08 April 2010

Model Ekonomi Baru Akan Gagal Tanpa Modal Insan Cemerlang

http://buletinonline.net/images/stories/berita24/Sidang%20DUN%20Trg%20Ucapan%20Presiden%20PAS%20_ADUN%20Rhu%20Rendang_%20Part3%20001_0001.jpg- kerajaan dicadang laksanakan undang-undang berteraskan syari’at yang telah diluluskan
KUALA TERENGGANU – Walau sebaik mana sekali pun rancangan diatur dan dilaksanakan, ia tetap akan gagal sekiranya tidak dipacu oleh modal insan yang cemerlang.

Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak akan gagal sebagaimana Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana menghadapi masalah pelaksana.

”Masalahnya adalah masalah pelaksana, pelaksana inilah yang berkait dengan modal insan,

”dalam kita membina modal insan kita mestilah melihat kepada komponen-komponen yang asasi kepada naluri dan fitrah manusia,”saran Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga ADUN Rhu Rendang berkata demikian ketika membahaskan titah perasmian Tengku Seri Panglima Raja dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam, 7 April.

Menurutnya, Allah menjadikan manusia mempunyai jasad, ruh, individu, masyarakat, bahan-bahan yang digunakan, kewajipan terhadap hak-hak Allah dan khilafah iaitu memakmurkan mukabumi dengan peraturan dan kebijaksanaan yang diturunkan olehNya.

Katanya, komponen tersebut merupakan mata rantai yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain dalam membangunkan modal insan.

”Kita bercakap tentang Ulul-albab, kita bercakap tentang ‘khaira ummah’ sebaik-baik umat, bercakap tentang ‘ummatan wasata’, umat yang pertengahan,


“tetapi kita tidak menyentuh mata-mata rantai yang merupakan komponen bagi membentuk Ulul-albab, penekanan yang utama ialah aqidah,”jelasnya.

Bagi orang Islam, beliau berkata, aqidah adalah mengikhlaskan diri kepada Allah SWT dan menolak ‘toghut’ iaitu setiap yang melampaui batas, bukan sahaja dalam aspek ibadah, bahkan dalam cara hidup.

Katanya, undang-undang dan peraturan yang melampaui batas akan menjadikan manusia turut melampau batas dan tidak seimbang diantara rohani dan jasad.


Sebagai contoh, berlaku ketidakseimbangan tersebut, kata beliau, adalah jawapan bertulis yang diberikan kerajaan tentang kewujudan pusat snooker dan karaoke di negeri ini, dimana, menurutnya, undang-undang dan peraturan sedia ada membenarkan sebanyak 70 buah pusat tersebut beroperasi.


”Manusia tidak boleh mengawal hawa nafsu, sebagai contohnya saya lihat disini terdapat ketidakseimbangan,

”Bukannya kita tidak boleh berhibur, boleh berhibur, tetapi sejauh mana batas-batas sempadan dalam hiburan ini,

”saya tidak nampak batas-batas sempadan ini berlaku dengan cara yang teguh dan kuat,”tegasnya.

Dengan itu, katanya, adalah perlu batas-batas sempadan yang dapat mengawal aspek-aspek negatif dari hiburan ini, kerana ia adalah perkara yang sangat penting.

Justeru, beliau berkata, adalah baik bagi kerajaan negeri, jika dilaksanakan undang-undang berdasarkan syari’at Islam yang telah diluluskan oleh DUN dan telah ditandatangani oleh tuanku Sultan serta telah digazetkan.

”Kami telah meluluskan undang-undang berdasarkan syari’at Islam dalam (pada) penggal yang lalu, kerajaan tidak menolak, terus menerima, dan Tuanku (Sultan) telah ‘sign’ (tandatangan) dan (telah) digazetkan,

”alangkah baiknya, perkara ini dilaksanakan dan kami bersedia untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya,”katanya.

07 April 2010

Usul Agar Dewan Undangan Negeri Menyelesaikan Masalah “Mat Rempit”

Cadangan Di bawah Fasal 30 Peraturan -Peraturan Dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Terengganu

Perkara Yang Mustahak Bagi Orang Ramai

Dato’ Yang Dipertua,

Saya memohon izin dan mencadangkan untuk mengemukakan satu usul di bawah fasal 30 supaya persidangan Dewan ditangguhkan bagi maksud merundingkan satu perkara yang tertentu dan mustahak bagi orang ramai dan perlu disegerakan.

Perkara : Usul agar dewan Undangan Negeri yang bersidang hari ini mengambil ketetapan menyokong supaya Kerajaan Negeri Terengganu menyegerakan langkah-langkah pro aktif dan pelan bertindak bersepadu untuk menyelesaikan masalah “Mat Rempit” yang berlaku dalam negeri ini.

Kesyukuran kepada Allah dengan taufiq dan hidayatnya, saya dengan penuh rasa tanggungjawab ingin membawa dan mengemukakan usul di Dewan Undangan Negeri yang mulia agar semua Ahli Dewan Undangan Negeri membahas dan mendesak Kerajaan Negeri Terengganu agar bertindak segera untuk menyelesaikan masalah “Mat Rempit”.

Dato’ Yang Dipertua,

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter.

Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Mengikut kajian dijalankan Ketua Program Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Rozimi Ismail baru-baru ini didapati pembabitan remaja Melayu mencapai 95 peratus daripada keseluruhan Mat Rempit di seluruh negara.

Kira-kira 24 peratus daripada mereka mengaku pernah terbabit dalam jenayah, misalnya pecah rumah, curi motosikal, kumpulan samseng, vandalisme dan seks bebas yang kebanyakan daripada mereka berusia antara 14 hingga 25 tahun.

