14 Februari 2009

Detik Jantung Nasional Seminggu Lalu




KUALA LUMPUR, 13 Jan (Hrkh) - Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah memfailkan saman terhadap Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berikutan 'rampasan kuasa' yang berlaku di Perak.

"Kita failkan saman ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (13 Februari 2009) untuk nyatakan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat Perak bahawa kami dianiaya oleh Umno BN yang dipimpin oleh Najib Altantuya (Dato' Seri Najib Tun Razak)," kata Nizar selepas memfailkan saman ke atas Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dekat Jalan Duta.

Beliau memfailkan saman bernombor MK25-25-09 di bahagian Pendaftaran Rayuan dan Kuasa-kuas Khas di tingkat satu mahkamah tersebut.

Turut hadir bersama beliau ialah, para peguam antaranya Hanipa Maiden; Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Dato' Ngeh Koo Ham; Nga Kor Ming; ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo ImageLo Ghazali, Ir Khalid Samad (MP Shah Alam); Dato' Kamarul Baharin Abbas (MP Telok Kemang); Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani (Adun Paroi) dan Ahli MT KeADILan, Badrul Hisham Shaharin selain 200 penyokong.

Bercakap lanjut pada sidang media selepas memfailkan saman pada jam 11.30 pagi tadi, Nizar menegaskan beliau dan ahli Exco memfailkan saman untuk menuntut hak mereka selaku kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat Perak pada pilihan raya umum lalu secara sah.

"Umno-BN telah melaksanakan rampasan kuasa jadi untuk itu saya ambil tindakan mahkamah untuk menuntut deklerasi atau isytihar perintah bahawa saya adalah dari setiap masa dan material masih MB Perak," tegasnya.


Perintah deklerasi ini katanya sejajar dengan tafsiran fasal 16 (6) daripada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, katanya.

Pertamanya beliau menuntut atas sebab dan dalam keadaan keadaan pertamanya beliau selaku MB Perak ingin dan telah memberi naishat kepada Sultan untuk pembubaran Dun Perak.
Keduanya kata beliau tidak terdapat pembubaran Dun Perak sehingga kini, dan ketiga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan terima pakai dalam atau oleh Dun Perak, terhadap MB Perak (Nizar).

Seterusnya, keempat tidak terdapat perletakan jawatan MB samada oleh atau telah dikosongkan sehingga kini, katanya.

Justeru, writ dikeluarkan kepada responden (Dr Zambry Kadir) memerintahkan responden untuk meminta responden menunjukkan sebab bagaimana di bawah dasar dan di dasar atau kuasa mana responden berhak pegang jawatan MB perak.

Selain responden kononnya bertindak atau menjalankan atau melaksanakan tanggungjawab fungsi MB, katanya.

"Yang keempat responden tidak berhak atau untuk menjawat MB pada bila-bila masa yang material, dan yang kelima perintah injunksi untuk halang responden, agen-agen responden atau pengkhidmmat responden dari bertindak atau jalankan tugas-tugas MB Perak," katanya.

Maka kata Nizar, beliau hadir dengan ahli Exco dan Adun Pakatan Rakyat untuk meminta hak diberikan semula kepada rakyat Perak agar dibubarkan Dun Perak seterusnya menjalankan pilihan raya kecil Dun Perak.

"Saya berterima kasih atas sokongan seluruh, dan kita tunggu keputusan mahkamah secepat mungkin," katanya.

Sebelum mengadakan sidang akhbar, Nizar sempat mengetuai bacaan doa di atas tangga tingkat satu Mahkamah Tinggi tersebut sambil diaminkan para penyokong.

Selesai mengadakan sidang akhbar itu, Nizar bersalaman dengan para penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir bagi memberikan sokongan kepada beliau.

Nizar meninggalkan pekarangan mahkamah dengan sempat melambai tangan kepada penyokong sambil melaungkan 'takbir, reformasi dan makkal sakhti' kepada penyokong.

Harakahdaily difahamkan bahawa Nizar akan menyertai solat Jumaat di Masjid Kampung Baru tengahari ini.


Selasa 10 Februari - Selasa Yang Hitam (Black Tuesday) Nizar Dihalang Masuk Ke Bangunan Perak Darul Ridzuan

13 Februari 2009

Catatan Wakil MAFREL PRK P.036 - Menyedari Dan Mempertahankan Hak Berkempen Dalam Pilihanraya

Para aktivis dan pemimpin parti yang bertanding haruslah menyedari hak serta mempertahankannya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

“Budaya beralah apabila menerima ugutan harus dipecahkan dalam masyarakat, menegakkan hak dan bersetuju atas perkara yang betul dan tidak bersetuju atas perkara yang salah haruslah menjadi pegangan dalam apa jua tindakan serta memastikan setiap tindakan yang di ambil sentiasa betul,”kata Dr; Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa

Program Klinik Bergerak (Mobile Klinik) anjuran PAS Parlimen Titiwangsa dan Kota Raja dengan kerjasama Cawangan PAS Gelong Bilal, Pasir Panjang adalah satu contoh yang masih segar, sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Program tersebut yang telah berlangsung pada 16 Januari lalu, telah diganggu oleh JawatanKuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rumah pangsa Gelong Bilal.

