10 Februari 2012

Demo Bantahan JKKK Rampas Tanah Sekolah; Orang Ramai DiJemput Hadir

KUALA TERENGGANU – Orang ramai dijemput hadir ke satu himpunan bagi membantah tindakan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) merampas tanah Sekolah rendah islam Darul Bayan(SRIDB).

Menurut Penasihat Ahli Lembaga Pengarah SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat, ‘demo’ tersebut akan di adakan di tanah lapang berhadapan sekolah tersebut, di Jalan Santong, Paka, pada jam 1 petang, hari Ahad 12 Februari.

09 Februari 2012

Rusni Cabar Kerajaan Umno Terengganu Berdebat Isu Tanah Banggol Donas


BESUT – Bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas, Rusni Hassan, sedia berdebat dengan mana-mana pihak terutama kerajaan negeri serta ahli-ahli Puteri Umno tentang isu Kampung Banggol Donas yang melibatkan pengambilan tanah dan 22 buah rumah

Beliau melemparkan cabaran tersebut ketika beliau menyampaikan ceramah di Jerteh, Besut, pada Selasa 7 Februari, 2012.

07 Februari 2012

Isu Pelajar Trefound; Adakah Taman Burung dan Zoo Lebih Penting??


KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu (YT), Dato’ Seri Ahmad Said mesti mengambil tanggungjawab menyelesaikan kes pelajar Kolej Trefound Educare yang tidak dibayar elaun.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik berkata kerajaan negeri khususnya Ahmad Said tidak boleh berlepas tangan dan tidak peduli nasib hampir 200 pelajar kolej anak syarikat YT itu.

Awas Jalan ‘Hancur’ di Hadapan!


DUNGUN –  Jalan Haji Zainal Abidin yang merentangi bandar Dungun di sini tidak akan siap kerana kontraktor pembinaannya dilaporkan telah ‘melarikan diri’ akibat wang kos pembinaannya telah habis.

Menurut  ADUN Sura, Ustaz wan Hassan Mohd Ramly, Jabatan Kerja Raya (JKR) terpaksa mengambil tugas kontraktor terbabit dan melakukan kerja-kerja pembina secara berdikit-dikit.