14 Disember 2013

‘Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul’

Oleh; Mohd Tishaah

KEMAMAN – Pusat Bantuan Banjir PAS Kawasan Kemaman meneruskan usaha membantu mangsa banjir di Kemaman dengan menyalurkan pelbagai barangan keperluan harian kepada mangsa banjir dan membantu membersihkan rumah mereka.

Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata, ‘mesyuarat penyelarasan Bilik Gerakan (BG) Banjir PAS Kemaman diadakan setiap malam bagi menyelaras semua kerja.

“bagi mengelak pertindihan aktiviti membersih rumah dan premis serta mengagih barangan keperluan ke rumah,”.

“kedatangan petugas sukarelawan dan Unit Amal dari luar Kemaman amat ramai dan semalam dianggarkan hampir 1,000 orang telah datang dan kami menyediakan makanan kepada mereka ini’, ujarnya.

Menurutnya, bantuan keperluan dan peralatan seperti selimut, toto, tuala hingga periuk nasi elektrik datang dari para dermawan seluruh Malaysia.

Oleh itu beliau mewakili PAS Kawasan Kemaman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu warga daerah Kemaman.

“PAS Kawasan Kemaman ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua dermawan yang bermurah hati membantu mangsa banjir di Kemaman ini,” ujar Ustaz Alias.

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’.

Itulah ungkapan yang mampu diucapkan ADUN Ladang, Dato Tengku Hassan Tengku Omar ketika turun padang berjumpa dengan mangsa banjir di Kemaman semalam.

Beliau datang bersama 60 petugas dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ladang menyalurkan barangan keperluan seperti toto, selimut, bantal serta barang makanan dan membersih rumah mangsa banjir di Taman Permai Jaya, Batu 3, Kemaman.

Pada sebelah petang, ADUN Ladang dan rombongannya ke Kampung Jabur Kubur dan Kampung Mak Chili untuk mengagihkan barangan keperluan dan membersih rumah mangsa banjir.

Beliau meminta mangsa banjir bersabar dengan ujian Allah dan berkata ada hikmah di sebalik yang berlaku.

Pemuda Terengganu Sumbang RM15K

KUALA TERENGGANU – Bencana banjir yang melanda negeri Terengganu dan dianggap paling besar dalam sejarah sejak lebih 40 tahun lalu telah menarik simpati pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS Terengganu.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) turut menyampaikan sumbangannya sebanyak RM15,000 kepada Dewan Pemuda PAS Kemaman dan Jabatan Amal Malaysia negeri Terengganu bagi menjaya operasi bantuan banjir.

Ketuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata komitmen Pemuda PAS tidak pernah luntur dalam kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikan.

Justeru, katanya kerahan tenaga pemuda akan dilaksanakan mengikut peringkat-peringkat kawasan bersama dengan anggota jabatan amal.

“Hari ini, kami (Pemuda PAS) memberi sumbangan negeri kepada Pemuda Kawasan Kemaman dan Jabatan Amal Terengganu untuk melaksanakan operasi kerja-kerja bantuan banjir di Kemaman.

“Kami (Pemuda PAS) sentiasa komitmen dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan dan kebajikan untuk rakyat seluruhnya,” jelas Ustaz Kamaruzzaman.

Beliau berkata demikian selepas menyampaian sumbangan Pemuda PAS Terengganu kepada Pemuda PAS Kemaman dan Jabatan Amal Terengganu melalui Dana Taawun yang diwujudkan itu.

Menurutnya, sumbangan orang ramai masih diperlukan oleh Pemuda PAS negeri bagi melaksanakan kerja-kerja kebajikan yang mendatang.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiasaha Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nasir Abdul Razak, Pengerusi Lajnah Kebajikan Pemuda Terengganu, Ustaz Ramlan Mahmood dan Pengarah Jabatan Amal DPPNT, Ahmad Sauji.

GANTI Hulur Bantuan Sebagai Tanggungjawab Sosial

HULU TERENGGANU – Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) turut ‘turun padang’ merasai sama kesusakaran yang dihadapi oleh rakyat negeri Terengganu yang dilanda musibah banjir.

Presidennya Haji Amzad Hashim berkata pihak menyalurksn bantuan keperluan makanan kepada penduduk beberapa kampung di daerah Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu yang terjejas kerana bencana tersebut.

“(kita) dalam rangka kerja utnuk menyalurkan bantuan. Setakat ni dalam beberapa hari yang lepas kita telah menyalurkan bantuan air mineral Gau sebanyak 1,400 botol semua sekali, kita hantar ke Kemaman,

“kemudian disusuli dengan beberapa bantuan yang lain lah dan termasuk pada hari ini kita dapat, yang ni tindak balas serta-merta, petang semalam, kita dapat laporan ada beberapa keluarga yang kehabisan makanan,”ujarnya ketika ditemui di Kuala Berang dekat sini.

