19 Mac 2011

Himpunan PGU2; 5,000 berhimpun sesi pagi


- Umno gagal anjurkan sukaneka
BESUT
- Hampir 5,000 orang berhimpun pada sesi pagi acara pra-perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali Ke-2 yang sedang berlangsung di bandar Jerteh, disini hari ini Sabtu, 19 Mac, 2011

Antara program yang dianjurkan pada sesi pagi adalah kuliah dhuha, pertandingan mewarna murid-murid Pasti dan perarakan bermotosikal dari ARC (Alternative Riding Club)

Perasmian PGU2 akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 2,00 petang.

Pelbagai lapisan masyarakat seluruh rakyat negeri Terengganiu yang sedang berhimpun kini sedang menikmati makan tengah hari 'jamuan rakyat' bersama pimpinan PAS yang telah di lancarkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada kira-kira jam12.30 tengahhari.

Presiden PAS dan Timbalan Pesuruhjayab PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut telah mengagih-agihkan makanna tengahari kepada semua peserta dan pengunjung yang berada di tapak Himpunan PGU2.

Sementara itu, Penolong Pengerusi Jawatankuasa IT Himpunan PGU2, Wan Anwar Wan Ahmad memaklumkan, Umno Bahagian Besut gagal menanjurkan program sukaneka yang dijadual pada tarikh dan hari yang sama dengan Himpunan PGU2.

Wan Anwar berkata program sukaneka tersebut yang sengaja dirancang pada awalnya untuk menganggu Himpunan PGU2, tidak dapat dilaksanakan kerana tidak mendapat sambutan.

"Sepatutnya di buat di kawasan 'parking' tempat pasar tani diadakan, tapi tak jadi, difahamkan ianya tak dapat sambutan dari ahli-ahli Umno Besut,"ujarnya ketika ditemui di tapak Himpunan PGU2.


17 Mac 2011

Menjelang PGU2; Jemput makan jamuan rakyat di Jerteh!




KUALA TERENGGANU - Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali ke-2 (PGU2) yang diadakan di Jerteh, Besut 18 dan 19 Mac ini bakal menyaksikan sekali lagi kebangkitan rakyat Terengganu untuk menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Pengarah Persiapan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata persiapan bagi menyediakan semua prasarana bagi PGU2 sudah masuk ke pringkat akhir dan InsyaAllah dapat diselesaikan petang esok, Khamis, 17 Mac.

Menurutnya, walaupun cuaca agak 'muram' sejak beberapa hari lalu, namun para petugas turun padang bagi memastikan semua kelengkapan disiapkan dan akan dapat menampung kehadiran sekurang-kurang 15,000 pengunjung.

"AlhamduliLlah, semua persiapan sudah masuk ke fasa akhir, lapangan himpunan, sebuah pentas utama, 30 buah khemah untuk peserta berteduh, InsyaAllah sudah dibangunkan, sekarang sedang menyiapkan 80 tapak gerai, yang masih lagi tidak putus-putus perminaannya,"ujarnya ketika ditemui skuad BO

Menurutya, sebagaiman tentatif yang telah diedarkan, PGU2 akan bermula dengan ceramah Pra-PGU2 dengan penceramah-penceramah handalan; haji Mohamad Sabu, Dato' Husam Musa dan YB Saifuddin Nasution.

Oleh itu, beliau berkata, segala-galanya yang berkaitan kemudahan untuk pengunjung akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya pagi Jumaat, 18 Mac, kerana  ceramah Pra-PGU2 yang akan diadakan sebelah malamnya.

