06 Disember 2014

Penutupan Kilang Perwaja; Kerajaan Negeri Digesa Selesai Masalah 5,000 Penduduk


IMG-20141205-WA0049KEMAMAN – Kerajaan negeri Terengganu diminta menyelesaikan masalah 5,000 orang yang terjejas ekoran penutupan kilang Perwaja Steel dan pemberhentian 1,500 orang pekerjanya.
Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, ia memberi kesan langsung kepada ekonomi setempat serta saraan kehidupan kepada setiap keluarga yang terlibat


05 Disember 2014

FGV Gagal Stabilkan Harga Kelapa Sawit

Felda-FGVKUALA TERENGGANU – Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) menjangkakan, satu usaha baru menyelamatkan Felda Global Venture (FGV) akan dibuat tidak lama lagi, memandangkan saham syarikat tersebut masih berada dalam lingkungan RM3.00 sahaja.
“Jika diukur dari harga semasa saham FGV hari ini RM3.01 akan ada satu pakej menyelamat dari dana awam akan dibuat dlm pada awal suku pertama tahun hadapan,

03 Disember 2014

Audit Cawangan, Gerak Kerja Kerana Allah


mohd nor hamzah1MARANG – Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong mengambil langkah proaktif bagi mendepani cabaran pilihanraya umum ke-14 dengan mengadakan program audit cawangan-cawangan PAS yang berada dalam Dun Bukit Payong.
Program audit ini menunjukkan kesungguhan PAS Dun Bukit Payong untuk mengekalkan malah meraih lebih banyak sokongan daripada masyarakat dalam membawa Terengganu ke arah memartabatkan pemerintahan Islam.

02 Disember 2014

Jangan Sampai Disenarai Hitamkan Oleh Allah!


IMG-20141130-WA0068KUALA NERUS – Para pemuda diseru agar jangan keliru dengan sistem demokrasi kerana ia adalah hanya satu ‘wasilah’ perjuangan yang diguna pakai oleh PAS.
Matlamat untuk mencapai kemenangan dalam Islam bukanlah suatu perkara yang mudah dan perlu memenuhi pra-syarat tertentu.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamruzzaman Abdullah berkata, nabi Muhammad SAW menghadapi bukan sahaja golongan musyrik bahkan berdepan dengan kumpulan orang-orang munafik.

01 Disember 2014

MDI Kutip Lebih RM11, 000

_DSC1728
MARANG – Lebih RM11 ribu hasil daripada julan kupon makan malam dan juga kutipan daripada derma-derma yang dijalankan sejak beberapa minggu lalu, telah berjaya dikumpul oleh Madrasah Darul Iman (MDI) menerusi program Makan Malam Sambil Menderma.
Majlis makan malam seumpamanya itu telah beberapa kali diadakan sebelum ini dan sentiasa mendapat sambutan hangat daripada penderma baik di sekitar Bukit Payong, mahupun daripada luar kawasan.

30 November 2014

PAS Memiliki Kekuatan Tersendiri


IMG-20141130-WA0058MARANG – Perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS adalah berdasarkan kesatuan pemikiran (wehdatul-fikr) yang menuntut setiap peringkat anggota parti mematuhi segala arahan, berdasarkan pimpinan Majlis Syura Ulamak.
Oleh itu, perbezaan pendapat dalam PAS bukan satu perpecahan, kerana fikrah yang jelas merupakan tunjang perjuangan yang termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah, yang menjadi pegangan PAS.

Ibu Bapa Perlu Menjaga Anak-anak Sepanjang Hayat

IMG-20141129-WA0054
MARANG – Penyelaras Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang berjaya menunaikan amanah melaksanakan Majlis Berkhatan beramai-ramai dengan jayanya.
Majlis yang dianjurkan bersama dengan Jawatankuasa Surau Kampung Baru Sungai Kerak itu mendapat sambutan dengan penyertaan seramai 55 orang kanak-kanak.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...