29 Oktober 2012

Hayati Roh Pengorbanan Sempena Eidul Adha

Allah meletakkan kepada kita seorang muslim, tanggungjawab yang sangat berat.
“Demikian kami jadikan kamu ummat pertengahan untuk menjadi saksi atas manusia dan rasul pula menjadi saksi atas kamu…” Al Baqarah 43

Dalam melaksanakan tanggungjawab berat ini, Allah memfardukan jihad ke atas setiap muslim, sama seperti Allah memfardhukan sembahyang ke atas kita. Kewajipan Sembahyang dicatat dalam Quran, kewajipan jihad pun sama dicatat dalam quran. Jihad menurut makna yang luas, makna yang syumul, sehingga hidupnya dakwah Islam. Jihad secara berterusan, demi untuk meninggikan agama Allah.

PAS Selangor Yakin Tambah Kerusi

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor bukan sahaja yakin, PAS dapat mempertahankan 8 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum ke-12 tahun 2008 bahkan menokok sekurang-kurangnya 8 kerusi lagi pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor, Haji Jamiluddin Elias berkata, walaupun terdapat manupulasi pendaftaran pemilih di setiap DUN sasaran oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) namun sokongan dari pengundi 'atas pagar' meningkat sehingga 40 peratus.

Parti Kebajikan India Akan Akan bertanding Dalam Pilihanraya

CHENNAI - Parti Kebajikan India (India Welfare Party) akan meletakkan calon-calonnya dan bertanding di kawasan strategik dalam pilihanraya negara itu pada November ini.

Parti Kebajikan yang dikenali sebagai 'sayap politik' kepada gerakan Islam 'Jamaat-e-Islami' merupakan parti yang baru ditubuhkan beberpa tahun lalu.

Menurut Pengerusi Jamaat-E-Islami Chennai Utara, Mohammad bin Ismail, sasaran kawasan yang akan ditandingi oleh parti itu adalah kawasan yang mempunyai penduduk Islam lebih dari 20%.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...