10 Disember 2011

Mengapa hanya murid sekolah kerajaan sahaja dapat bantuan?

KUALA NERUS - Hak rakyat Malaysia khususnya pembayar cukai dibeza-bezakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang disifatkan tidak adil dalam memberikan bantuan.

Pemuda PAS Terengganu mempersoalkan mengapakah bantuan 'One-Off'' RM100 yag dagih-agihkan hanya diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di sekolah erajaan sahaja.

Menurut Timbalan ketuanya, Ustaz Ridzuan Hashim, murid-murid sekolah swasta dan sekolah agama rakyat dinafikan bantuan tersebut.

Kos Naiktaraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebenarnya RM880 juta


KUALA TERENGGANU – Pada bulan Mei, 2008, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said mendakwa kononnya, beliau tidak tahu dan mempersoalkan mengapakah kos menaiktaraf landasan terbang Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menjadi RM 530 juta.

Ahmad yang baru dilantik sebagai Menteri Besar ketika itu berkata, pada awal perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kos tersebut adalah RM 300 juta sekiranya landasan tersebut dipanjangkan di daratan.

09 Disember 2011

Sikap Umno Terengganu tidak mahu laksana Hudud amat menyedihkan, kata Aziz Bari


DUNGUN - Tindakan kerajaan Umno Terengganu memberikan pelbagai alasan menangguhkan perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) adalah amat mengecewakan.

Pakar Perlembagaan, Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata, dari segi undang-undang, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu dan diperkenankan oleh Sultan pada tahun 2002, tidak patut ditangguhkan perlaksanaannya.

‘Dana khas’ Terengganu sejak 2005 berjumlah RM11 bilion?


KUALA TERENGGANU - Dewan didedahkan bahawa kerajaan negeri Terengganu telah memperolehi pemberian wang tunai ‘Dana Khas’ dari kerajaan persekutuan berjumlah RM10,658,677,81 iaitu hampir RM11 bilion.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut melahirkan rasa dukacita kerana masih banyak isu antara kerajaan negeri dengan pusat yang belum selesai.

Katanya, jawapan di Parlimen mengenai pemberian wang tunai dana khas oleh kerajaan persekutuan dari tahun 2005 hingga September 2011 berjumlah RM10, 658, 677, 81.

Celup jari dengan dakwat; PAS berhati-hati dengan keputusan SPR


KUALA TERENGGANU - PAS masih berhati-hati dengan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang mengumumkan akan menggunakan kaedah celup jari dengan dakwat dalam pilihanraya akan datang.

Menurut Presidan PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ,  ia merupakan usaha PAS , rakan-rakan dalam Pakatan dan seluruh rakyat, melakukan reformasi dalam demokrasi.

Perlaksanaan Enakmen Syariah; Ahmad bohong atau tak tahu?


KUALA TERENGGANU – PAS menganggap kenyataan Menteri Besar Terengganu tetang perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sebagai dangkal dan diluar dari kebenaran.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah membidas Dato’ Seri Ahmad Said dengan menyifatkan ADUN Kijal itu samada telah berbohong kepada seluruh rakyat  atau tidak mengetahui maklumat yang sebenarnya.

MB sepatutnya bersihkan nama di 'dewan yang mulia'


E-mail Print PDF
KUALA TERENGGANU - Rakyat menjadi ragu terhadap kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Dato' Seri Ahmad Said Said berkenaan tuduhan bahawa beliau didakwa ditangkap khalwat.

Ia adalah kerana, Menteri Besar Terengganu itu tidak memberikan jawapan dan menjelaskan perkara sebenarnya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Seorang pengusaha sekolah swasta, Burhanuddin Fadzlulah Abdul Rahman, 49, ketika ditemui berkata, Ahmad sepatutnya mengambil peluang membersihkan namanya dalam 'dewan yang mulia' tu.

07 Disember 2011

Ketua Pemuda pertahankan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah


KUALA TERENGGANU - Isu Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi perbahasan ‘hangat’ serta ‘perang mulut’ antara wakil kerajaan dengan wakil rakyat PAS.

Puncanya, soalan lisan yang dikemukakan oleh Adun Rhu Rendang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berbunyi, bilakah kerajaan bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002M/1423H sebagaimana yang telah diwartakan.

