HULU TERENGGANU - Pengerusi Lujnah (biro) Pengguna dan Alam Sekitar, Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr. Alias Razak menggesa lesen pembalakan dalam air di kawasan Taman Negara yang diluluskan kerajaan negeri Terengganu kepada syarikat Wargasuria Holding Sdn Bhd, dihentikan serta merta.
Menurutnya, oleh kerana lesen membalak di kawasan tersebut dikeluarkan oleh kerajaan, adalah wajar lesen dan kebenaran tersebut dihentikan kerana ia menjadi kawasan habitat ikan yang merupakan sumber utama ikan di Tasik Kenyir.
"(terdapat) tompok-tompok minyak, mungkin (disebabkan) tumpahan minyak diesel (yang berlaku) semasa operasi menebang balak, ini (ia) akan menyebabkan habitat ikan yang selama ini hidup disini akan pupus,"katanya ketika ditemui sewaktu melawat kawasan pembalakan dalam air tersebut, di sekeliling Gua Bewah, Taman Negara Tasik Kenyir, disini, semalam Khamis 14 Oktober.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, ikan merupakan tarikan pelancong ke Tasik Kenyir dan pelancong datang untuk memancing dan melihatt habitat asli ikan-ikan yang sukar didapati ditempat-tempat lain.
Menurutnya, aktiviti pembalakan yang mencemarkan alam sekitar Taman Negara dan Tasik Kenyir akan menyebabkan tarikan pelancong itu hilang.
"pada pendapat (pandangan) kita (saya), kalau benda ini (aktiviti pembalakan) boleh menjejaskan tarikan pelancong di Tasik Kenyir, kerajaan (mesti) menghentikan dan tidak meneruskan pembeian lesen pembalakan di kawasan Taman Negara dan habitat ikan yang merupakan hasil (khazanah) yang sangat berharga,"tegasnya.
Berita sebelum ini;
Syarikat Mek Hawa cabul alam sekitar Tasik Kenyir
Langgan:
Catatan (Atom)
Seragamkan Fikrah Dan Istiqamah
28 tahun yang lalu ambe juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan Dungun iaitu tahun 1994.

-
KUALA TERENGGANU - Semua rakan dan taulan yang mengenali 'anak seni' Bob Lokman agar berdoa kepada Allah, memohon kesihatan dan kes...
-
KUALA TERENGGANU - Dua kali ADUN Batu Rakit, Cikgu Bazlan Abdul Rahman Persidangan pada Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam menyebut, katany...
-
Oleh : Nooreni Abu Bakar / Radhiah Alias /Wan Hadi KEMAMAN - Muslimat Muda (AMEERAH) yang baru habis tempoh berpantang bersalin beberapa ha...