09 Januari 2010

Sekitar Demonstrasi Membantah Tindakan Kerajaan Mesir



- Memorandum Bantahan Berjaya Disampaikan

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS, Salahudin Ayob berkata beliau telah berjaya menyampaikan memorandum bantahan rakyat Malaysia kepada Duta Mesir ke Malaysia, Hani Aaaabdul Kader.

Beliau berkata demikian ketika demonstrasi bantahan terhadap kerajaan Mesir sedang berlangsung dihadapan kedutaan Negara tersebut di Jalan Ampang, disini semalam.

Dato’ Harun Taib ‘berehat’ di HSNZ


KUALA TERENGGANU - Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Harun Taib, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir kini dinasihatkan ‘berehat’ di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.


Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu dinasihatkan oleh doktor pakar agar ‘berehat’ buat seketika bagi mengembalikan semula kesihatan akibat tekanan darah tinggi yang dialaminya.

Insiden Menyerang Tiga Greja di Lembah Kelang


KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT
UNTUK EDARAN SEGERA

8 JANUARI 2010

Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.

Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan. Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.

Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.


YB DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR


YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP


YB DATO' SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

08 Januari 2010

PAS dan PKR Kutuk Pengeboman Gereja


PAS mengutuk sekeras-kerasnya kejadian yang menimpa Metro Tabernacle Church di desa Melawati.
Tindakkan tersebut bukan sahaja berlawanan dengan Islam malah ia adalah tindakkan yang tak bertamadun.

Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar berkata, Islam sangat mengambil berat soal hak-hak rumah ibadat hatta dalam peperangan sekali pun Islam menjamin keselamatan rumah ibadat agama lain.

Masalah Dewan Bedah ; Ahmad Mengeluarkan Kenyataan Secara ‘Borong’



Jerteh, BESUT – Kenyataan dan pendedahan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said tentang masalah dewan bedah di hospital-hospital bukan sahaja mengundang kontroversi, malah memalukan warga kesihatan disini.

Satu sumber yang hampir dengan pentadbir Hospital Besut memberitahu, masalah utama dewan bedah hospital tersebut ialah kelewatan pemerolehan peralatan pembedahan.

Umno Pertahan Nama Allah, Tapi Khianat Islam


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara 'fast track'.
Maka PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam..Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam. PAS menuntut klausa ini dimansuhkan segera. (Gambar - Pemuda Umno Teerengganu 'kononnya' berdemo di depan istana Maziah baru-baru ini)

Shaziman Dedahkan


Bahan Dan Kualiti Kerja Tidak Ikut Spesifikasi Punca Bumbung Stadium SMZA Runtuh

KUALA LUMPUR - Bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi dikenal pasti antara punca utama struktur bumbung kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, runtuh Jun tahun lepas.

Menurut laporan Jawatankuasa Penyiasatan kejadian itu, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek turut menyumbang kepada kejadian tersebut.

07 Januari 2010

Himpunan Batu Burok Mengelirukan

 - Ketua Polis Beri Amaran Keras


http://buletinonline.net/images/stories/berita18/umnohimpunbatil.jpgDi Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berhimpun bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah esok agar membatalkannya sebelum tindakan tegas diambil.



Beliau yang memantau secara serius perkara itu, berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeruh dan menjejaskan keselamatan negara.

Nizar Kemalangan Kereta Terbalik

http://buletinonline.net/images/stories/berita19/100_4485.JPGMenteri besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin cedera ringan apabila keretanya terbalik ketika cuba mengelak sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang jalan hari ini.

Ketua polis trafik negeri, Wan Abdullah Ishak berkata Mohammad Nizar dalam perjalanan dari rumahnya di Sungai Rokam ke sebuah klinik pergigian di Jalan Sultan Idris Shah apabila kemalangan itu berlaku pada kira-kira jam 9.30 pagi.


Beliau hilang kawalan kereta Toyota Camry yang dipandunya ketika cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang itu.

Masalah Dewan Bedah ; MB Tidak Boleh ‘Cuci Tangan’

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/drazman.JPGJabi, SETIU – Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dan kerajaan Umno/BN Terengganu, mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kepincangan dan kegagalan perlaksanaan, apa jua projek kerajaan, samada kerajaan negeri atau pusat, dalam negeri ini.


Ia termasuk masalah kegagalan dalam menyediakan khidmat dewan-dewan bedah di hospital-hospital seluruh negeri Terengganu, sebagaimana yang didedahkannya baru-baru ini.

Hashimah Buntu, Masa Depannya Samar - Gerai Bakal Diroboh

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/HashimahGerai%203.JPGSeberang Takir, KUALA NERUS – Tempoh seminggu yang diberi pemaju Projek Perumahan Pangsapuri Mampu Milik di Kampung Batin, Seberang Takir membuatkan Puan Hashimah Mohd, 42, resah.


Dalam tempoh sesingkat itu, ibu yang mencari rezeki bagi lima anak, dengan menjual goreng pisang, buntu akan masa depan keluarganya.


Arahan lisan pemaju, supaya gerai nya mesti dirombak tambah memeningkan kepalanya, apabila memikirkan nasib ayahnya dirumah, yang menghadapi masalah mental.

06 Januari 2010

Pendakwah Generasi baru Perlu Lebih Kreatif

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/IMG_2227.jpgChukai, KEMAMAN - Generasi muda dalam kalangan pendakwah perlu memikirkan pendekatan lebih sesuai bagi menarik perhatian masyarakat supaya mendekatkan diri dengan Pusat Pengajian Islam, Kampung Bakau Tinggi, Chukai, di sini.



Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai, Hanafiah Mat berkata, golongan ustaz dan pendakwah generasi muda dilihat sebagai pelapis pendakwah sedia ada, justeru, mereka disarankan supaya bertindak agresif mendekati pelbagai lapisan masyarakat.

Pangsapuri Ladang Gemilang Hanya Untuk Di Sewa Sahaja

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/pangsapuriladanga.jpg ADUN PAS akan bantu mendapatkan bayaran sewa bagi golongan miskin 

KUALA TERENGGANU – Kerajaan tidak menyediakan tempat tinggal sementara kepada golongan miskin yang tidak mempunyai rumah,yang menyewa di Kampung Ladang Tok Pelam dan Ladang Mengabang.



Mereka akan menghadapi kesukaran kerana kehilangan tempat tinggal apabila rumah yang mereka sewa, terlibat dalam pengambilan semula tanah dikawasan berkenaan.

05 Januari 2010

ADUN Sura Rai Kejayaan Generasi Terakhir SRAB

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/Image068.jpgSura, DUNGUN – Kejayaan pelajar generasi terakhir Sekolah Rendah Agama Bersepadu Sultan Ismail (SRABSI) Dungun, disini, telah dikongsi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Empat dan 21 orang pelajar pelajar SRABSI yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperolehi keputusan 5A.

04 Januari 2010

Jambatan Bukit Kuang - Rakyat Sudah ‘Bosan’ Mendengar Penjelasan

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/bloghanafiah.JPGChukai, KEMAMAN – Penduduk warga Chukai dan daerah Kemaman sudah ‘bosan’ dan jelak mendengar penjelasan demi penjelasan yang diberikan oleh pihak kerajaan berkaitan pembinaan jambatan Bukit Kuang.



Pengarah Majlis Tindakan DUNChukai, Haji Hanafiah Mat berkata, orang ramai mempersoalkan, apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri Terengganu dan kerajaan Pusat, sehingga masih belum membina jambatan tersebut.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...