18 Julai 2009

TUBUH SURUHANJAYA BEBAS SIASAT KEMATIAN MENDIANG TEONG BENG HOCK


PAS memandang serius isu kematian Teng Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Kerajaaan Negeri Selangor semalam. PAS mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kematian Teong.

Ini berasaskan Teong dipanggil untuk disoalsiasat oleh SPRM. Kedua siasatan tersebut berlangsung dari jam 5 petang hingga jam 3.45 pagi. Siasatan yang berlangsung selama 10 jam dan berlangsung hingga ke pagi adalah sesuatu yang tak boleh diterima. Persoalannya perlukah siasatan dibuat selama 10 jam dan hingga 3.45 pagi melainkan ia bertujuan memberi tekanan psikologi keatas Teong dan mana mana orang yang disiasat oleh SPRM.

Tindakkan SPRM menyoal siasat dalam tempoh waktu yang panjang dan hingga keawal pagi adalah satu penderaan mental yang membawa kesan pada fizikal menjadi lemah. Tindakan ini menyalahi etika, amalan dan prinsip hak asasi manusia.

Sebelum ini beberapa orang penyokong Datuk Norza Zakaria calon Majlis Tertinggi Umno telah membuat laporan Polis bahawa mereka telah didera dan diseksa oleh SPRM semasa disoalsiasat dilakukan ke atas mereka berkaitan kes Datuk Norza. Dengan kes kematian Teong telah menimbul banyak persoalan intigriti SPRM apatah lagi siasatan itu dibuat dalam kes yang berkaitan dengan politik.

Perkara kedua yang PAS persoalkan ialah setiap orang yang berada dalam tahanan atau dipanggil untuk soalsiasat perlu diberi jaminan keselamatan dan perlindungan oleh SPRM. Kematian Teong menunjukkan SPRM tidak memberikan perlindungan keselamatan keatas mendiang . Oleh itu satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan secara bebas.

PAS menuntut beberapa perkara mesti disegerakan:-

1.Satu sidang khas Parlimen mesti diadakan segera untuk membincangkan intigriti SPRM yang terlalu buruk dan menjijikkan. Ini kerana ianya adalah satu keperluan yang mendesak disebabkan belum sampai setahun rang undang-undang SPRM berjalan dengan harapan imej Negara kita akan pulih. Ini juga menunjukkan amalan rasuah amat meluas oleh kerana BPR ketika itu telah dilihat ditunggangi oleh parti pemerintah. Dakwaan tidak berasas dikenakan apabila melibatkan ahli politik dari pembangkang, tetapi kes seperti Datuk Seri Mohd Khir Toyo dilihat SPRM tidak langsung menyiasat. Dengan apa yang berlaku telah memalukan Yang DiPertua Agong dan juga Parlimen yang telah meluluskan bidang kuasa baru SPRM. Oleh sebab itu sidang khas parlimen perlu diadakan segera dan Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu juga segera balik untuk membuat keputusan terhadap sidang khas tersebut.

2. Penubuhan Suruhanjaya Bebas untuk menyiasat kes kematian mendiang Teong Beng Hock yang berada dalam siasatan dan jagaan SPRM mesti dibuat. Siasatan ini perlu di buat oleh Suruhanjaya Bebas dan bukannya Polis kerana banyak kes kematian didalam longkap polis yang masih belum terjawab dan antaranya kes Kugan. SPRM perlu disiasat oleh Suruhanjaya Bebas ini dan penyiasatan yang meliputi seluruh aspek mesti dilakukan.

3. Menuntut pengantungan tugas Ketua Pengarah, Pengarah siasatan SPRM, Pengarah SPRM Selangor dan pegawai SPRM yang bertugas dalam siasatan keatas mendiang Teong sepanjang siasatan Suruhanjaya Bebas.


DATO’ MAHFUZ OMAR
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena

17 Julai 2009

Presiden PAS ziarah anggota bomba kemalangan


KUALA TERENGGANU; 17 Julai (Hrkh)- Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melakukan lawatan menziarahi anggota bomba yang terlibat dengan kemalangan di Felda Belara, Setiu, 14 Julai 2009 lalu.

Beliau ditemani oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sebelum itu, dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato’ Abu Bakar Chik dan Haji Mohd Abdul Wahid Endut juga ditemani oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah turut berbuat demikian.

Dalam kejadian ‘malang’ itu berlaku berhampiran lading kelapa sawit kira-kira pukul 5.50 petang yang mengakibatkan empat dari lapan anggota bomba tersebut cedera parah.

Harakah dimaklumkan kesemua anggota bomba terbabit dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu yang dalam perjalanan ke Sungai Tong, Setiu bagi menyelamatkan satu mangsa kemalangan lain.

Sehubungan itu, PAS Terengganu merakamkan ucapan takziah serta mendoakan kesejahteraan kepada semua anggota terbabit.

