29 Mac 2008

Mad Said Menang Deris balik kampung – MT UMNO perakui lantikan







Ahmad Said selamat terima watikah, Penyokong Idris buat Himpunan Haram

Kuala Terengganu, 23 Mac – Dato’ Ahmad Said selamat menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Negeri Terengganu di Istana Tamu(Al-Muktafi BiLlah Shah)
Majlis perisytiharan dan penyampaian watikah ringkas disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad Said menerima watikah tersebut pada jam 8.15 pagi dan kelihatan meninggalkan istana pada jam 8.30 pagi, tanpa menemui pemberita.

Sebelum dari itu, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu menyerahkan memeorandum 23 Adun BN kepada setiausaha MPPR Shafie Ali pada jam 7.55 pagi.
Dalam perkembangan lain, penyokong-penyokong Idris yang kebanyakkan datang dari Besut dilaporkan berhimpun di kediaman Idris dan juga Seri Iman di Batu Burok.

Sekitar jam 9.45 pagi, Rosol telah mengadakan satu sidang akhbar di perkarangan Seri Iman.
Rosol menyatakan, selain boikot, mereka juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN)

Beliau juga memberitahu pihak media bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan juga sedia meletakkan jawatan jika diperlukan berbuat demikian.

Bagaimanapun, apabila pemberita memaklumkan kepada beliau bahawa mereka yang telah meletakkan jawatan, tidak boleh bertanding semula, Rosol menjadi tersentak dan spontan menjawab "tengok dulu".
Selepas sidang media tersebut, kira-kira 100 penyokong Idris berarak keluar dari Seri Iman dan menyeberangi jalan menuju ke Taman Awam Batu Burok, sambil mengangkat kain rentang berbunyi "Kami menyokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh" dan “Terengganu masih diperlukan Dato’ Seri Idris Jusoh”



Ahmad Said Mula Tugas Esok – (Lakonan) Rosol berubah watak

Kuala Terengganu, 24 Mac - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato’ Ahmad Said yang menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu semalam berkata beliau akan mula memasuki pejabat Menteri Besar untuk memulakan tugasnya pagi esok.
Bernama melaporkan, Ahmad berkata beliau tidak perlu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar kerana tiada peruntukan undang-undang mewajibkan perkara itu, selepas menerima watikah perisytiharan pelantikan jawatan berkenaan daripada pihak istana.

Ahmad menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua majlis itu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman, semalam dengan disaksikan dua lagi anggota Majli Penasihat Pemangku Raja(MPPR) iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Pelantikan beliau itu sekaligus telah mengenepikan Dato’ Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang dikatakan sebelum ini telah mendapat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam perkembangan lain, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Rosol Wahid, berubah watak, menjadi kendur dan menerima cadangan supaya kepimpinan tinggi kerajaan mengadakan pertemuan dengan pihak istana bagi menyelesaikan segera kemelut pemilihan Menteri Besar Terengganu.
Walhal semalam Rosol sungguh-sungguh berkata kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah berikrar untuk berdiri teguh di belakang Idris Jusoh dan tidak menerima sebarang pelantikan selain dari Idris.
Rosol juga berkata, kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu tidak menolak kemungkinan untuk melepaskan jawatan masing-masing sekiranya Ahmad tetap memegang jawatan Menteri Besar negeri ini.

Rosol juga kelmarin bersusah payah berdiri didepan pagar istana menyerahkan memorandum kesemua 23 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu kepada MPPR setelah tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan istana



Mad Said masuk kerja – Deris tak tahu apa dosanya?

Kuala Terengganu, 25 Mac – ADUN Kijal Dato’ Ahmad Said(Mad Said) melangkah masuk ke Wisma Darul Iman(WDI) pada jam 8 pagi hari ini memulakan hari pertamanya sebagai Menteri Besar.

Lebih seratus orang berhimpun diluar WDI dengan kawalan ketat polis, bercampur-campur antara penyokong, pembantah dan orang awam.

Mad Said memasuki bangunan pentadbiran negeri pada 7.50 pagi diiringi oleh pengawal keselamatan dan kelompok penyokong.

