28 Ogos 2010

Pendedahan Kebobrokan Program E-Book

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/topitfront.jpgdan Kerosakan Kilangnya Di Sembunyikan Media Perdana
KUALA TERENGGANU
- Pendedahan yang dbuat oleh ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi begitu jelas dan nyata beserta dengan bukti berdasarkan laporan Jabatan Audit Cawangan Terengganu.

Selain itu, Dr. Syed  bersama Setiausaha Pemuda Wan Ahmad Faizul serta Pengarah Penerangan PAS Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, telah memanggil pihak media ke lokasi, iaitu ptemis kilang Top IT Industries untuk menyaksikan sendiri kerosakan dan keretakan yang kekal, sebagaimana dilaporkan oleh Buletinonline;

Penyelewengan E-Book; Tiada Pemasangan Komputer

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita31/topitfront.jpg- Top IT hanya memasang program (software) sahaja
KUALA TERENGGANU
- Apa yang didakwa Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said berkenaan pengeluaran komputer bagi program E-Book dan perlaksanaan program tersebut adalah tidak benar dan jauh kenyataan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, sebanyak RM24,980,000 telah diperuntukkan kepada Top IT Industries Sdn Bhd

26 Ogos 2010

Kilang Pengeluar E-Book 'Bakal Runtuh'?

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/P1170741.JPG- Kerajaan Diminta Lindungi Keselamatan Nyawa Pekerja
KUALA TERENGGANU
- Kilang syarikat Top IT Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang didakwa oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said sebagai pengeluar komputer bimbit untuk pelajar, E-Book,  dibimbwangi akan 'menyembah bumi'.

Kebimbangan tersebut disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam satu sidang media khusus yang diadakan dihadapan kilang tersebut, di Gong Badak hari ini 26 Ogos.

Bantuan Atap Biru Hanya Untuk 'Orang Biru'

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/P3180202.JPGKEMAMAN - Dua tahun lalu, ketika mula menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said berikrar akan menyelesaikan masalah bantuan atap rumah di negeri ini.

Ungkapan serta janji-janji ‘manis’ tersebut dibuat pada Majlis Perjumpaan Menteri Besar dengan Kakitangan Awam Negeri Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman, 17 April 2008.

25 Ogos 2010

PAS Terus Menghulur Bantuan

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita31/adunsurayatim.JPGKUALA TERENGGANU - Disamping bergerak sebagai parti politik, Ramadhan yang sedang ditempuhi umat Islam memberikan ruang PAS bergerak sebagai Jamaah Islam atau gerakan Islam dalam memberikan khidmatnya kepada rakyat.

Walaupun tanpa sebarang dana atau bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu, wakil-wakil rakyat PAS terus menggalas amanah rakyat dan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai wakil yang telah dipilih oleh rakyat.

Penafian hak keatas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PAS untuk mendapatkan peruntukan kebajikan atau mendapatkan bantuan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik tidak mengurangkan usaha ADUN Sura memberikan perhatian kepada para pelajar di kalangan anak-anak yatim dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura.

Iftar Perdana 'Terbuka' DUN Chukai; Lebih 1,000 hadir

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/iftarperdanachukai.JPGChukai, KEMAMAN - Inovasi program dakwah dan penerangan PAS MTD Chukai berjaya menarik lebih 1,000 orang penduduk, duduk bersama mendengar tazkirah , sebelum Iftar (berbuka puasa) beramai-ramai di kawasan lapang secara terbuka di Kg Geliga disini semalam 24 Ogos.

Pengerusi MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat menyifatkan program Iftar Perdana 'Terbuka' DUN Chukai yang pertama kali dianjurkan menjadi 'pembuka mata' kepada warga Chukai khususnya golongan muda yang selama ini tidak didedahkan kepada program-program anjuran PAS

24 Ogos 2010

Pegawai Agama Terengganu Bernikah di Thailand?

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/pejabatagamabesut.JPGBESUT - Orang ramai di daerah ini meminta pihak berkuasa menjelaskan laporan yang menyebut bahawa Pegawai Agama Daerah ini yang turut terbabit bernikah dengan isteri keduanya di negara jiran, Thailand.

Sumber Buletinonline memberitahu pegawai berkenaan turut aktif dengan politik tempatan dan pernah disebut-sebut menjadi calon dalam pilihanraya umum ke 12, tahun 2008 yang lalu.

23 Ogos 2010

Tanaman Padi Kampung Jelapang; PAS Akan Beri Geran Milik Kekal

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/abcdielapang.jpgLangkap, SETIU - Para Petani yang mengusahakan tanaman padi di Kampung Jelapang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap dekat sini dijamin akan memiliki geran hak milik kekal sekiranya PAS diberi mandat memerintah negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata, pembukaan semula dan pemulihan kawasan penanaman padi Kampung Jelapang adalah bermula di zaman pemerintahan kerajaan PAS pada akhir tahun 1999.

22 Ogos 2010

umah Stor Mercun Meletup; Seorang Kanak-kanak Maut

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/gudangmercun.jpg KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan bunga api dan mercun meletup dalam satu kejadian di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini tengah hari tadi.

Mangsa yang maut Khairul Arif Ayob, 6, pelajar Taman didikan Kanak-kanak (Tadika) Kampung Losong Atap Zin di sini, dikatakan tercampak setinggi 15 meter ke atas pokok yang berhampiran dengan rumah itu akibat letupan kuat tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Penanam Padi Kampung Jelapang Tuntut Gantirugi

http://buletinonline.net/images/stories/berita31/padijelapang.gifSETIU - Lebih 20 orang petani Projek Tanaman Padi Berkelompok Kampung Jelapang Mukin Hulu Nerus disini menuntut kerajaan membayar atas kerugian yang mereka alami.

Tuntutan gantirugi itu dikemukakan berikutan hasil pendapatan dari penanaman padi mereka pada musim 2009 rendah kerana kerosakan yang disebabkan kecuaian pihak-pihak berkuasa terbabit.

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...