15 Januari 2011

Menjelang Himpunan PGU; MPk buang bendera PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/cabutbenderapasPGU.JPG(Kemaskini) - Pemuda PAS akan pasang semula
CHUKAI
- Kegusaran kerajaan Umno/BN pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said terhadap kempen PAS Ganti Umno (PGU) terserlah apabila jentera kerajaan diperalatkan untuk menyekat kemaraan PAS.

Ucapan Ahmad Said turut menyebut tentang PGU pada satu majlis besama veteran Umno disini semalam. telah disusuli tindakan Umno/BN memperalatkan jentera kerajaan menghalang kemaraan pengaruh PAS

Sehari menjelang himpunan kebangkitan rakyat - PGU diadakan, pihak berkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPk) dengan bantuan pihak keselamatan Polis Kemaman bertindak mencabut hampir 500 bendera PAS yang dipasang sekitar bandar Chukai dan di Jambatan Sungai Kemaman.

14 Januari 2011

Ahmad Said minta pemimpin Umno mencontohi PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/contohipas.jpgCHUKAI – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengiktiraf kepimpinan PAS dan menasihatkan pemimpin UMNO supaya mencontohi pemimpin PAS yang dan tidak memburukkan diri sesama sendiri

Beliau berkata demikian ketika mengingatkan pemimpin UMNO agar tidak menghentam sesama sendiri sebagaimana pemimpin PAS yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti.

Katanya perangai pemimpin UMNO yang bersikap sedemikian akan membuka peluang kepada Pas mencari kelemahan kepimpinan UMNO seterusnya dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat.

PGU; Asas yang kukuh Untuk Kembali Memerintah

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/xlaksanaislam.gifKUALA TERENGGANU - PAS akan kembali memerintah di negeri Terengganu kerana mempunyai asas kukuh yang diletakkan semasa memerintah negeri Terengganu diantara tahun 1999 sehingga 2004.

Apakah asas yang paling kukuh kepada kehidupan orang-orang Islam yang beriman, selain dari meletakkan hukum tertinggi al-quran dan sunnah, Ijma' dan qias sebagai dasar sebuah kerajaan dan pemerintahan.

Asas kukuh tersebut telah disempurnakan oleh Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada bulan September tahun 2002 dengan menandatangani dan mewartakannya sebagai satu undang-undang.

13 Januari 2011

Tolak Umno dan Barisan Nasional Secara Total - Dr. Alias Razak

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/lancarbkttunggal%20008.jpg- terlalu banyak tindakan kerajaan Umno/BN merugikan rakyat

KUALA NERUS
-  Perbelanjaan yang digunakan bukannya sedikit. Bukan satu, dua juta. Bukan sepuluh, dua puluh juta. Untuk mengorek dan mendalamkan kawasan yang mahu dijadikan tapak perlumbaan itu sahaja sudah RM500,000,000.00 (lima ratus juta, bersamaan setengah bilion) wang rakyat di curahkan ke dalam sungai tersebut

Setiap tahun penganjurannya berpuluh-puluh juta pula dihabiskan. Pada tahun permulaannya dilaporkan sebanyak RM300 juta habs untuk kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

12 Januari 2011

Piala Suzuki AFF; Pemain Terengganu sepatutnya dapat rumah/ 'apartment'

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/juara2001.jpgKUALA TERENGGANU - Sepuluh tahun yang lalu, tanggal 3 November 2001, pasukan bolasepak negeri Terengganu menjadi juara Piala Malaysia musim edisi ke-25 setelah menewaskan pasukan bolasepak negeri Perak dengan jaringan 2-1.

Tahun 2001 merupakan tahun gemilang bagi pasukan bolasepak Terengganu kerana telah menyapu bersih dua gelaran berprestij dalam arena bolasepak Malaysia.

(Gambar - sedutan video perlawanan piala Malaysia akhir 2001, Sapian Wahid menjadi 'hero' apabila menjaringkan gol kemenangan pada saat akhir - lihat video klip dibawah)

11 Januari 2011

Kenaikan Harga Barang semakin mencengkam

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/bawang1malaysia.gif- Pemimpin Umno tidak rasai, kerana mereka 'kaya raya'
KUALA TERENGGANU
- Rakyat negeri Terengganu kini mula merasai tekanan 'bahang' kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat pengurangan subsidi terhadap minyak dan beberapa barang keperluan utama.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata melalui maklumbalas dari kajian yang dibuat menunjukkan seluruh rakyat Terengganu kini mengalami beban kesan kenaikan harga tersebut.

09 Januari 2011

Kerajaan Terengganu Gagal Makmurkan Masjid

CHUKAI - Kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) disifatkan hanya mengambil upah untuk membina masjid-masjid yang banyak, namun gagal samasekali untuk memakmurkan masjid-masjid tersebut.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, sebelum ini, telah didedahkan oleh pihak media, berlaku di banyak masjid, lebih banyak tiang dari jamaah, ketika menunaikan solat setiap waktu.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...