Mereka tidak membenarkan program tersebut diadakan dalam dewan orang ramai dan mendesak supaya mengalihkan program tersebut ke blok lain dengan alasan Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said akan melawat pada pagi itu.

Sedangkan sebenarnya, ianya adalah alasan semata-mata kerana bersikap tidak rasional, tidak demokratik dan takut program tersebut dapat mempengaruhi pengundi dikawasan itu.

Tidak ada lawatan MB Terengganu !

Walaupun hasil perbincangan, Ketua Cawangan PAS hampir bersetuju untuk mengalihkan tempat, tetapi Dr.Lo’lo’ tetap bertegas dan akan meneruskan program itu di situ.

Ketidakpuasan hati dari JKKK Rumah Pangsa Gelong Bilal menyebabkan mereka melaporkan kepada pihak berkuasa, untuk kononnya mendapat pembelaan dan cuba menunjukkan ‘kuasa mereka’, kononnya.

Namun sebaliknya pihak polis, bukan melarang bahkan memberikan kerjasama yang amat baik dan mengarahkan supaya meneruskan program.

Akhirnya, hasil perbincangan dengan pihak polis, program tersebut menjadi satu program bersejarah, apabila ianya menjadi program anjuran PAS yang dikawal oleh pihak polis, dari awal hingga tamat sekitar jam 11.30 pagi tanpa gangguan.

Program Mobile Klinik memberikan perkhidmatan rawatan percuma kepada setiap pengunjung tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.

Disamping itu program tersebut diselang selikan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dengan tawaran hadiah-hadiah yang istimewa.

Kuiz terbuka bagi semua peringkat turut diadakan dan menawarkan hadiah paling lumayan, sebuah jam tangan yang berjenama.

Dr. Lo’Lo’ berkata beliau berharap agar MAFREL dapat mengadakan taklimat mengenai hak-hak berkempen dalam pilihanraya.

Sebagai sebuah badan NGO yang berkaitan dengan pilihanraya, MAFREL juga diharapkan dapat memainkan peranan dan harus lebih berani menegur bukan sahaja pihak parti pembangkang tetapi kepada pihak parti pemerintah.

“Bagi PAS kami bersedia menerima teguran dan berlapang dada untuk berbincang serta memperbaiki kesilapan”, katanya kepada wakil MAFREL selepas majlis tersebut.



12 Februari 2009

Lompat Dari UMNO Kepada PAS Adalah Tindakan Bermaruah


Marang - Agenda konspirasi ‘lompat’ parti, 'meculik' dan 'membeli' wakil rakyat telah diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) sejak lebih 40 tahun yang lalu.


Negeri Terengganu adalah negeri yang pertama terlibat dengan permainan ‘kotor’ UMNO dan BN menculik dan membeli wakil rakyat sebagaimana yang berlaku di negeri Perak baru-baru ini.

Pada tahun 1961, kerajaan PAS Terengganu telah tumbang akibat permainan politik tidak bermaruah tersebut namun sedikit berbeza dengan apa yang dilakukan di Perak.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengatakan pimpinan UMNO dahulu lebih bermaruah kerana walaupun ‘menculik’ dan ‘membeli’ wakil rakyat, namun mereka lebih ‘jantan’ kerana menjatuhkan kerajaan Terengganu (1961) dengan membawa usul undi tidak percaya kedalam Dewan Undangan Negeri.

Sebaliknya kerajaan Perak telah dijatuhkan secara rampasan kuasa kerana Pengerusi Perhubungan Perak, Dato' Seri Najib Razak tidak mengikut lunas undang-undang menurut perlembagaan negeri Perak dan Malaysia.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali, apabila ditanya tentang isu ‘lompat melompat’ berkata tindakan melompat adalah sesuatu yang tidak bermaruah sekiranya yang melompat itu dibeli atau disogok.

“Yang lari (lompat) kerana kena (di) beli umpamanya, kena sogok dan sebagainya itu tidak betul dan tidak bermaruah,”katanya selepas Majlis ceramah di Rusila, baru-baru ini.


Sebaliknya, kata beliau, keluar dari UMNO dan menyertai PAS adalah satu keadaan yang berbeza kerana UMNO adalah parti tidak memperjuangkan Islam.

“Jika ada orang dan tidak kira siapa mereka itu sama ada orang biasa atau ahli UMNO atau pemimpin UMNO yang hendak masuk PAS menjadi kewajipan kita menerimanya, sebab, dia lari dari perjuangan yang tidak betul kepada perjuangan yang betul (Islam),”tegasnya.

Namun menurutnya orang yang ‘lompat’ keluar itu mestilah dengan penuh kerelaan dan bukan kerana di beli.

Umumnya, menurut beliau, tindakan berpindah dari satu parti ke satu parti adalah tidak wajar dan memang tidak di persetujui oleh PAS.

