08 Julai 2011

Menggelepar ketakutan!

- Umno kudakan Jakim jadikan mimbar Jumaat pentas politik
KUALA LUMPUR
- Bukan kepalang takutnya Umno sehingga memperkudakan Jakim menerusi khutbah yang dibaca dimimbar Jumaat hari ini, kononnya menyeru pada 'perpaduan'.

Pada masa yang sama, Jakim memanupulasikan hadis RasuluLlah SAW yang dirawayatkan oleh Muslim bermaksudnya: “Akan wujud keadaan kacau bilau di kalangan umat, maka barang siapa yang ingin memecahbelahkan perpaduan umat ini, hendaklah ia dipancung dengan pedang tanpa mengira siapakah orangnya”.

Ternyata bukan perpaduan yang dicanangkan, tetapi Jakim sudah menjadikan mimbar khutbah Jumaat hari ini 8 Julai, sebagai pentas politik.

Bukan calang-calang tuduhan Jakim kepada mereka yang mahu menyertai Himpunan BERSIH pada esok Sabtu, 9 Julai, sehingga boleh 'dipancung'

Dengar sedutan khutbah yang dirakan Skuad Buletinonline klik sini

Lihat dan baca teks khutbah dari Jakim e-khutbah

BERSIH 2.0; Pesuruhjaya PAS Terenhgganu akan tetap turun

HULU TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata beliau tetap akan turun untuk menyertai perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini, kerana Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak telah berjanji akan memberikan stadium.

Menurutnya yang ditemui selepas Ceramah Gempur bersama Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kuala Berang, dekat sini, berkata Najib mesti menepati janji beliau

07 Julai 2011

BERSIH 2.0 tetap di Stadium Merdeka

BERSIH 2.0 kecewa dengan tindakan Perdana Menteri dan Kabinetnya yang mungkir janji untuk sediakan stadium bagi kami untuk mengadakan perhimpunan aman.

Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited kepada prinsip-prinsip integriti, kami berhasrat untuk mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan mengadakan perhimpunan dalam stadium bagi membuat tuntutan kami untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai tempat terbaik untuk acara ini kerana ia amat simbolik dan berlokasi pusat, dan kami akan tetap berdiri teguh kepada keputusan kami untuk berhimpun secara aman di sana.

06 Julai 2011

Perjuangan tuntut pilihanraya yang bersih dan adil akan diteruskan

KUALA TERENGGANU - Perjuangan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil tetap diteruskan sehinggalah Suruhanjaya Pilihnraya Malaysia (SPR) melakukan perubahan dalam lapan perkara yang menjadi tuntutan BERSIH.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut mesej tuntutan lapan perkara telah  disampaikan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung oleh BERSIH yang menjadi wakil kepada rakyat Malaysia.

05 Julai 2011

Umno-BN tutup skandal dengan 'talam dua muka

KUALA TERENGGANU - Pelbagai isu penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional cuba ditutup oleh mereka dengan memainkan isu-isu perkauman.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, beberapa kes dan skandal yang berlaku melibat ratusan bilion ringgit wang rakyat, hilang begitu sahaja,

"Kalau kita ingat Firaun dulu teruk, belum nampak Umno (dan) Barisan Nasional lagi....lagi teruk, bukan sahaja skandal PKFZ (yang melibatkan) RM13 bilion,

"skandal saham bumi, RM54 bilion ringgit saham, RM52 telah diedarkan kepada orang Melayu dan Bumiputera, orang sini ada dapat saham tak?,"soal Guan Eng disambut dengan laungan 'tidak' oleh orang rami yag hadir.

Najib bersihkan BERSIH dari fitnah

MARANG - Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan alternatif kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium, maka beliau sebenarnya telah menimbulkan keraguan yang melampau.

Bagi ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah sekurang-kurangnya ada tiga keraguan yang melampau pada situasi sekarang ini.

Pertama ialah sejauh manakah kefahaman pimpinan Umno BN dalam memahami hak-hak yang terjamin didalam demokrasi. Antaranya ialah hak untuk berhimpun secara aman dimana-mana sahaja.

04 Julai 2011

Kenyataan Media Presiden PAS : 'Menjunjung Kasih Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong


Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.

Titah Seri paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.

BERSIH 2.0; PAS akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung

KUALA TERENGGANU - PAS mengambil keputusan untuk mengadap Seri Paduka Yang DiPertuan Agung bagi mempersembahkan hasrat rakyat berhubung tuntutan BERSIH bagi membaik pulih demokrasi dan sistem pilihanraya negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya dihadapan puluhan ribu hadirin dalam ceramah umum 'PAS Ganti Umno' (PGU) yang diadakan di Ladang dekat sini, semalam 3 Julai.

03 Julai 2011

Umno-BN takut Himpunan BERSIH kerana mereka sedang menipu

- memasukkan pengundi luar ke dalam senarai pengundi tempatan
KUALA NERUS
- Umno dan kerajaan Barisan Nasional bimbang dan takut kepada Himpunan Aman BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai depan kerana mereka sedang melakukan penipuan dalam pilihanraya.

Antara penipuan yang telah dan sedang dilakukan oleh Umno/BN adalah memasukkan nama-nama bukan pengundi tempatan ke dalam senarai daftar pemilih.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...