Mad Said telah disambut oleh Setiausaha Kerajaan Mokhtar Nong dan beberapa pegawai tinggi yang lain, mengiringi beliau ke pejabat Menteri Besar, tingkat 16.

Bagaimanapun Mad Said menolak untuk masuk ke pejabat kerana dinding pejabat tersebut dipenuhi dengan potret Deris.

Walaupun dihujani dengan pelbagai kontroversi, Mad Said nampak yakin setelah mengalahkan Idris Jusoh(Deris) dua kali sebelum dan selepas pilihanraya ke 12.

Kali pertama dia berjaya melepasi halangan ‘cantasan mega’ Deris dan tersenarai dalam barisan calon pilihanraya umum lalu setelah membuat ugutan secara terbuka terhadap Deris.

Hari ini, Deris kalah kali kedua dalam tempoh sebulan apabila Mad Said berjaya masuk ke WDI sebagai Menteri Besar mengetepikan Deris selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang telah mendapat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri.

"Walaupun keadaan dipenuhi dengan kontroversi, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berkhidmat demi masa depan rakyat Terengganu." katanya yang dipetik oleh sebuah agensi akhbar nasional.

Kelmarin, ketika menjawab satu pertanyaan bagaimana beliau mahu bertugas sedangkan tidak mendapat sokongan kesemua ADUN berkenaan Mad Said berkata, beliau akan tetap melantik Exco di kalangan mereka dalam tempoh terdekat.

Dakwanya, ada di kalangan ADUN berkenaan sebenarnya telahpun menyatakan sokongan kepadanya secara senyap.

Mad Said juga pernah mendakwa dia telah mendapat sokongan dari 13 ADUN yang berpaling tadah dari kem Deris.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris malaporkan Mad Said berkata bukan semua ADUN menentangnya, ditambah sokongan dari rakyat.

”Tanya orang ramai samada mereka bersetuju dengan perlantikan saya, pasti majoriti mereka dibelakang saya” kata Mad Said dalam himpunan penyokongnya di Kemaman kelamarin

Dalam perkembangan lain, rupa-rupanya Deris selama ini khayal dengan segala slogan ciptaannya sendiri,
sewaktu menjadi Menteri Besar, sehingga tidak tahu apa dosanya kepada istana Terengganu.

Sehingga hari ini, walaupun telah tidak diperkenan oleh istana Terengganu dan menjadi berita hangat dalam media cetak dan elektronik, Deris masih mendakwa hubungannya dengan pihak istana adalah baik.

Dengan sikap ego yang berterusan beliau berkata beliau sedia menghadap Seri Paduka jika diberi peluang untuk memohon maaf terhadap sebarang kesalahan yang telah dilakukannya kepada pihak istana.

Sedangkan sekiranya beliau benar-benar bersifat rakyat, beliau seharusnya terus ‘menjunjung kasih memohon maaf’ kepada Tuanku.

Kata-katanya sebagai dilapor akhbar perdana ``Sebagai hamba Allah, saya tak terlepas daripada melakukan kesilapan,'' tidak membawa sebarang makna, kini.

Sehubungan itu, Unit Komunikasi(UKOM) Kerajaan Terengganu, Unit yang dahulunya cukup kuat menjadi alat propaganda Deris telah pun mengeluarkan berita yang menggelar Mad Said sebagai Yang Amat Berhormat(Y.A.B) namun tidak dicatat sebagai ‘Menteri Besar Terengganu’



Mad Said Menang Deris balik kampung – MT UMNO perakui lantikan



Kuala Terengganu, 27 Mac - Akhbar perdana versi Internet melaporkan Mad Said diperakukan sebagai Menteri Besar Terenganu oleh Majlis Tertinggi(MT) UMNO dalam mesyuarat MT UMNO yang diadakan pada petang ini.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sini.

Sebab-sebab perakuan itu dibuat tidak dinyatakan, namun desas-desus menyatakan keputusan MT UMNO adalah ekoran pertemuan Pak Lah dengan Tuanku Sultan Mizan kelmarin.