Beliau mendapat laporan tujuh keluarga berhampiran telah tersekat dan ‘keputusan’ makanan dan pihaknya mengambil langkah segera menyalurkan bantuan sebaik mendapat maklumat tersebut.

“Untuk hari ini kita ada seratus kampit beras, lima puluh kampit beras kita agih hari ini yang bakinya esok kita akan bawa ke Kemaman pula dan pada hari Jumaat juga,”jelasnya

Menurutnya tindakan GANTI menyalurkan sedikit bantuan setakat termampu adalah bagi menyempurnkan tanggungjawab sosial sebagai NGO, sesama Melayu, Islam dan rakyat Terengganu.

13 Disember 2013

Kempen ‘300 Periuk Nasi’ Capai Sasaran

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Kuala Terengganu akan menghantar misi bantuan kemanusiaan kali ketiga ke kawasan terjejas banjir di daerah Kemaman.

Menurut Setiausahanya Ustaz Mohd Soud Said, rombongan tersebut akan bergerak dari Kuala Terengganu pada jam 9.00 pagi dan dijangka sampai di Chukai sekitar jam 12.00 tengahari.

“pada hari ini Jumaat 13 Disember, Misi ke 3 bantuan banjir akan bergerak ke Kemaman, rombongan terdiri daripada para petugas bersama 3 buah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori ‘Ford Trader’,

“Kami bawa bantuan berbentuk barang dapur sebanyak 200 bungkus dan 300 biji periuk nasi (rice cooker)…….….disamping itu ada sedikit pakaian, toto, air minuman dan lain-lain,”ujarnya.

Menurut beliau, konvoi misi pada kali ini adalah Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu sendiri Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Sehubungan itu, Wan Sukairi ketika dihubungi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan memberikan sumbangan kepada kempen ‘300 periuk nasi’.

Katanya, walaupun kempen tersebut dibuat dalam masa yang singkat, namun ia telah Berjaya mencapai sasaran yang dihajatkan oleh PAS Kawasan Kuala Terengganu.

“Alhamdulillahhhh……..sasaran kutipan sebanyak 300 unit periuk nasi elektrik telah tercapai. Hanya dalam masa 36 jam sahaja atau sehari setengah sebanyak 306 unit periuk nasi elektrik yang berjumlah (berharga) RM14,688.00,

“telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan rakan-rakan fb dan teman teman di seluruh Negara,”ujarnya.

Beliau tidak menolak, untuk membantu mana-mana pihak yang mahu manganjurkan kempen seumpamanya bagi membantu warga Kemaman atau Kuantan yang dilanda banjir besar baru-baru ini.

Bahkan, beliau menawarkan pihaknya untuk menjadi pemudahcara bagi menyampaikan sebarang bentuk bantuan kepada mangsa banjir terbabit.

“Sekiranya (ada) teman-teman masih mahu menyumbang, kami bersedia terus menjadi pemudahcara untuk menyampaikan sumbangan anda kepada mangsa banjir di Kemaman,

“Syabas dan terimakasih diucapkan kepada semua para dermawan sekelian. Semuga menjadi amal soleh di akhirat nanti Insya Allah,”ujar Wan Sukairi.

PAS Besut Hantar ‘Gelombang’ Kedua Bantu Mangsa Banjir

BESUT – PAS Kawasan Besut menghantar 45 orang sukarelawan ke lokasi banjir di Kemaman bagi membantu misi kemanusiaan yang dilaksanakan oleh PAS di kawasan tersebut.

Menurut Yang Dipertuanya Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad operasi menghantar tenaga petugas dari kawasan tersebut bermula pada 11 Disember.

“ini merupakan ‘trip’ ke 2 selepas berjaya menghantar kumpulan pertama seramai 25 orang bersama bantuan pakaian dan makanan pada 7 Disember yang lalu,

“PAS Kawasan Besut masih berharap agar masyarakat terus memperlihatkan kecaknaan dan keperihatinan kepada mangsa banjir dengan menyumbang tenaga, wang ringgit dan apa sahaja dalam usaha berkongsi kepayahan dan kesusahan yang sedang mereka alami,”ujarnya

(Gambar : kenangan sukarelawan dari Besut di Balai Istiqamah, Cukai, Kemaman sebelum bergerak ke lokasi khidmat)

Dalam masa yang sama, beliau juga berharap, warga Besut khususnya agar turut membuat persiapan dalam menghadapi musim tengkujuh kali ini.

Katanya, gelombang banjir pertama yang membadai masyarakat Kemaman dan Kuantan merupakan ujian yang tidak dijangka berlaku dan berada di luar kotak pemikiran manusia.

