Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor.
Melunaskan sebuah wasiat ...tergiang- giang suara separa serak arwah, " enta tak payah kuliah atau kemana- mana pgram hari kematian ana..bantu uruskan jenazah ana" ..pesanan itu aku genggam erat. Kelmarin, usai khutbah di masjid Tok Jamal Wakaf Mempelam ,aku mampir ke gedung Maidin Gong Badak kerana ingin mengalas perut dengan adikku,Huzaifah , isterinya serta Imran ( pembantuku). Kami menukar lokasi awal, Kedai sup pekan batu Enam merumbu dengan pelanggan maka kami padamkan niat untuk makan di kedai legen itu. Mungkin sebahagian pengunjung berniat ke pra himpunan Teguh Pertahan yang sedang berlangsung .