Sewaktu sidang media, Pak Lah cuma berkata perlantikan itu "mungkin sesuai dengan perlembagaan negeri Terengganu", sedangkan sebelum ini dia mengeluarkan satu kenyataan keras menentang pelantikan Mad Said dengan mengatakan ia bertentangan dengan perlembagaan.

Bernama didalam berita penuh versi Bahasa Malaysia pula melaporkan kemudian, Perdana Menteri berkata MT membuat keputusan menyokong pelantikan Ahmad dengan mengambil kira kenyataan terbuka bekas Menteri Besar Deris Jusoh bahawa beliau akan menerima siapa sahaja yang dipilih menjadi Menteri Besar. "Yang penting, Terengganu perlu ada kerajaan," katanya

Manakala Malaysiakini melaporkan Man Bakar, Ketua UMNO Bahagian Marang berkata tidak ada seorang pun dari ahli MT yang membantah.

Perakuan MT UMNO keatas pelantikan Mad Said sekali gus mengenepikan Datuk Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang sebelum ini mendapat watikah pelantikan daripada Abdullah menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua.

Sokongan MT UMNO itu juga membuktikan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin UMNO sendiri adalah cakap-cakap sebuah parti politik yang semakin tidak bertenaga.

Antaranya kenyataan Setiausaha Agung Umno yang baru Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor turut memberi amaran kepada Ahmad bahawa tindakan disiplin untuk menyingkir beliau daripada parti akan diambil jika beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar.

Perkara yang juga berlaku sejurus selepas Mad Said menerima watikah dari MPPR pada 23 Mac. Seramai 23 orang ADUN telah membantah dan mengugut akan meletakkan jawatan sekiranya Mad Said meneruskan hasrat menerima pelantikan sebagai Menteri Besar.

Rosol sendiri yang berdiri diluar pagar Istana Tamu menyerahkan bantahan dan kemudian kesemua 23 orang ADUN tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur untuk dikurung kerana ditakuti didatangi oleh agen-agen Mad Said bertujuan memujuk mereka.


Perakuan pelantikan Mad Said itu juga menunjukkan bahawa UMNO tidak boleh mengatasi kuasa istana didalam melantik MB dinegeri-negeri.

Walaupun begitu, Pak Lah dilaporkan menafikan bahawa keputusan MT UMNO menerima Mad Said itu memalukan dirinya dan partinya

Selain dari Terengganu, Raja Perlis juga tidak menerima pakai watikah pelantikan dari Presiden UMNO.

Cabaran Mad Said kini adalah untuk melantik barisan Exco kerajaan Negeri. Bliau dilaporkan sebelum berkata barisan exco itu bakal menyaksikan perubahan besar dengan kemasukan muka-muka baru


Akhirnya, Idris dan Geng 23 Tunduk dan Akur

Kuala Terengganu, 28 Mac
– Idris Jusoh (Master Mind) dan Rosol Wahid, Ketua ‘Geng 23’ serta ahli-ahlinya yang terdiri dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu akhirnya tunduk dan akur menerima pelantikan Mad Said.
Dengan mengalir air mata(menangis) mereka merubah pendirian sebagai mentaati arahan baru dari Presiden UMNO(God-Father), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Operasi Geng 23, Rosol Wahid berkata, kesemua ADUN terlibat telah menyatakan sokongan terhadap Mad Said di hadapan Abdullah ketika pertemuan selama dua jam dengan Perdana Menteri di Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 malam tadi.

Menurut beliau, dalam pertemuan tersebut, Abdullah telah menerangkan kepada mereka sebab mengapa Majlis Tertinggi (MT) UMNO menerima keputusan Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) melantik Mad Said sebagai Menteri Besar Terengganu

Keputusan Majlis Tertinggi UMNO tersebut bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agong UMNO, Adnan Mansor yang sebelum ini mengugut akan melucutkan keahlian UMNO Mad Said.

Abdullah Ahmad Badawi terpaksa membuat keputusan memperakui dan menyokong pelantikan Mad Said oleh MPPR selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu kelmarin.

