03 September 2011

Sambutan Rumah Terbuka Sempena Eidul Fitri; Petanda baik PRU ke-13

KUALA NERUS - PAS yakin menang dalam Pilihanraya Umum ke -13 (PRU13) dan menganggap ia peluang terbaik bagi mengambil alih pentadbiran negeri Terengganu dari Umnno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, ia berdasarkan sambutan luar biasa orang ramai yang hadir orang ke majlis sempena Eidul Fitri pimpinan PAS khususnya Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tunggal.

02 September 2011

Manifesto PAS Terengganu bela rakyat ditindas Umno

- (Kemaskini) PAS janji akan ganti setiap tapak tanah kediaman yang diambil kembali
KUALA TERENGGANU
- PAS Terengganu sedang menyiapkan manifesto pilihanraya umum ke-13 (PRU 13) untuk memberikan tawaran yang menarik sebagai pilihan kepada rakyat..

Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata ia akan di umumkan menjelang PRU13 akan datang.

"InsyaAllah bila hampir dengan pilihanraya kita akan umumkan manifesto kita sebagai tawaran kepada rakyat negeri Terengganu, khususnya, dengan imej yang lebih mesra dan lebih cakna,"katanya.

01 September 2011

Kemenangan Libya di pimpin oleh Islam

KUALA TERENGGANU - Ramadhan 1432H teah menyaksikan satu kemenangan bersejarah dimana rakyat Libya telah berjaya menjatuhkan regim Muamar Ghaddafi yang memrintah secara kuku besi

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kebangkitan dan kemenangan rakyat Libya adalah dipimpin oleh Islam diketuai oleh Sheikh Mustafa Abd Jalil.

Beliau berkata, Sheikh Mustafa telah dapat menyatukan semua kumpulan-kumpulan Islam, termasuk kumpulan sekular di Libya.

Rumah Terbuka pimpinan PAS; Kehadiran diluar jangkaan!

- 'Mood' rakyat begitu meyakinkan!
KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar tidak menduga begitu ramai yang berkunjung ke rumahnya apabila beliau mengadakan majlis rumah terbuka sempena Eidul Fitri semalam.

Beliau mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada sahabat handai dan rakan taulan yang 'bertali arus' sejak 1 Syawal lagi.

"Saya mengucap rasa syukur kepada Allah dan terima kasih kepada semua yang hadir, diluar jangkaan, mereka datang sejak 1 syawal,

Sekitar sambutan Eidul Fitri pemimpin PAS





30 Ogos 2011

Pemimpin kerajaan mejalankan tipu daya melalui polisi yang dicipta.

KUALA NERUS - Penguasa besar dunia bernama Firaun pun menjalankan tipu daya untuk menyesatkan rakyat dan negara, dengan sihir dan kekayaan harta benda.

Manakala pemimpin dan pembesar negara pula pada hari ini, melakukan tipu daya dengan dasar-dasar dan polisi-polisi yang dicipta,

"pembesar negara seperti Firaun dengan Perdana Menteri yang bernama Haman, dengan orang koperat bernama Qarun, maka semua ini  ada orang-orang yang ditunjukkan contoh tauladan  kepada ALLAH,

"maka tipu daya pemimpin dan pembesar negara kita pada zaman kita ini ialah tipu daya melalui (dasar-dasar) dan polisi-polisi penyiaran, polisi pembangunan ekonomi, hiburan dan sosial,"ujar Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik.

Perjuangan menuntut kemerdekaan belum selesai

MARANG - Perjuangan memerdekakan manusia belum selesai sehinggalah Islam didaulatkan, hukum Allah Allah ditegakkan dan syariat Allah diamalkan.

Sebaliknya menurut Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai.

"Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain.

28 Ogos 2011

'Sekampit Beras, Sekotak Kurma'; Perlu kepada tindakan susulan

KUALA NERUS - Program Ihya Ramadhan Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh memilih segmen secara langsung, para pemuda diantara 20-30 tahun yang kurang berkemampuan.

Menurut Ketua Penerangannya, Cikgu Fauzi Abu Samah, [Gambar - tiga dari kiri] program 'Sekampit Beras, Sekotak Kurma, yang dilaksana sejak pertengahan Ramdhan telah membawa para pemuda PAS berkongsi 'kesukaran' bersama 150 orang pemuda yang ditemui.

'Mini estate padi'; pesawah akan hanya jadi 'buruh' di tanah sendiri

KUALA TERENGGANU - Para pemilik tanah TOL dan 'umarah' padi di Kampung Jelapang Setiu hanya akan menjadi pekerja kepada syarikat 'mini estate' apabila menyerahkan tanah mereka kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, ia adalah menjadi amalan biasa mana-mana 'mini estate' yang telah diusahakan sebelum ini.

"Dia (kerajaan) minta serah semua sekali kepada dia jadi 'mini estate' padi, segala peruntukan akan mauk kepada syarikat ini dan kita akn jadi pekerja, jadi buruh sahaja,

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...