11 Jun 2009

PRK Manek Urai; Pemuda Yakin Pertahan Kemenangan Peti Undi Laloh


MANEK URAI – PAS yakin mempertahankan kemenangan di Peti Undi (UPU) Laloh (Lakloh) dalam Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK) N.41 Manek Urai yang akan berlangsung pada 14 Julai depan.

Ketua Urusan Pengundi Muda DUN Manek Urai, Mohd Zamri Hassan berkata kemenangan sebanyak 187 undi di UPU Laloh akan dapat ditingkatkan dengan pelbagai program yang dirancang.

“InsyaAllah, kita akan mempertahankan kemenangan di Peti Undi Laloh dan juga kemenangan PAS dalam DUN Manek Urai,

“kita yakin kemenangan sebanyak 187 undi di peti undi ini (Laloh) sekurang-kurangnya akan kekal, bahkan mungkin akan bertambah,”katanya ketika di temui dekat Bilik Operasi UPU Laloh, Kampung Laloh, di sini semalam.

Beliau berkata beberapa program besar pra-penamaan calon, akan diadakan termasuk Pesta Sukan PASTI Negeri Kelantan yang akan diadakan pada 11 Jun (hari ini) di Padang Awam Majlis Daerah Dabong di Kampung Laloh.

Menurutnya terdapat dua kampung besar dalam UPU Laloh iaitu Kampung Laloh dan Kampung Sungai Rek dan beberapa kampung kecil iaitu Lebor, lela Jasa dan Pecah Pulai.

Pengundi dalam UPU Laloh, katanya, berjumlah 1600 orang dan akan membuang undi di Sekolah Menengah Laloh, di Kampung Laloh.

Tinjauan ke UPU Laloh adalah berikutan makluman dari Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Terengganu, bahawa kontingen PAS Terengganu akan ditempatkan di UPU tersebut bagi membantu jentera pilihanraya PAS Kelantan.

Walau bagaimana pun, Ariffin Deraman yang dihubungi Buletin Online kelmarin berkata JPN Terengganu akan bermesyuarat dengan pihak negeri Kelantan pada Sabtu 13 Jun.

“Berapa ramai petugas, skop tugas dan bila mula bertugas akan diketahui selaps mesyuarat dengan JPN Kelantan,”katanya.

Sementara itu, tinjauan Buletinonline ke DUN Manek Urai mendapati persiapan awal pilihanraya telah pun dibuat.

Markaz Induk yang terletak di jalan utama Kuala Kerai ke gua Musang mula dikunjungi para petugas manakala bilik-bilik operasi bagi UPU Lata Rek dan UPU Laloh telah mula dibuka.

Bilik Operasi UPU Laloh telah dibuka dengan rasminya mulai semalam, selepas satu majlis dihadiri oleh ADUN Galas, Che Hashim semalam.

Justeru untuk ‘pemanas suasana’, bendera PAS telah pun dinaikkan dibeberapa tempat strategik, menjelang hari penamaan calon pada 6hb Julai depan.

Peti Undi Laloh

09 Jun 2009

Henti Cakap Soal Kerajaan Perpaduan, Benamkan UMNO Benamkan BN

KUALA TERENGGANU - Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata tugas penting perlu dihadapi sekarang adalah melawan UMNO dan memenangkan PAS dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai serta mengalahkan UMNO dalam Pilihanraya Umum Ke 13.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang menurutnya hanyalah satu teori dan tidak relevan buat masakini.

"Tugas saya dan jentera adalah lawan UMNO, lawan BN, jadi dalam pilihanraya kecil ini kita nak benamkan UMNO nak benamkan BN, bercakap tentang kerajaan perpaduan tidak relevan pada waktu ini,

"tugas kita nak lawan UMNO/BN (di) Manek Urai dan nak lawan UMNO/BN (pada) pilihanraya ke 13 yang akan datang,"katanya dalam sidang media di Pejabat Agong PAS, petang ini 10 Jun.


Menurutnya, soal kerajaan perpaduan memang pernah dilontarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, namun ia tidak pernah dibincangkan sehingga menjadi satu keputusan.

Isu tersebut timbul, katanya, kerana mungkin ia dibangkitkan oleh pihak wartawan dalam sidang media Presiden PAS.

Katanya, walaupun Presiden PAS menyatakan ia hanya sekadar satu 'konsep', namun orang ramai telah tersalah faham membawa maksud 'PAS mahu
bekerjasama dengan UMNO'.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu merayu seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak membangkitkan dan menghentikan perbincangan berkaitan kerajaan perpaduan.