Geng 23 telah memainkan peranan menyebabkan kekecohan di Negeri Terengganu yang mengakibatkan kehidupan rakyat terumbang ambing dan negeri Terengganu tidak mempunyai pentadbir selama 20 hari selepas Pilihanraya umum pada 8hb Mac yang lalu.

Selepas ‘Master Mind’ Geng 23 tidak dapat mengangkat sumpah menjadi Ketua Politik Negeri yang sah pada 10hb Mac, ia telah melakukan beberapa tindakan sulit dan menyebarkan pelbagai propaganda bagi menghasut dan mempengaruhi pemikiran rakyat supaya menyokong beliau.

Antara aktiviti Geng 23 diantara 10hb Mac hingga kelmarin adalah:
1. Menganjurkan Himpunan Haram di Lapangan Terbang Sultan Mahmud
2. Mengadakan pertemuan-pertemuan sulit bagi merancang untuk menderhaka kepada istana dan Sultan
3. Menyebarkan khabar-khabar angin dan maklumat palsu melalui media upahan dan SMS
4. Mengadakan Himpunan Haram di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Iman
5. Menyebarkan fitnah keatas ADUN Kijal dan mengaitkan beliau dengan penyelewengan dan rasuah

Sehubungan dengan itu, pihak polis Terengganu melaporkan telah menerima 26 aduan sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Polis Negeri, Ayob Yaakob berkata hanya akan membuka 4 kertas penyiasatan termasuk laporan kain rentang “kami nak Idris, natang”, yang dinaikkan oleh Geng 23 sewaktu menganjurkan Himpunan Haram di kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, Seri Iman.

Sekiranya penyiasatan dibuat secara telus dan adil, Geng 23 pasti akan dituduh kesalahan-kesalahan yang berikut:
1. Menderhaka kepada Sultan Terengganu dan pihak Istana Terengganu kerana menentang keputusan
MPPR melantik Mad Said
2. Menghina Institusi Beraja dengan menaikkan kain rentang yang bertulis “Kami nak Idis, Natang”
3. Menghasut rakyat Terengganu supaya menderhaka kepada Sultan dan menghina Institusi Beraja
4. Menganjurkan perhimpunan haram




26 Mac 2008

Lawak Politik(Political Jokes)

KERJA SELEPAS BERSARA DARI MENTERI







BOIKOT BELANDA







KAJI PROJEK BESAR





PELUK BERMAKNA





KES POLIS













Koleksi lawak daripada Samy Vellu






Try reading this list of Samy Vellu most notorious statements and not laugh. Impossible I tell you, impossible…

1. Commenting on the speed and efficiency of Pos Laju’s delivery system:”Besok kirim, hari ini sampai!” [Uish…camner tu yer? Mustahil tu]

2. At a TV interview, when trying to say he was ashamed, he said:”Kemaluan saya besar.” [Yang sebenar dia nak cakap saya malu besar]

3. Samy Vellu once said in a speech:”Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampong di sini.”One Pakcik asked, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?”and Samy gloriously replied, “Kalau takde sungai, kita bina sungai!”

4. Samy ’s favorite quote on national television:”Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!?”

5. During the water crisis:”Semua orang diminta jangan membuang aiyerr.” [Yang sebenar dia nak cakap jangan membazir air]

6. Regarding social problems:”..orang-orang muda sekarang banyak hisap dada..” [Yang sebenar dia nak cakap hisap dadah]

7. At a blood donation campaign in Sungei Siput:”..marilah kita semua menderma dara..” [Yang sebenar dia nak cakap menderma darah]

8. During the height of the Al-Arqam saga, he said in a press conference:”Saya gembira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam.”

9. At an opening ceremony:”Tuan-tuan dan puan-puan, saudara mara, sesudah semua orang makan kenyang, sekarang kita mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain.” [Yang sebenar dia nak cakap menarik tirai untuk rasmikan majlis]

10. Commenting about his modesty:”Sebenarnya, kemaluan saya sangat-sangat besar.” [Yang sebenar dia nak cakap dia dapat malu besar]

11. Pilihanraya:”Orang PAS selalu kafir sama orang, saya pun dia kafirkan.” [Hehehe…tak tahu nak komen ler..]

12. On the leak issue at the Parliament:”Itu attap bocor sebab ada banyak sampah! Awak ingat saya kasi bawa naik itu sampahkah?”

