24 September 2011

Sampai kiamat pun selagi umur kita ada, kita mesti tegakkan Negara Islam - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebutan akhirat tidak ada dalam Nasionalis, sebutan akhirat tidak ada dalam Komunis, sebutan akhirat tidak ada dalam Demokrasi, sebutan akhirat tidak ada dalam Sosialis. Nasionalis, Komunis dan sebagai lagi ini ‘bekas’ (tempat) manusia hidup sekarang. Sebenarnya, semua itu bukan boleh jadi bekas untuk manusia kerana itu ideology manusia.

Bagaimana manusia boleh buat peraturan untuk manusia hidup. Manusia tidak boleh buat peraturan untuk manusia, tapi yang boleh buat peraturan untuk manusia adalah ‘tukang’ (pencipta) yang buat manusia. Lembu tidak boleh jaga lembu, tapi yang boleh jaga lembu ‘tuan’ (pemilik) lembu. Tuan manusia ialah Allah SWT. Bagaimana Allah hendak jaga manusia melalui al-Quran dan Nabi Muhamad SAW. Allah yang buat manusia lebih tahu untuk jaga manusia.
Al-Quran jadi dasar kita orang Islam. Sama ada orang Islam itu PAS atau tidak PAS, dasar kita orang Islam adalah al-Quran.

Kemudahan kesihatan untuk rakyat; bukan sahaja masalah pembinaan hospital Dungun.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja belum dapat menyelesaikan masaah pembinaan hospital Dungun yang tertangguh sekian lama bahkan beberapa kemudahan kesihatan untuk rakyat dibeberapa hospitallain di negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata isu terbabit melibatkan dua perkara iaitu hospital yang belum dibina dan kemudahan hospital yang siap dibina tetapi tidak dapat digunakan.

22 September 2011

Pelbagai pihak, kawan dan lawan, raikan Majlis Jamuan Hari Raya PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Jamuan Hari Raya yang diadakan di perkarangan pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu hari ini, Khamis 22 September.

Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata program tahunan PAS Terengganu mendapat sambutan yang cukup baik walaupun bertembung dengan program serupa yang dianjurkan pelbagai pihak dan agensi.

Sekitar Majlis Jamuan Hari Raya PAS Terengganu







21 September 2011

Syarikat milik Ketua Pemuda Umno gagal siapkan bangunan sekolah ikut jadual

KUALA NERUS - Tarikh tamat tempoh siap bangunan pada 11 April 2011 telah lima bulan berlalu, namun pembinaan bangunan sekolah Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu di Kampung Tok Jiring di sini, belum siap.

Bahkan, apa yang dibimbangi adalah, projek Kementerian Pelajaran bernilai RM 22,935,351.60 itu akan menjadi satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional yang 'tergendala dan terbengkalai'.

Tinjauan Buletinonline ke lokasi mendapati, tidak ada sebarang kerja-kerja pembinaan bangunan sedang dilakukan.

20 September 2011

Sekat belajar agama; wajah sebenar kerajaan Umno Terengganu

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik menyifatkan penafian bantuan pinjaman oleh kerajaan Terengganu kepada para pelajar melanjutkan pengajian didibidang agama ke Mesir adalah penafian dan diskriminasi.

"(pelajar lepasan) Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMUZA), Institu Pengajian Islam (INSPI) dan MARPA, telah dinafikan hak mereka untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan Terengganu, melalui Yayasan Terengganu berbanding kepada para pelajar ke tempat lain,

"dengan alasan mereka tidak mahu ambil risiko keatas pelajar (yang menuntut di Mesir),"ujarnya mengulas tindakan kerajaan Terengganu tidak memberikan bantuan kepada 22 pelajar Terengganu yang meninggalkan Malaysia Jumaat lalu.

19 September 2011

Percepatkan bantuan kepada mangsa ribut







- tenaga kerja Unit Amal PAS sedia membantu
Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

KEMAMAN - Sebanyak 60 buah rumah di FELDA Kerteh 6 dan 100 buah di FELDA Kerteh 6 rosak
akibat dilanda ribut Sabtu 17 September, melebihi angka anggaran awal mangsa musibah tersebut.

Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan (MTD) Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata demikian ketika ditemui.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman 'turun padang' dan meluangkan masa hampir setengah hari meninjau dan menziarahi rumah mangsa angin kuat tersebut.

18 September 2011

Pemimpin 'kanan' Umno, JKKK, terlibat meneroka tanah secara haram?

 Jabi, SETIU - Penduduk setempat mendakwa kegiatan meneroka tanah secara 'haram' begitu berleluasa di kawasan berhampiran dengan Kampung Gong Dohud dekat sini, sejak tiga tahun lalu

Ia melibatkan ratusan ekar tanah kerajaan yang dibersihkan dan dijadikan ladang kelapa sawit.

Menurut Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, kegiatan berterusan yang melibatkan 'sebuah organisasi' dan jentera berat itu, menimbulkan tanda tanya.

150 peneroka dilanda ribut; kehadiran Unit Amal disambut baik

Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

DUNGUN -  Ribut serta angin kuat yang melanda rumah-rumah peneroka di FELDA Kerteh 5 dan FELDA Kerteh 6, pada petang Sabtu 17 September, menyebabkan hampir 150 buah rumah mengalami pelbagai kerosakan.

Buletinonline dimaklumkan, angka mangsa dijangka akan bertambah apabila Unit Amal PAS DUN Kemasik 'turun padang' sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Operasi awal misi membantu dan menyelamat oleh Unit tersebut bermula pada Ahad pagi dengan kekuatan 10 anggota.

Sekitar Majlis Hari Raya PAS uala Nerus




Tuduh PAS tidak mahu negara Islam; Ahmad Said tidak sedar diri

KUALA NERUS - Seluruh jentera PAS diminta bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu Dr Alias Razak berkata pengumuman Perdana Menteri memansuhkan ISA merupakan tanda-tanda pilihanraya sudah terlalu dekat.

"ini merupakan tanda-tanda pilihanraya sudah dekat benar, kita semua harus bersedia untuk menghadapi pilihanraya bila-bila masa, mungkin tak sampai bulan sebelas (November),

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...