Ustaz Abu Bakar berkata PAS Terengganu turut melahirkan rasa dukacita dengan kejadian yang berlaku serta merakamkan ucapan takziah.

Namun begitu, katanya semua itu merupakan takdir dan orang Islam dikehendaki bersabar serta mendoakan keselamatan.

“Ya, PAS negeri Terengganu mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan,” ujarnya.

Menurutnya, jasa serta pengorbanan anggota bomba sangat besar dan wajar dihargai oleh semua pihak.

Pemimpin Bertemu Rakyat; Pelbagai Kaum Bersama PAS


KEMAMAN – Program ‘Pemimpin PAS Turun Bertemu Rakyat’ yang diadakan sehari suntuk di Dewan Undangan Negeri Chukai, disini, semalam, mendapat sokongan dari pelbagai kaum.

Jawatankuasa Dewan Harian PAS Terengganu telah mengorak langkah setapak ke hadapan, lebih pro-aktif dalam merealisasikan hasrat rakyat berbilang kaum yang mahukan satu pemerintahan yang adil dan berkebajikan.

Justeru, perlaksanaan program Pemimpin Turun Bertemu Rakyat telah memberikan banyak input dan manfaat bukan sahaja kepada kepimpinan malah kepada warga Chukai.

Sebagai contohnya, hasil pertemuan dan dailog dengan pimpinan tertinggi PAS negeri itu, aktivis muslimat, Faizah Mat dapat menyuarakan hasratnya tentang keperluan meletakkan calon muslimat atau wanita dalam pilihanraya umum yang akan datang.



Bagi kepimpinan baru perhubungan PAS Terengganu pula, tentunya melalui program ini dapat berta'aruf, bermesra bergurau jenaka, dan berasa lebih rapat dengan pimpinan peringkat paling bawah.

Selain itu, acara 'minum pagi' bersama warga Kuala Kemaman, turut disertai oleh masyarakat bukan Islam yang bakal melenyapkan terus tembok pemisah yang dibina oleh UMNO dan Barisan Nasional selama ini.

Acara ‘Jamuan Rakyat’ yang diadakan dengan kreativiti Jawatnkuasa MTD Chukai turut dilihat berjaya menarik kaum Tionghua bersama-sama makan tengahari di markaz PAS Dusun Nyior, Chukai.

Mereka tidak segan dan malu untuk bercampur gaul, bahkan para petugas PAS juga telah faham keperluan masyarakat Tionghua, dimana lauk ayam khusus disediakan untuk kaum Tionghua yang tidak makan daging.

15 Julai 2009

14 Julai 2009

Pengundi sudah ‘Akil Baligh’ – Tok Guru Nik Aziz

MANEK URAI – Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat berkata sudah masanya rakyat beralih menyokong PAS dan Islam berdasarkan pemerhatian beliau terhadap perjalanan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai pengundi sudah ‘akil baligh’, kerana dapat membezakan antara yang benar dan yang salah.

”Daripada hari penamaan calon sampai kepada sehingga hari ini saya nampak terang di masjid-masjid penuh dengan orang PAS, lambang bulan,

”tapi pelik pergilah masjid balaisah mana pun, tak nampak kereta-kereta (yang ada lambang) dacing,” katanya ketika di temui sewaktu melawat dan bertemu calon PAS Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) di Sekolah Kebangsaan Peria, dekat sini, pagi ini.

Menurutnya ia adalah satu petanda yang baik dimana perjuangan parti politik dewasa ini semakin nyata mengikut Islam

.

13 Julai 2009

Wang Rasuah Pilihanraya Di dibawa Bersama Muhyidin Dalam Helikopter ???


KUALA KRAI – Kira-kira jam 10.25 pagi ketika wartawan Buletin Online melalui jalan Kuala Krai ke Manek Urai, kelihatan sebuah helicopter jenis Nuri yang dipercayai milik Angkatan Tentera Malaysia terbang rendah seolah-olah mahu mendarat.

Beliau bergegas memecut keretanya mencari kawasan tempat pendaratan helicopter tersebut.

Sesampainya di padang Sekolah Mennengah Teknik helicopter yang sedang mendarat itu sempat dirakam dengan Video.

Setelah Nuri benar-benar mencecah bumi, sebuah lagi helipkopter dipercayai jenids Blackhawk tiba-tiba terbang dengan rendah menghampiri padang yang sama.

Dengan sabar beliau merakam semuanya, dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyidin Yassin keluar dari perut Helikopter yang kedua.

Sekaligus turun dari helicopter sebuah bag yang sama seperti bag yang disyakki membawa wangrasuah bagi membeli pengundi-pengundi yang dirakam pada hari penamaan calon.

'Politiking' Untuk Menyingkirkan Islam

Politik Tunisia terkini yang sedang hangat dan panas, mengesahkan telahan banyak pihak bahawa hanya kerajaan Islam sekular sahaja yang diizi...