera Majlis Daerah Besut (MDB) yang terletak di pusat bandar Jertih menelan belanja RM1 juta?
Kos pembinaan bagi empat premis yang berharga mencecah RM1 juta tersebut didedahkan sendiri oleh Yang Dipertua MDB, Wan Mustaffa Wan Hassan, baru-baru ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad meragui kos pembinaan bagi empat buah premis di Medan Selera MDB tersebut berharga jutaan ringgit.

MTD Bukit Payong Bantu Kawasan Marang bina sekolah RM1 juta

MARANG - Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong yang dikuasai oleh PAS terus bergerak maju serta menabur bakti kepada masyarakat setempat meski pun dianak-tiri oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu. 
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata meski pun wakil rakyat PAS tidak mendapat peruntukkan dari kerajaan negeri tetapi khidmat sosial kepada masyarakat setempat dilaksanakan.

Katanya, melalui MTD Bukit Payong pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan mengikut kadar kemampuan.

Kondo Rakyat ‘tidak selamat’?

KUALA TERENGGANU - Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (TAWNT) sewajarnya mengutamakan kepentingan rakyat sebagaimana slogan ketrajaan negeri, merakyatkan pentadbiran dan pembangunan .

Tetapi, sebaliknya 120 orang pembeli kondo rakyat milik TAWNT mendakwa bangunan berkenaan yang baru disewabeli itu mempunyai banyak masalah serta diragui tahap keselamatannya.


Tinjauan Buletin mendapati pelbagai kerosakan diadukan oleh penghuni di Blok Haruan Kondo Rakyat Darul Iman itu serta diibaratkan ‘rumah sudah siap, pahat masih berbunyi’.

05 Mei 2010

BN Hilang Stamina, Perlu Rehat atau Digantikan

KUALA TERENGGANU – Negara kita, Malaysia tidak akan meraih pencapaian lebih baik daripada apa yang dinikmati ketika ini, selagi Barisan Nasional (BN) terus menerajui pemerintahan negara.

Ketua Penerangan PAS Terengganu, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, BN sudah hilang stamina mengukuhkan menggerakkan kerajaan sedia ada untuk bersaing dengan negara lain supaya lebih maju.

Oleh itu, keadaan itu memerlukan kebangkitan rakyat dengan menyokong Pakatan Rakyat dan BN perlu direhatkan atau digantikan, bagi memastikan perubahan menyeluruh.

“Negara memerlukan kepimpinan dan parti baru bagi membuat perubahan kerana pembangkang mempunyai kepakaran berbeza berbanding parti sedia ada,” katanya

Benarkah Masyarakat Berilmu itu ‘cerdik’?

HULU TERENGGANU – Keputusan pemilihan rakyat keatas parti yang akan diberi mandat untuk mememerintah sudah berbeza sejak Mac 2008.
 
Pada pilihanraya ke 12 yang lalu, majoriti penduduk di kawasan-kawasan Bandar dan pinggir bandar membuat perubahan memilih parti selain dari Umno dan Barisan Nasional.

(Gambar - Rakyat cerdik tidak termakan 'gula-gula' pilihanraya! suasana projek 'mee segera' dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor)

Trend pemilihan tersebut berterusan sehingga kepada pilihanraya kecil terbaru. Parlimen Hulu Selangor pada akhir bulan lalu.

04 Mei 2010

Terengganu Promosi Candat Sotong, Tapi Sotong Kurang

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu mempromosikan program ‘candat sotong dan menjadikannya acara tahunan, tetapi nelayan kata, sotong kini semakin kurang di Terengganu.

Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan (PNKTS) melaporkan bahawa musim sotong di negeri ini kurang menjadi tahun ini berbanding beberapa tahun lalu.

Pengerusi PNKTS, Abdullah Salleh berkata tangkapan yang dibuat oleh nelayan kadang kala amat mengecewakan di mana ada nelayan yang pulang dengan tangan kosong.

Usah Tunggu Pilihanraya!

MARANG – Para pemuda PAS diseru supaya menggiatkan usaha penerangan serta gerak kerja saraf bermula dari sekarang dan bukannya diwaktu hampir kepada pilihan raya sahaja


Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Terengganu dilihat antara negeri yang banyak isu-isu politiknya.

Katanya, isu-isu tersebut mesti dimanfaat dan diketengahkan bagi mewujudkan persepsi tertentu terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN)

03 Mei 2010

Memang Ada Sesuatu Di Belakang Mercu Tanda Kemaman!


Chukai, KEMAMAN – Antara projek yang menjadi kontroversi di Bandar ini adalah ‘Mercu Tanda Kemaman’ yang terletak di persimpangan pusat perniagaan Chukai Utama, berhadapan dengan Balai Bomba
Ia menimbulkan persoalan, bagaimana kerajaan negeri Terengganu boleh membina monumen daripada pasir, simen dan besi-besi,  serta plastik dan alatan elektronik, yang tidak memberikan sebarang makna, apatah lagi faedah kepada seluruh rakyat.
Tender cadangan pembinaan Mercu Tanda Di Persimpangan Pusat Perniagaan Chukai Utama, Chukai, dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kemaman pada 11 Oktober, 2005 dengan Rujukan (MPK/KEJ/8/2005).

ZHA Development Sdn Bhd; Satu Lagi Syarikat OKU Terengganu?

KUALA TERENGGANU – Sebagaimana didedahkan sebelum ini, orang-orang Umno Terengganu adalah cukup kaya dan raya! Sehinggakan terdapat satu-satu bahagian Umno itu mempunyai empat atau lima jutawan dikalangan ahli jawatankuasanya.

Begitu jugalah ZHA Development Sdn Bhd (ZHADSB), tidak kurang hebatnya seperti nama-nama syarikat yang terlibat dengan pembinaan mega yang lain; MZ Hakujaya, ArahJitu Sdn. Bhd, MSA Bina, Pembinaan M.A.N dan banyak lagi!

Umno Lebih Jahat Dari Yahudi, kata Dr Badrul Amin


KUALA NERUS – Setiap orang yang memberi kuasa dan memberi undi kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah bersekongkol dengan kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh parti itu.

“Dengan kuasa tersebut mereka fitnah Anwar Ibrahim, mereka zalim rakyat, mereka tindas rakyat, mereka rampas Perak, ”Mereka tangkap ustaz, mereka lokap ustaz, mereka ISA –kan Ustaz, semua yang bagi kuasa kepada BN tanggung dosa sampai kiamat,”kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keailan Rakyat (PKR) Dr. Badrul Amin Baharom.

02 Mei 2010

Perpustakaan Dungun ‘Tercemar’ Kerana Karenah Politik Umno

Sura, DUNGUN – Tindakan Pegawai Perpustakaan Dungun tidak membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura berucap dalam satu majlis di premis itu, telah mencemar pusat tersebut sebagai sumber ilmu dan maklumat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran DUN Sura, Haji Mohd Amin Hamid, Majlis tersebut yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta tempatan bertujuan menyampaikan taklimat kolej tersebut dan memberikan penghargaan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...