KUALA TERENGGANU
– Yayasan Terengganu dan kerajaan Umno Terengganu tidak boleh
melepaskan tanggungjawab dan ‘cuci tangan’ begitu sahaja terhadap isu
yang membabitkan pelajar Kolej Trefound Educare Sdn Bhd.
KUALA TERENGGANU
– Lebih 20 orang pelajar Kolej Trefound, Trefound Educare Sdn. Bhd.
(TE) telah menyerbu pejabat Pengarah Yayasan Terengganu bagi mendapatkan
penjelasan janji yang belum ditunaikan.
Menurut sumber, para pelajar ditawarkan berkursus di instusi
milik penuh Yayasan Terengganu itu telah dijanjikan sebuah Laptop
percuma, pinjaman bagi pembiayaan pelajaran yang akan dibayar sebagai
elaun sebanyak RM250 sebulan.
KUALA TERENGGANU -
PAS Terengganu mendesak kerajaan negeri segera mengumumkan kepada
rakyat sama ada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) masih boleh
diperbaiki atau wajar dirobohkan sahaja.
Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata
kejadian malang menimpa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga
RM292 juta dan bumbungnya runtuh amat memalukan seluruh rakyat
Terengganu.
SETIU
– Semakin banyak tanah-tanah pertanian terbiar tidak diusahakan
terutamanya tanah-tanah sawah sejak Umno dan Barisan Nasional (BN)
mengambil alih pemerintahan dari PAS pada tahun 2004.
Menurut Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu,
Dr Azman Ibrahim, kerajaan negeri Terengganu tidak peduli dengan
kesukaran yang dihadapi oleh para petani kecil.
KEMAMAN
– PAS Chukai merancang mengadakan satu himpunan besar-besaran, lanjutan
dari program mega berprestij, Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti
Umno (PGU).
Penolong Setiausaha PAS Terengganu , Haji Hanafiah Mat@Ramly
berkata tiga siri program PGU yang bermula di Chukai pada Januari tahun
lalu telah berjaya menghimpunkan lebih 100,000 rakyat Terengganu.
BESUT –
PAS Hulu Besut mengambil tindakan ‘pro-aktif’, mengenalpasti dan
memperincikan maklumat berkaitan masalah tanah rakyat, untuk diambil
tindakan lanjut, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.
Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Hulu Besut Cikgu
Shalahuddin Jaafar, sehingga kini dua kawasan tanah telah dikenalpasti
dan diambil perjalanan yang melibatkan rentahan lama orang kampung dan
peneroka generasi kedua Felda Tenang.
KUALA TERENGGANU
– Masyarakat Cina di negeri ini diingatkan supaya tidak termakan dengan
pujuk rayu dan ‘kata-kata manis’ pemimpin Umno yang cuba mengulangi
peristiwa sebelum pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999.
Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, beberapa
kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno mutakhir ini cuba mengambil
hati kaum Cina yang sudah jemu dengan sikap berpura-pura Umno.