“Sehebat mana pun kita, apabila Allah menghendaki ianya berlaku, maka tiada sesuatu yang mampu menghalang atau membendungnya. Itulah kekuatan yang Allah miliki,”jelasnya

Beliau merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih bagi pihak PAS Kawasan Besut di atas sumbangan-sumbangan yang dihulurkan seluruh masyarakat.

Katanya, kredit harus diberi kerana prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan yang menggerakkan usaha murni tersebut.

12 Disember 2013

Bantuan Banjir; PAS Laksana Negara Berkebajikan Walaupun Belum Menang

KUALA NERUS – Kerja-kerja kesukarelawanan dan gotong-royong serta membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah adalah merupakan amalan yang di lakukan dalam sebuah ‘Negara Berkebajikan’.

Ahli Jawataankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik berkata, PAS melaksanakan agenda ‘Negara Berkebajikan’ tersebut dalam membantu mangsa banjir ‘luar biasa’ yang berlaku di Kuantan dan Kemaman.

“(mereka) tidak tahu benda-benda ini semua semua, kita (ahli-ahli PAS) walaupun kadang=kadang tak tahu tapir uh (Negara Berkebajikan) itu sampai kepada kita dan menjadikan kila melaksanakan kerja (kebajikan),

sukarelawan muslimat setiu“dan menjadikan PAS sebagai sebuah jamah yang akan memberikan kekuatan kearah dakwah Islam dan kesejahteraan pada masa akan datang,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika melepaskan konvoi sukarelawan PAS Kawasan Setiu yang akan membantu mangsa-mangsa banjir di Kemaman, di perkarangan Maahad Tahfiz Wal Tarbiyah adril Iman, Kampung Tok Jiring pada hari Rabu, 11 Disember.

Menurutnya, PAS tetap melaksanakan agenda Negara Berkebajikan tersebut dalam aktivitinya walaupun masih belum menang di negeri Terengganu dan menawan Putrajaya pada pilihanraya umum kali ke-13 yang lalu.

Turut sama dalam majlis ringkas tersebut adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu Ustaz Saharizukirnain Abdul Kadir dan ahli-ahli Jawatankuasanya.

Ustaz Abu Bakar berharap konvoi bantuan tersebut dapat melaksanakan tugas di kawasan yang terjejas kerana musibah banjir dan selamat kembali untuk melaksanakan tugas selaku pejuang PAS ditempat masing-masing.

Ahli Jawatankuasa PAS Setiu, Abdu Raof Muhammad ketika ditemui selepas majlis itu berkata seramai 30 orang orang sukarelawan, muslimin dan muslimat berlepas dengan konvoi tersebut yang merupakan konvoi rasmi pertama dari PAS kawasan itu.

11 Disember 2013

Kerajaan Umno-BN Terengganu Tidak ‘Cakne’ Rakyat

MARANG – “Semua soalan saya ditolak, samada soalan lisan ataupun yang bertulis, “ begitulah luahan kekesalan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Beliau seperti tidak percaya dengan penolakan kesemua soalan-soalan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu kali ini.

Dan penolakan soalan-soalan ini pada pendapat beliau, sebagai bukti kerajaan tidak mengambil berat tentang permasalahan rakyat.

Kesemua 12 soalan beliau yang ditolak itu adalah hasil dari perbincangan beliau dengan rakyat, agar ianya bukan soalan yang terkeluar dari kehendak dan keinginan rakyat.

Oleh itu beliau menyimpulkan bahawa penolakan soalan itu adalah penolakan kepada kehendak rakyat negeri Terengganu.

Bahkan beliau turut memberikan contoh, iaitu usul mengenai banjir yang memusnahkan banyak harta benda di Kemaman dan Dungun baru-baru ini, turut ditolak oleh Speaker dengan alasan ianya tidak perlu disegerakan.

Usul bagi membincangkan hal berkenaan banjir yang luar biasa berlaku di Kemaman dan Dungun itu telah dibawakan oleh Adun Rantau Abang YB Haji Alias Harun untuk dibincangkan tetapi ditolak oleh Speaker
“Sidang Dun adalah medan terbaik bagi wakil-wakil rakyat mencari kata sepakat dalam menentukan contohnya, jumlah bantuan bagi mangsa banjir.

Ianya (Sidang Dun) seperti yang diusulkan, boleh digunakan bagi memutuskan untuk menubuhkan platform khas bagi mengkaji punca banjir dan pelan perancangan yang teratur dimasa akan datang.

Tetapi jika kesemua soalan dan usul untuk kepentingan rakyat ditolak maka bagi saya ini menunjukkan kerajaan tidak perihatin kepada rakyat,” jelas beliau.

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi membahaskan bajet 2014 sedang berlangsung selama empat hari bermula 9 Disember dan akan berkahir pada 12 Disember 2013.

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...