13 April 2013

1, 000 Anak Muda Terengganu Sertai Konvoi TOLAK Umno-BN

KUALA TERENGGANU - Lebih 1,000 orang anak-anak muda Terengganu yang menyertai Konvoi NGO anak muda TOLAK Umno dan Barisan Nasional berjaya menamatkan jelajah mereka di pantai perangnan Batu Burok pada kira-kira jam 5.30 petang.

Pegerusi TOLAK, Azan Safar berkata, sasaran konvoi TOLAK adalah menyebarkan risalah kepada kawasan-kawasan yang 'kuat' Umno sekitar Parlimen Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu.

"hari ini kita bersama gelombang anak muda Tolak Umno-BN, pakatan 30 NGO yang dilancarkan pada 15 Mac yang lalu di ibu pejabat Umno PWTC, tanda anak muda dan mahasiswa tidak takut dan tidak gentar berhadapan dengan Umno-BN,

'R' Terus Mengasak, Mendesak Kerajaan Kemuka Jaminan Royalti

DUNGUN - Sekretariat Kembalikan Royalti (R) terus mendesak kerajaan memberi jaminan agar royalti petroleum dikembalikan semula ke negeri Terengganu tanpa mengira samada Pakatan Rakyat atau sebaliknya yang akan memerintah pada masa depan.

Ahli Jawatankuasa Sekretariat 'R' Naraza Muda berkata perjanjian pembayaran royalti yang ditandatangani oleh kerajaan negeri Terengganu dengan Petronas mesti diambil berat dan diberi kepastian supaya hasil berbentuk royalti itu kembali ke pangkuan kerajaan negeri.

Apa Lagi Yang Umno-BN Tak Buat?

Dalam sejarah 55 tahun kemerdekaan dan selama itulah parti Umno mencengkam kuasa di negara ini, apa lagi tindakan yang Umno tak lakukan terhadap musuh politiknya, demi untuk mengekalkan kuasa, dan menggunakan kuasa untuk mengaut kekayaan negara!

Adakah segala-galanya 'halal' sebagaimana motonya demi untuk agama, bangsa dan negara? dan adakah rakyat akan terus meredhakan tindakan Umno itu sebagaimana slogannya dulu, kini dan selamanya?

Penuh 'hipokrit' dan kemunafikan, ramai para pengikut Umno yang jahil termasuk cerdik pandai di menara-menara gading yang bergelar professor akan berkata 'demi maruah bangsa'......Takkan Melayu Hilang Di Dunia!

Maka, tidak mengapa kalau di depan khalayak, pemimpin sehebat Hishamuddin Hussein berani membawa senjata merbahaya yang dihalalkan dalam perhimpunan agung Umno, menghunus keris dan mengangkat senjata tajam, yang sepatutnya sabit kesalahan!

Ribuan Rakyat Bahrain Anjur Protes Pada Musim F1 Berlangsung

Beribu-ribu rakyat Bahrain telah berhimpun menunjukkan perasaan berhampiran ibu negaranya, Manama, menggesa reformasi demokratik, sebahagian daripada siri protes yang dirancang oleh parti politik pembangkang, menjelang pertandingan kereta lumba 'Grand Prix Formula One' (F1)minggu depan.

Di bawah panji-panji "Demokrasi adalah hak kami," orang ramai berarak di kawasan penganut Syiah di selatan ibu negara itu, mengibarkan bendera Bahrain dan melaungkan slogan anti-raja pada hari Jumaat 12 April.

Polis menjauhkan diri dari demonstrasi tersebut apabila penunjuk perasaan mengecam raja Hamad bin Issa al-Khalifa dan bapa saudaranya Perdana Menteri Sheikh Khalifa bin Salman al-Khalifa.

Transformasi; Rakyat Bayar Untuk Umno Menang Lagi??

Melihat pada iklan-iklan propaganda Umno-BN di kaca telivisyen, menjadikan kita tercari-cari dimanakah yang dimaksudkan dengan 'transformasi' sebagaimana yang diwar-warkan, sebagai satu usaha pimpinan Perdana Menteri.

Kalau yang dipamerkan sebagai sebuah premis yang memberikan pelbagai khidmat itu sebuah transformasi, ia masih jauh dari makna sebenarnya suatu pembaharuan yang kononya telah dilakukan.

Empat puluh tahun yang lalu telah ada pusat pelbagai perkhidmatan dikampung-kampung yang memberikan rakyat pelbagai kemudahan seperti membayar bil air, bil elektrik, menjual stem dan menyediakan kemudahan dan lain-lain lagi, semuanya dibuat di satu lokasi, dipusat kecil pihak berkuasa tempatan yang diuruskan oleh seorang kerani.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...