Masalah “Mat Rempit” juga membimbangkan di Negeri Terengganu. Permasalahan boleh diperhatikan di jalan-jalan, khususnya pada waktu malam-malam minggu. Tangkapan yang dibuatkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia terhadap kesalahan “Mat Rempit” yang terpapar di akhbar-akhbar menambahkan kebimbangan ini.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Terengganu perlu melakukan tindakan segera dalam menyelesaikan permasalahan ini.


Dato’ Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan. Terima Kasih.

MOHD NOR BIN HAMZAH

ADUN BUKIT PAYONG

06 April 2010 bersamaan 21 Rabiulakhir 1431

06 April 2010

Bantuan Bag Sekolah Ditarik Balik, Semata-mata Kerana JKKK

KUALA TERENGGANU – Oleh kerana kuasa politik yang diberikan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) menyebabkan bantuan bag sekolah kepada pelajar ditarik balik.

Sehingga kini bag sekolah yang sepatutnya diagih-agihkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan itu, masih tersimpan disekolah.

”Isu fokus saya, (berlaku) di Sekolah Rendah Kedai Buluh, dikatakan baru-baru ini cikgu-cikgu beri bag sekolah kepada pelajar-pelajar, pelajar-pelajar bawa bag balik kampung, balik rumah,

 
“Tak dang (sampai) dua tiga hari, cikgu beritahu pula, bag-bag hantar semula, sebab pengerusi JKKK kata, kena ‘sign’ (tandatangan) dia dulu, baru nak beri,”ujar ADUN Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah, memberitahu sidang DUN Terengganu.

Kerajaan Pusat Mesti Pulangkan Semula Hak Rakyat Terengganu

KUALA TERENGGANU - PAS menggesa kerajaan negeri Terengganu mengambil tanggungjawab yang serius, menuntut semula hak pembayaran royalti petroleum dari kerajaan pusat.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata tindakan tersebut adalah perjuangan menuntut dan memastikan keadilan bagi semua.
Sehubungan itu, beliau berkata, Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) perlu membahas dan memutuskan satu resolusi mendesak kerajaan pusat memulangkan semula hak rakyat Terengganu.

Sidang DUN Terengganu ; Usul Membahaskan Penarikan Pembayaran Royalti Ditolak


KUALA TERENGGANU – ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syead Ahmad Nawawi hari ini memohon mencadangkan agar sidang DUN Terengganu ditangguhkan bagi membincangkan isu penarikan balik royalti minyak oleh kerajaan pusat

Beliau berkata, ia adalah satu pencabulan kepada prinsip demokrasi, konsep federalisma dan melanggar perlembagaan Negara.

”Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana telah berlaku pencabulan hak, boleh menggugat demokrasi serta sistem federalisma,
”tindakan mengehsankan lebih RM15.8 bilion royalty minyak dibawah Dana Khas kerajaan persekutuan adalah menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam,”tegasnya.

Halal Hub Terengganu ; Tidak Ada Pemasaran Dan Tidak Perlu Pelabur Asing

- Exco Tidak Selaras Dengan Menteri Besar
 
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu menyatakan, sehingga kini tidak ada satu rancangan pemasaran yang meyakinkan dibuat untuk memasarkan hasil-hasil pengeluaran dari ‘Halal Hub’ negeri Terengganu.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Muhamad Awang Tera juga memberitahu, tidak perlu kepada pelabur asing untuk memajukan Halal Hub tersebut.

(Gambar - Pelan kedudukan tapak Halal Hub di Chendering yang dilaksanakan oleh Permint)

Muhamad berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (ADUN Rhu Rendang).

Sidang DUN Terengganu ; PAS Kemuka Dua Usul

KUALA TERENGGANU – ADUN PAS Terengganu akan mengemukakan dua usul dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dibawah Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah-perintah Tetap DUN Terengganu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata dua usul berkenaan adalah berkaitan isu royalti Petroleum dan isu berkaitan dengan gejala rempit yang melanda pemuda pemudi Terengganu.

”Kita, InsyaAllah akan mengemukan dua usul, yang kedua-duanya adalah mustahak bagi orang ramai, rakyat negeri Terengganu,

05 April 2010

Teguran Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Wajar

Kemaskini - titah Tengku Baderulzaman mengesahkan kegagalan kerajaan dalam membasmi kemiskinan.

KUALA TERENGGANU
- PAS menyambut baik teguran yang dibuat oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat
Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Tengku Baderulzaman dan berharap dapat memberikan peringatan dan kesedaran kepada kerajaan negeri.

Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata teguran tersebut adalah amat wajar memandangkan kemiskinan di negeri Terengganu masih di tahap tercorot.

Pemuda DUN Tepoh ; Berani ‘Tepuh’ Pelbagai Cabaran


Tepoh, KUALA NERUS – Pemuda PAS DUN Tepoh, InsyaAllah, dengan namanya itu akan berani menempuh pelbagai cabaran dalam usaha menegakkan Islam di bumi Terengganu Darul Iman.

”Kita yakin dan percaya dengan pemuda-pemuda kita, sesuai dengan nama pemuda Tepoh, ia akan menempuhi pelbagai cabaran, membujur lalu melintang patah,

”InsyaAllah, pemuda Tepoh melangkah maju kehadapan penuh perkasa mempunyai daya juang yang tinggi,

04 April 2010

AMK Ajak Pemuda Umno Berdailog Isu Rakyat

- 22 buah rumah akan diroboh kerana kepentingan projek Ketua Pemuda Umno
KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda KeADILan Terengganu (AMKT) bersedia berdailog dengan pemuda Umno bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan, kebajikan dan kecaknaan terhadap rakyat negeri ini.

Ketuanya, Faris Musa menyahut baik kenyataan Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin yang menolak perdebatan tetapi bersedia mengadakan dialog mengenai isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...