24 Mac 2008

Feb/Mac 2008 Bulan Himpunan Haram UMNO

Kuala Terengganu, 23 Mac – Bulan Februari dan Mac 2008 ‘memahat sejarah’ apabila menjadi bulan Himpunan Haram UMNO Terengganu.

Bermula pada 21 Februari 2008 ahli-ahli UMNO turun ke jalan raya ‘menjilat ludah’ kata-kata pimpinannya sendiri dengan himpunan haram memprotes tindakan Idris Jusoh tidak mencalonkan tokoh-tokoh UMNO di Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun.

Himpunan haram UMNO berlangsung selama dua di dua lokasi, Wisma Darul Iman dan Hadapan rumah kediaman Idris di Batu Burok.

Walaupun sesudah meraih kemenangan, Idris yang kelam kabut kerana tidak dapat angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu telah mengadakan Himpunan Haram di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 11 Mac 2008

Terbaru adalah Himpunan Haram penyokong-penyokong Idris yang di langsungkan di hadapan Seri Iman Kuala Terengganu.

Memandangkan krisis pelantikan Menteri Besar(MB) Negeri Terengganu masih belum selesai, adalah dijangkakan beberapa siri himpunan haram lagi akan diadakan.

Krisis pelantikan MB selepas PRU 12 adalah mencatat sejarah dalam kemerdekaan Malaysia yang mencapai usia 50 tahun. Tidak pernah sebelum ini ianya berlaku bahkan bukan sahaj di Terengganu, malah pelantikan MB selain dari yang di ‘watikah’ kan oleh Perdana Menteri, berlaku juga di negeri Perlis.




23 Mac 2008

Pelantikan MB Terengganu

Ahmad Said selamat terima watikah, Pemuda UMNO buat Himpunan Haram

Kuala Terengganu, 23 Mac – Dato’ Ahmad Said selamat menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar Negeri Terengganu di Istana Tamu(Al-Muktafi BiLlah Shah).


Majlis perisytiharan dan penyampaian watikah ringkas disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad Said menerima watikah tersebut pada jam 8.15 pagi dan kelihatan meninggalkan istana pada jam 8.30 pagi, tanpa menemui pemberita.

Sebelum dari itu, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu menyerahkan memeorandum 23 Adun BN kepada setiausaha MPPR Shafie Ali pada jam 7.55 pagi.

Dalam perkembangan lain, penyokong-penyokong Idris yang kebanyakkan datang dari Besut dilaporkan berhimpun di kediaman Idris dan juga Seri Iman di Batu Burok.

Sekitar jam 9.45 pagi, Rosol telah mengadakan satu sidang akhbar di perkarangan Seri Iman.

Rosol menyatakan, selain boikot, mereka juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN)

Beliau juga memberitahu pihak media bahawa wakil-wakil rakyat berkenaan juga sedia meletakkan jawatan jika diperlukan berbuat demikian.

Bagaimanapun, apabila pemberita memaklumkan kepada beliau bahawa mereka yang telah meletakkan jawatan, tidak boleh bertanding semula, Rosol menjadi tersentak dan spontan menjawab "tengok dulu".

Selepas sidang media tersebut, kira-kira 100 penyokong Idris berarak keluar dari Seri Iman dan menyeberangi jalan menuju ke Taman Awam Batu Burok, sambil mengangkat kain rentang berbunyi "Kami menyokong penuh kepimpinan Dato’ Seri Idris Jusoh" dan “Terengganu masih diperlukan Dato’ Seri Idris Jusoh”

Ahmad Said Dilantik Menteri Besar Terengganu – Puak Idris akan tentang habis-habisan

Kuala Terengganu, 22 Mac - Pelantikan Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu akan ditentang habis-habisan oleh kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Idris Jusoh.

Pejabat Sultan Terengganu hari ini, telah mengeluarkan kenyataan melantik Ahmad Said, 51, anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal sebagai Meneteri Besar dab akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Tamu di sini jan 8 pagi esok.