Selaku tuan rumah, Ustaz Wan Azhar yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Terengganu yang bersedia untuk membuat perubahan 'PAS ganti Umno' dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Walaupun PGU2 akan mendapat saingan sengit dengan Umno Besut membawa 'wanita upahan' Umi Hafilda berceramah diseberang sana (bandar Jerteh), tetapi InsyaAllah, abangnya Azmin bersama kita,

"kita (PAS Besut) semua untuk hadir dan bersama-sama kita berhimpun, terutamanya bagi pihak Panitia Induk, saya jemput semua sekali untuk bersama-sama makan tengah hari dalam 'Jamuan Rakyat' pada Sabtu, 19 Mac, dari jam 12 tengahari hingga jam 2 petang,"jelasnya.

Katanya, sebanyak 20 ekor lembu akan ditumbangkan untuk dijadikan lauk jamuan rakyat.


 

15 Mac 2011

Lagi 'fitnah khalwat'; mangsa buat laporan polis


http://buletinonline.net/images/stories/berita43/mangsafitnah.JPGKUALA TERENGGANU - Seorang lagi mangsa fitnah 'Pegawai ADUN Khalwat' , Mohd Hassan Husin, 49, dari Kampung Gemuruh, Bukit Payung yang  membuat laporan polis terhadap sebuah pengendali laman web “darul ehsan today” yang memaparkan gambarnya sebagai tertuduh kes khalwat berlaku di Bukit Toman, Marang, 12 Mac lalu.

Buletinonline dimaklumkan, gambar beliau yang sedang duduk di atas sebuah motosikal di program Hari Keluarga Dun Bukit Payung di Kampung Paya Resak pada tarikh tersebut telah dimanipulasikan.

14 Mac 2011

Fitnah ‘Pegawai ADUN Khalwat’; Ustaz Mohd Nor buat laporan polis


http://buletinonline.net/images/stories/berita44/umnorfitnah.JPGKUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis, berikutan berita fitnah disiarkan akhbar Berita Harian pada Isnin, 14 Mac 2011. yang bertajuk ‘Pegawai ADUN mengaku khalwat’.

Laporan polis tersebut terpaksa dibuat pada jam 3.15 petang di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu setelah Balai Polis Kuala Terengganu tidak dapat menerima laporan kerana mengalami masalah talian internet.

Kerajaan Umno semakin ‘gelojoh’ ambil tanah orang Melayu

- rampas tanah rakyat tanpa membayar pampasan
KUALA NERUS
–  Isu tanah telah menjadi isu rakyat kerana kerajaan Umno yang memerintah Terengganu hari ini, semakin gelojoh mengambil dan merampas tanah-tanah orang Melayu.

Persoalan yang timbul ekoran tindakan itu adalah, apakah pertimbangan kerajaan terhadap pengambilan tanah orang-orang Melayu sekiranya kerajaan  Umno Terengganu adalah sebuah kerajaan orang-orang Melayu?

13 Mac 2011

Umno Terengganu 'tertekan'; meracau??


http://buletinonline.net/images/stories/berita43/bannerPGU.jpgKUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu berkemungkinan mengalami masalah 'tekanan' dan 'stress' sehingga alergi terhadap kain pemidang dan poster-poster serta ceramah PAS dan Pakatan Rakyat, sehingga menjadi tidak rasional menghadapi situasi politik yang sedang berlaku masakini.

Ketua Penerangan PAS Rantau Abang, Syed Agil berkata ia jelas apabila Umno mula 'meracau' dan mencabut apa saja yan menjadi syiar PAS serta Pakatan Rakyat sejak PAS melancarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.

Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali Kedua

http://buletinonline.net/images/stories/berita43/PCPGU2.jpg- Angin perubahan bergerak ke Utara setelah berjaya di Selatan
KUALA TERENGGANU
- 'Angin perubahan yang bertiup' bersama kebangkitan rakyat akan membawa program 'PAS Ganti Umno' ke sempadan negeri Kelantan setelah diadakan dengan jayanya di Chukai, Kemaman pada 15 Januari lalu.

PAS Terengganu akan menggerakkan Himpunan Kebangkitan Rakyat Kali Kedua yang akan di adakan di bandar Jerteh, dalam kawasan Parlimen Besut pada 18 dan 19 Mac ini.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...