"Saya merayu kepada pimpinan PAS terutamanya, dan pimpinan Pakatan Rakyat supaya tidak membangkitkan soal kerajaan perpaduan, dan Tok Guru (Presiden PAS) dalam penggulungannya (semasa Muktamar PAS) menyebut (ia adalah) 'engagement',

"adalah salah bagi kita untuk menutup pintu kepada sebarang perbincangan untuk kepentingan negara dan untuk kepentingan masyarakat, tapi perbincangan bukan bererti (PAS) bersama dengan UMNO,

"kita bersama Pakatan Rakyat sekarang!",tegasnya.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita2/buletinsymbol.jpg
Klik Untuk Dengar Sidang Media Dato' Mustafa Ali

07 Jun 2009

Tragedi Bumbung Stadium Runtuh Akan Ke Parlimen


KUALA TERENGGANU – DAP akan membawa isu Tragedi Bumbung Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada 2hb Jun lalu ke sidang Parlimen yang akan bermula pada 15hb Julai akan datang. (Gambar - En. Ng bersama AMK membuat laporan di balai polis pada 3hb Jun lalu mengenai kejadian bumbung stadium runtuh)

Pengerusi DAP Terengganu, En. Ng Chai Hing berkata demikian ketika ditanya pihak media.

Beliau berkata ada sesuatu yang tidak kena dalam tagedi bumbung runtuh itu kerana Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, baru berusia setahun.

Katanya, siasatan terperinci mesti dilakukan untuk mendakwa pihak-pihak tertentu yang terlibat dalam isiden tersebut.

“Kita lihat ini, ada sesuatu yang tidak kena, sebab bangunan ini disiapkan dalam keadaan yang tergesa-gesa, bila berlaku demikian sudah pasti pihak kontraktor tidak akan mengikut peraturan pembinaan,

“Contohnya kalau dia (kontraktor) buat konkrit, sepatutnya dua minggu baru boleh buka, tapi sebab nak kejar masa, tiga (atau) empat hari dibuka,

“Jadi itu tidak cukup masak, tidak kukuh dari segi pembinaan,”jelasnya.

Katanya, mungkin Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, En. Lim Kit Siang sendiri akan membawa perkara tersebut ke Parlimen.

“Mungkin Lim Kit Siang (akan bawa), sebab pada hari berlaku isu (kejadian) ini dia menelefon saya, tanya (saya) keadaan stadium (yang runtuh) bagaimana ia boleh berlaku,”katanya.

Katanya, pihak DAP Terengganu akan menyiapkan satu laporan untuk makluman pimpinan tertinggi DAP peringkat pusat.

Bubar DUN Perak; Wakil PAS Terengganu Gesa Seluruh Warga PAS Berbai’ah


KUALA TERENGGANU – Kempen Bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (Bubar DUN Perak) telah dilancarkan dengan rasminya oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam Muktamar PAS Ke 55 di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Dalam sesi khas pelancaran Kempen tersebut, Ustaz Nasharuddin berkata, PAS mendesak agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan hak dikembalikan kepada rakyat.

"Kerakusan UMNO yang dengan sewenang-wenangnya merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak telah membangkitkan kemarahan rakyat. Sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat telah terbukti pada pilihanraya Parlimen Bukit Gantang yang lalu,


“oleh itu kita menyeru supaya DUN Perak dibubarkan dengan segera", tegasnya.(Gambar-Bekas Ketua Pemuda Terenganu Ustaz Azman Shapawi memakai 'headband' Bubar DUN Perak semasa pelancaran Kempen tersebut di Muktamar PAS Ke 55)

Sebelum itu, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad telah mengajak seluruh pimpinan dan ahli PAS berdiri teguh di belakang ahli dan pejuang PAS dan Pejuang Rakyat Perak agar berusaha untuk merampas kembali di negeri Perak dari tangan BN perampas kerajaan negeri Perak.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Besut yang baru dipilih, mewakili PAS Terengganu berucap dalam perbahasan Ucapan Dasar Presiden PAS.

Beliau turut mengajak seluruh ahli PAS supaya sama-sama bertakbir sebagai tanda menyatakan bai'ah kepada pemimpin PAS yang baru dipilih dalam Muktamar kali ini.

Ekoran saranan beliau, semua perwakilan telah bertakbir demi menyatakan pendirian, berdiri teguh dan berjuang; ‘hidup serta mati’ bersama kepimpinan PAS.

Justeru itu, bersempena pelancaran Kempen Bubarkan DUN Perak, kan ikat kepada (headband) berwarna hitam yang bertulis 'Bubar DUN!!' telah diedarkan kepada setiap perwakilan.


Sebaik Ustaz Nasharuddin selesai berucap, para pimpinan bergerak ke hadapan pentas untuk bersama-sama para perwakilan memakai headband tersebut sebagai tanda pelancaran kempen tersebut.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...