Isu pelantikan Menteri Besar Terengganu telah berlarutan selama 14 hari selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Spekulasi mengenai pelantikan Menteri Besar Terengganu bermula ekoran Idris gagal mengangkat sumpah, berikutan Majlis Angkat Sumpah jawatan Menteri Besar dan anggota exco kerajaan negeri yang dijadual berlangsung di Istana Maziah pada 10 Mac ditangguh pada saat-saat akhir.

Situasi itu menimbulkan tanda tanya berhubung kedudukan Idris dan beberapa nama disebut-sebut bakal menggantikan beliau sebagai Menteri Besar antaranya Ahmad, wakil rakyat Chukai Datuk Mohamed Awang Tera dan anggota Dewan Undangan Negeri Teluk Pasu Datuk Abdul Rahin Mohd Said.

Sehubungan dengan itu 23 anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Terengganu yang dianggap kumpulan Idris Jusoh bertindakbalas mengugut pihak istana, akan memboikot majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Tetamu di sini, pagi esok jika Dato’ Seri Idris Jusoh tidak dilantik semula untuk memegang jawatan itu.

Kumpulan tersebut yang diketuai oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata kesemua wakil rakyat terbabit kecuali wakil rakyat Kijal Datuk Ahmad Said, hanya menyokong Idris Juosh dan akan membuat bantahan jika nama lain diumum sebagai Menteri Besar.

Beliau berkata ada di kalangan wakil rakyat terbabit yang sanggup meletak jawatan jika Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar.

Beliau juga berkata semua wakil rakyat BN Terengganu kecuali Adun Kijal telah mengadakan perjumpaan dan kami ingin menegaskan bahawa kami sebulat suara menyokong dan berdiri teguh di belakang Datuk Seri Idris sebagai Menteri Besar Terengganu. Tiada calon lain yang kami sokong.

"Jadi mana-mana perancangan untuk menamakan selain daripada Datuk Seri Idris, kami tidak akan menerimanya. Kami sebulat suara tidak akan menghadiri majlis tersebut (angkat sumpah jawatan Menteri Besar) jika Datuk Seri Idris tidak dilantik sebagai Menteri Besar," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu empat orang ADUN Terengganu, telah membuat sidang akhbar di sebuah hotel jam 6 petang ini. Kempat-empat mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohd, ADUN Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail dan ADUN Alor Limbat Alias Abdullah.

Dalam sidang akhbar tersebut mereka mendakwa telah dihubungi oleh seseorang yang mendakwa wakil kepada Ahmad Said dan telah ditawarkan wang sebanyak RM 300,000.00 serta jawatan Exco kerajaan.

Justeru mereka akan membuat satu laporan kepada pihak Bdan Pencegah Rasuah(BPR) berkenaan ‘tawaran’ tersebut.

Dalam perkembangan lain, desas desus dari Kemaman mengatakan bahawa beberapa pegawai BPR telah menyoal siasat Ahmad Said pada petang ini.

Kiriman SMS juga telah melayang-layang keudara yang mendedahkan beberapa kes rasuah yang dikatakan melibatkan Ahmad Said.

Beberapa penerima SMS berpendapat bahawa SMS tersebut dikeluarkan oleh kumpulan yang menyokong Idris Jusoh.

ADUN Wakaf Mempelam, Hj Mohd Abdul Wahid Endut ketika diminta mengulas perkara diatas menyatakan bahawa pihak istana tidak membuat jemputan kepada wakil-wakil rakyat untuk hadir ke majlis angkat sumpah Menteri Besar esok.

“Saya telah menghubungi pihak Istana dan mereka mengesahkan tidak ada jemputan dibuat,
”ugutan Rosol Wahid adalah hanya cakap-cakap politik kumpulan yang kecewa” kata Hj Mohd Wahid.

Sehubungan itu, beliau yang juga Bendahari Perhubungan PAS Terengganu berkata PAS akan mengikuti rapat isu terbaru ini dan akan melihat perkembangan lanjut setelah majlis angkat sumpah Menteri Besar esok.







Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...