24 Disember 2011

‘Itqan Al-Muluk Bi Ta’Dil As-Suluk; kedaulatan Islam yang dikembalikan PAS


KUALA TERENGGANU - PAS telah mengembalikan kegemilangan pemerintahan kerajaan Islam Terengganu yang diasaskan oleh Sultan Zainal Abdin (III) telah dikembalikan ketika memerintah negeri ini tahun 1999-2004.

Undang-undang Islam yang digubal di zaman pemerintahan baginda Sultan Zainal Abidin (III) bukti Islam pernah berdaulat di negeri Terengganu.

Henti penghantaran pelajar ke Mesir Satu kesilapan besar


MARANG - Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali menyifatkan tindakan kerajaan Terengganu akan menghentikan penghantaran pelajar ke Mesir sebagai silap besar serta takutkan ‘bayang-bayang’ sendiri.

Katanya, polisi baru kerajaan Umno-BN itu menjadi suatu kerugian dari sudut keilmuan yang diperolehi  khususnya di Universiti al-Azhar, Mesir.

23 Disember 2011

Isu solat berasingan; Umno lebih suka masjid kosong!


BESUT - Seramai empat puluh orang pelajar daripada keluarga yang kurang mampu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut menerima sumbangan bantuan awal persekolah.

Majlis tersebut yang diadakan di Kampung Pasir Akar dekat sini telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar (gambar)

22 Disember 2011

Umno/BN gagal kurangkan kadar Pengangguran Negeri Terengganu


Setelah merampas pemerintahan dari PAS pada tahun 2004, kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu telah membelanjakan lebih RM10 bilion wang hasil royalti petroleum.

Walaupun berbelanja mewah dengan peruntukan bajet RM 2 bilion setahun sejak tahun 2005, namun kerajaan negeri Terenggau gagal mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

21 Disember 2011

Jangan bayar lagi cukai pintu, tunggu PAS menang


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu telah pun melaksanakan janji manifesto ketika memerintah negeri Terengganu diantara tahun 1999 hingga tahun 2004.

Antaranya adalah menghapuskan bayaran TOL Jambatan Sultan Mahmud dan mengecualikan pembayaran cukai pintu rumah kediaman.

20 Disember 2011

Hanya ada satu sahaja masjid di Kampung Padang Landak


- Umno dan Berita Harian membohongi rakyat
BESUT
- Tidak ada masjid lain selain dari masjid kampung Padang Landak dan hanya sanya ada satu sahaja masjid di kampung Padang Landak dalam daerah ini.

Oleh itu, ia amat-amat menghairankan apabila Berita Harian melaporkan dan memaparkan masjid Kampung Padang Landak  sebagai premis penyokong PAS menunaikan solat Jumaat berasingan, sedangkan itulah satu-satunya masjid yang mendirikan solat Jumaat dalam kampong  tersebut.

Ahmad Said belum tepati janji; Penduduk Ladang Gemilang masih bayar sewa


- bangunan RM25 juta Taman Ilmu bakal dirobohkan kerana tidak selamat
KUALA TERENGGANU
- Penduduk Kampung Ladang yang dipindahkan ke rumah pangsa (Flat) Ladang Gemilang dekat sini teraniaya dizalimi kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mengotakan janji.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar, mereka sebelum dipindahkan tinggal dirumah sendiri walaupun buruk, namun tidak perlu membayar sewa.

19 Disember 2011

Peluang Menang di DUN Bandar Cerah


KUALA TERENGGANU – Berdasarkan suasan politik semasa dan pemikiran terbuka serta matang para pengundi Cina di Kuala Terengganu, PAS yakin peluang menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar adalah amat cerah.

Menurut Pesuruhjaya PAS, Haj Mohd Abdul Wahd Endut, dengan kerja kuat ahl dan penyokong, PAS dan Pakatan Rakyat boleh menang kali ketiga di DUN tersebut.

Dasar kerajaan Umno ‘pekak dan tuli’!


- Ruhani, bekas Ketua Puteri jawab tohmahan
SETIU
– Ruhani Hassan, bekas Ketua Puteri Umno Kampung Banggol Donas yang telah mengisytharkan keluar Umno dan menyertai PAS pada 9 Disember lalu, menjawab segala tohmahan yang dlemparkan keatas beliau.

Beliau dengan tegas menolak segala tuduhan dan menyatakan isu besar beliau serta 80 orang yang lain menyerta PAS adalah kerana rumah mereka bakal drobohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menjelang PRU-13; Jangan beri ruang langsung kepada Umno/BN


KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu mengingatkan semua ahli dan penyokong supaya jangan memberi ruang langsung kepada Umno dan Barisan Nasional memecah belahkan perpaduan menjelang Pilihanraya Umum yang semakin hampir.

Setiausahanya, Haji Yahaya Ali berkata, semua pihak mestilah berhati-hati dengan permainan ‘media musuh’ terutamanya apabila mereka membuka ruang yang agak luar biasa.

Umno seleweng fakta solat Jumaat dua Imam, dua masjid


[Kemaskini] - Ahmad Said cuba menutup kelemahan pentadbirannya
KUALA NERUS
– Kerajaan Umno dan Barisan Nasonal Terengganu tidak bercakap benar dan menyelewengkan fakta tentang soal solat dua imam dan dua masjid.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly berkata, berlakunya solat dua Jumaat dalam satu qaryah adalah berpunca oleh tindakan kerajaan Umno/BN.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...