Malah katanya sekiranya ada orang PAS yang hendak masuk UMNO, PAS tidak boleh bersetuju kerana perjuangan UMNO itu tidak betul.

“Ini (adalah) antara perjuangan yang benar dengan perjuangan yang tidak benar”tambah beliau.

Mengulas isu yang berlaku di negeri Perak, beliau berkata ia adalah jelas, ada sesuatu ada sesuatu yang tidak betul telah berlaku.

“Ada perkara-perkara yang ‘berselindung’ (dalam kes Perak) dan saya tidak mahu sebut lagi buat masa ni,

“sehingga keadaan yang lebih sesuai dan orang ini (Adun Lompat) tidak akan masuk (BN) dengan sukarela melainkan dijanjikan sesuatu yang menyebabkan mereka bertindak demikian,”katanya

10 Februari 2009

Langsung dari Perak Darul Ridzuan - Selasa Yang Hitam !






Langsung Dari Bangunan Perak Darul Ridzuan

Parti Tindakan Demokratik (DAP) Perak telah mengadakan kempen dengan memakai pakaian hitam pada hari ini, Selasa 10 Februari 2009, sebagai satu simbolik sokongan mereka yang berterusan kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaludin.

Mereka berbuat demikian sebagai simbolik menandakan 'demokrasi yang telah mati'

Pelbagai media pada waktu ini sedang memerhatikan perkembangan secara dekat, apa yang akan berlaku di hadapan pintu pagar pusat pentadbiran kerajaan negeri perak bangunan Perak Darul Ridzuan.

Nizar pada Sabtu lalu mengatakan beliau akan tetap pergi ke pejabat bersama Exco kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini.

Semalam, Pemuda UMNO Perak mengugut, sekiranya Nizar dapat melepasi pintu pagar pejabat SUK dan lolos untuk masuk kerja, mereka akan mengambil tindakan perlu untuk menghalau Nizar dari bangunan tersebut.

"Polis telah memberi jaminan akan menghalang mereka daripada memasuki bangunan kerajaan negeri dan sebab itu Pemuda UMNO Perak cuma akan memerhatikan sahaja.

"Bagaimanapun, jika Mohammad Nizar dan Exconya membawa penyokong untuk menggunakan kekerasan sehingga gagal dihalang oleh polis, Pemuda UMNO akan bertindak," kata Ketuanya Zainol Padzi Paharuddin

Pagi ini, sebuah lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan lebih sedozen anggotanya telah berada di hadapan bangun Perak Darul Ridzuan.

Mereka dikatakan telah berkampung disana sejak semalam.

Menurut sumber media dari Ipoh, kedua-dua Menteri Besar yang sah dan yang 'haram' akan sampai pada jam 10 pagi ini.

Klik Untuk Laporan Langsung Oleh Anilnetto

Kerajaan Terengganu Langgar Rancangan sendiri

- Rancangan Ternak Udang bertentangan dengan Rancangan Tempatan Setiu (2003 – 2015)

SETIU
– Tindakan Kerajaan Terengganu meluluskan tanah seluas 1,200 hektar kepada syarikat Blue Erchipelago di Penarik bertentangan dengan Rancangannya sendiri

Cadangan syarikat tersebut untuk membangunkan projek integrasi Taman Akuakultur Udang (I-Sharp) bernilai RM200 juta ditentang oleh penduduk kampung, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan Antarabangsa.

09 Februari 2009

Protes Rampasan Kuasa BN Di Perak di Teruskan


Semalam sekitar jam 10.30 pagi pemuda DAP yang di ketuai oleh Anthony Loke Siew Fook, ADUN Rasah dan dan Blogawan terknal Jeff Ooi MP Jelutong telah berdemo dihadapan pejabat pentadbiran negeri Perak.

Mereka membawa sepanduk yang berbunyi 'Tolak Kerajaan Palsu, Bubarkan DUN Perak, Kembalikan Hak Rakyat'

Malam semalam, 300 orang majoriti kaum Cina, mengadakan protes dengan upacara memasang lilin tanda 'berkuburnya demokrasi' di luar bangunan sekolah tempat berlangsungnya majlis sambutan tahun baru Cina di Ipoh.

Menteri Besar Kerajaan Haram BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiba di sekolah rendah Yuk Choy disambut laungan kuat 'mengboo' dan mengejek.

Mereka mengalihkan batu pembahagi jalan dan menyalakan lilin sebagai simbolik 'kubur' dan batu nisan.

Pada malam/ dinihari itu juga, sekitar 1.00 pagi, seramai 300 orang terus berkampung di kediaman rasmi MB.

Sedang, media perdana milik UMNO/BN, melaporkan sebaliknya, katanya rakyat pula yang marah kepada Pakatan Rakyat.

Sedang NGO yang berdemonstrasi jelas adalah juak-juak UMNO/BN yang ditaja.

Untuk Lintas Langsung Yang Sangat Up To Date sila ke anilnetto (bahasa Inggeris)


Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...