Kerajaan ‘pening’ royalti atau dana khas?


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu didesak memberi penjelasan tentang kekeliruan yang ditimbulkan mengenai hasil pendapatan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (gambar) berkata dalam pembentangan Bajet 2011 lalu disebut “royalti” sebagai pendapatan negeri Terengganu.

Kemudian, katanya dalam Bajet 2012 yang dibentangkan hari disebut pula sebagai “Dana Khas” adalah hasil negeri Terengganu.

Soalan Khalwat ADUN Kijal di tolak

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu sepatutnya memanfaatkan Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu (Sidang DUN) yang sedang berlangsung bagi menjelaskan perkara-perkara yang menjadi persoalan di kalangan rakyat.

Ia merupakan medan terbaik memandangkan Dewan Undangan Negeri dianggap sebagai sebuah dewan yang mulia.

Setiap soalan yang dibawa oleh wakil-wakil rakyat merupakan suara rakyat yang sepatutnya tidak diabaikan oleh kerajaan.

06 Disember 2011

Kerajaan Terengganu tidak bercadang laksana skim gaji minima

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno/BN Terengganu tidak berhasrat untuk melaksanakan skim gaji minima kepada kakitangan syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu.

Namun begitu, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad berkata kerajaan negeri bersetuju melaksanakannya sekiranya diarahkan oleh kerajaan pusat.


Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemuka oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga ADUN Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut Haji Waahid dalam siding DUN hari kedua Selasa 6 Disember telah bertanya adakah kerajaan negeri bersedia melaksanakan skim gaji minima kepada kakitangan anak-anak syarikat dan syarikat berkaitan kerajaan negeri Terengganu.

Ahmad tambah lagi peruntukan projek ada kaitan dengannya


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional melalui pembentangan bajet 2012 memperuntukkan lagi beberapa perbelanjaan bagi projek-projek yang mempunyai kaitan dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.

Bajet yang berjumlah RM1.95 bilion dibentang pada hari Isnin 5 Disember,  meletakkan sejumlah RM9 juta sebagai belanjawan zoo dan taman rekreasi Bukit Takal, Kijal, Kemaman.

05 Disember 2011

Sidang DUN; Bajet 2012 dijangka RM2 bilion, belanja 2011menokok RM2.3 bilion


- Zoo Ahmad di Bukit Takal dan projek Ahmad di tasik Kenyir dijangka terima habuan bajet 2012
KUALA TERENGGANU
– Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu akan bermula esok 5 Disember  dan berlangsung selama empat hari sehingga 8 Disember.

Sidang DUN yang dilihat sebagai siding terakhir bagi penggal ke-12 DUN Terengganu akan menyaksikan kerajaan membentangkan bajet untuk tahun 2012.

Selamatkan negara dari bankrap


HULU TERENGGANU - PAS mengingatkan rakyat terutama kepada para pengundi agar tidak menyerahkan negara kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) hingga menjadi bankrap

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata menurut Menteri kerajaan BN di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Idris Jala, Malaysia akan ‘bankrap’ tahun 2019

“Idris Jala (menteri) mengatakan Malaysia ‘bankrap’ tahun 2019, ada ahli ekonomi lain mengatakan Malaysia bankrap tahun 2015.

04 Disember 2011

Idris Jusoh hanya ‘test market’


BESUT - Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh yang mengumumkan bahawa beliau tidak bertanding menggambarkan masalah politik dalaman Umno Terengganu  yang belum reda.

Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah) berkata,  Idris telah menjangka yang nama beliau tidak akan disokong oleh Badan Perhubungan Umno  Terenggganu yang di Pengerusikan oleh Dato’ Seri Ahmad Said.

"Projek Mengigau'; Itik dan Angsa Pulau Burung hanya berbaki 50 ekor.

KUALA TERENGGANU - Projek-projek yang dilaksanakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu disifatkan sebagai 'projek-projek mengigau' kerana ia dibuat tanpa kajian dan tinjauan pasaran.

Ia juga tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat Terengganu baik dari segi ekonomi atau pembangunan sosial.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu, Dr Alias Razak, antara projek yang terpaksa ditanggung rakyat akibat pembaziran Umno itu adalah pembelian 'Strawberry Park' di Kijal dan pembangunan Pulau Burung di tasik Kenyir.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...