07 Ogos 2010

Peneroka Dakwa Menjadi Mangsa Penyelewengan Felda

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/Dunhulubesut%20011.jpgBESUT - Seorang peneroka warga emas, Deraman bin Ngah, 72, mendakwa beliau menjadi mangsa kepada pengurusan Felda yang tidak mengambil peduli nasib yang dialami oleh para peneroka.

Beliau yang ditemui berkata, sejak akhir tahun 2004 sehingga kini, pengurusan Felda terus menerus memotong cukai tanah (CAC), walaupun beliau selaku pemilik tanah tersebut telah pun menjelaskan cukainya di pejabat tanah daerah Besut.

Menurutnya, beliau telah memperolehi hak milik tanah setelah melangsaikan segala hutang piutangnya dengan pihak Felda.

Istiqamah dan Gerakkerja Berlandaskan Ilmu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/karnivalbukitpayung.JPGBukit Payung, MARANG - Ahli serta penyokong PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payung diseru supaya terus beristiqamah dengan menambah ilmu dan mempertingkatkan gerak kerja parti ini dalam memasuki usia matang setelah 25 tahun penubuhannya

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian dalam Majlis Perasmian Karnival Jubli Perak Dun Bukit Payung di perkarangan Madrasah Darul Iman, Titian Baru Kedai Buloh, Marang, baru-baru ini.

06 Ogos 2010

Terengganu; Negeri Kaya Yang diSalah Urus

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/dpatgbunut.JPGKUALA NERUS - Negeri Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya dengan pendapatan hasil daripada royalti minyak, namun tidak banyak pembangunan yang dilaksanakan kerana ia di 'salah urus'.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah Terengganu telah melakukan pelbagai rasuah dan penyelewengan menyebabkan kurang pembangunan untuk rakyat.

"Kerajaan yang ada pada hari ini banyak sungguh benda buruk yang dia buat, bukan saya kata dia tak buat satu benda pun untuk rakyat, tapi (kalau) kerajaan lain daripada Umno/BN ni, banyak benda yang kita boleh lakukan, hari ini duit yang begitu banyak, dia buat habis belanja kepada benda lain,"jelasnya.

Menurutnya,negeri Terengganu ini sepatutnya negeri yang kaya kerana hasil royalti sebanyak 5% yang telah dirampas pada zaman pemerintahan PAS, kini diberi balik, walaupun masih tidak mengikut lunas undang-undang dan peraturan.

05 Ogos 2010

Maahad Darul Quran sambut jubli perak

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/Dato%27HusinAwang.JPGRusila, MARANG - Maahad Darul Quran (MDQ) Rusila akan menganjurkan Sambutan Jubli Perak MDQ, sempena 25 tahun penubuhannya bermula 5 hingga 7 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah MDQ, Dato' Husain Awang (gambar) yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu berkata, majlis perasmian dan penyampaian anugerah-anugerah khas MDQ akan diadakan pada 5 Ogos oleh Presiden Pas, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, pada hari itu juga, pelancaran buku ‘Jubli Perak MDQ’ akan turut diadakan sebagai penanda aras kejayaan MDQ melahirkan generasi al-Quran yang unggul, sejak 1985 lagi.

'Road-Map' Untuk Kembali Memerintah

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/CONVAR1980.jpgBESUT – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu sudah menyiapkan ‘Road-Map’ untuk kembali memerintah negeri Terengganu selepas pilihanraya umum ke-13 akan datang

Dua pimpinan tertinggi PAS Terengganu, Timbalan Pesuruhjaya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Setiausaha Perhubungan, Haji Yahaya berkata demikian dalam sidang media bersama yang diadakan di Felda Tenang, Hulu Besut, disini, Rabu 4 Ogos.

Haji Wahid berkata, tahap persiapan jentera PAS memuaskan setelah Badan Perhubungan PAS Terengganu menamatkan pusingan pertama lawatan kepimpinan PAS negeri Terengganu ke semua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) diseluruh Terengganu,

04 Ogos 2010

Bajet 2010 Terengganu Meningkat Menjadi RM2.2 bilion

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/WDI.jpg-Menjadi negeri mempunyai bajet terbesar di Semenanjung
KUALA TERENGGANU
- Kerajaan negeri Terengganu yang diterajui oleh Umno akan Mesyuarat Yang Kedua Penggal Persidangan Yang Ketiga Dewan Undangan Negeri Kedua Belas (Sidang DUN) yang akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos ini akan mencadangkan usul membuat ketetapan bersetuju meluluskan tambahan peruntukan.

Usul tersebut yang akan akan dikemukakan oleh wakil Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman mencadangkan peruntukan tambahan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM157, 096,700.00.

03 Ogos 2010

Orang Meninggal Pun Disenarai Penerima Zakat

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/zakatmeninggaldunia.jpgKUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kesal kerana berlaku kepincangan dalam pengagihan bantuan zakat Hari Raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata terdapat orang yang tidak layak seperti golongan muda, sihat dan yang sudah meninggal dunia turut disenarai sebagai penerima zakat.

Beliau berkata pemilihan penerima bantuan raya tahun ini dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Jawatankuasa Masjid dan Amil.

02 Ogos 2010

Kes Dadah Meningkat Secara Mendadak

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/suptroslanwahid.jpgKUALA TERENGGANU - Ketua Jabatan Narkotik, Polis Terengganu, Ketua Superitenden Roslan Abdul Wahid (Gambar) berkata kes-kes dadah naik mendadak dalam jangkawaktu enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menurutnya sehingga Jun lepas, 5,233 tangkapan telah direkodkan berbanding 4,083 pada tahun lalu.

Dalam tempoh yang sama seramai 119 pelajar dan siswa telah ditahan membabitkan kes dadah berbanding hanya 38 kes di antara Januari hingga Jun tahun 2009.

Kerajaan Terengganu Dan Pemaju Projek Udang DiBeri Ingatan

-http://www.buletinonline.net/images/stories/berita30/pemiliktnah.jpg Jangan Rampas Tanah Rakyat!
SETIU
- Kerajaan negeri terengganu dan pemaju projek ternakan udang, Blue Arechipelago diingatkan supaya tidak merampas tanah rakyat dan menzalimi pemilik tanah tersebut dalam melaksanakan projek berskala besar itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik menegaskan, rakyat tidak menolak pembangunan Taman Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP - Integrated Shrimp Aquaculture Park) yang diusahakan oleh Blue Archipelago dibawah agensi kerajaan, Khazanah Nasional.

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...