31 Januari 2015

Harapan Memerintah Terengganu Kali Ketiga


IMG-20150130-WA0133KUALA NERUS – PAS Terengganu menaruh harapan tinggi kepada rakyat agar bersedia mengulangi sejarah lampau memberi mandat bagi memerintah negeri buat kali ketiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata perjuangan PAS bagi menggantikan tampuk pemerintahan negeri dari Umno dan Barisan Nasional (BN) serta mendaulatkan syariat Islam.
Justeru, katanya Himpunan Harapan Semua (HARAP) 3.1 ini merupakan kesinambungan dari program PAS Ganti Umno (PGU), yang telah sinonim dengan rakyat di negeri ini.

Debu ‘CubCross’ Peningkat Semangat dan Ukhuwah Pemuda


Screenshot (633)KUALA TERENGGANU – Ribut Pasir dan debu yang berterbangan semasa pertandingan lumba ‘CubCross’ sempena Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) walaupun sedikit menganggu melambangkan kekuatan semangat dan ukhuwah dikalangan para pemuda PAS.
Ketua Pemuda PAS negeri Terengganu Ustaz Kamaruzzaman Abdullah bagaimana pun meminta maaf kepada kepada semua pengunjung HARAP 3.1 dan jiran-jiran sekitar tapak Himpunan tu yang mungkin agak terganggu.

‘Street Dakwah’ Teluk Ketapang Dapat Sambutan Baik

20150130_180609
KUALA NERUS – Pemuda PAS berganding bahu dengan Ameerah mengadakan aktiviti rekreasi sambil berdakwah bersempena Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) di sini.
Seramai 150 orang telah bergerak dari taman permainan kanak-kanak di pantai rekreasi bersebelahan lapangan terbang Sultan Mahmud menyusuri jalan menghala ke kampung Teluk Ketapang, sambil mengedarkan risalah dan memberikan penerangan kepada orang ramai.

30 Januari 2015

Lesen Perniagaan Naik 300 – 700%, Membebankan dan Melampau


Kamarul Bahrin bincang peniagaKUALA TERENGGANU – Kenaikan mendadak bayaran lesen perniagaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) antara 300 hingga 700 peratus, sejak 25 Januari lalu mengejutkan para peniaga terbabit di kawasan ini.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah, beliau dimaklumkan oleh para peniaga tersebut, peningkatan kadar itu akan memberi kesan besar terutama peniaga-peniaga kecil.

29 Januari 2015

Solat Hajat dan Tahlil Buka Program HARAP 3.1

20150129_205640 (2)KUALA NERUS  – Program Himpunan Harapan Semua (HARAP) 3.1 yang julung-julung kalinya diadakan bagi menggantikan program PAS Ganti Umno (PGU) sebentar tadi dimulakan dengan solat isyak berjemaah dan disusuli dengan solat hajat.
Solat tersebut dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak Negeri Terengganu Dato’ Hussein Awang itu kemudiannya diakhiri dengan majlis bacaan tahlil.

HARAP 3.1; Rakyat Terengganu Diseru Hadir Beramai-ramai


IMG-20150128-WA0086KUALA NERUS – Orang ramai khususnya warga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan Kuala Nerus serta seluruh rakyat negeri Terengganu diseru agar hadir beramai-ramai ke program Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.1) yang akan bermula pada Khamis 29 Januari dan berakhir pada Sabtu 31 Januari.
Setiausaha Jawatankuasa Panitia Induk HARAP 3.1 Ustaz Zakaria Dagang berkata orang ramai boleh menghayati pelbagai aktiviti yang diadakan bersempena HARAP 3.1 yang akan merealisasikan tema ‘Harapan Untuk Semua’.

28 Januari 2015

Pasca Banjir; Sumbangan Kewangan Dan Bantuan Pakar Amat Diperlukan


IMG-20150128-WA0063KUALA TERENGGANU – Sebulan berlalu banjir besar Pantai Timur terutama Kelantan dengan kesan kemusnahan harta benda dan tempat tinggal yang dianggarkan kerugian sebanyak 1.3 bilion ringgit.
Menurut Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) Dr Suhazeli Abdullah, sebanyak 2667 rumah yang musnah terus dan tidak selamat didiami semula yang memerlukan sokongan semua pihak.

27 Januari 2015

Limau Mandarin Lambang Kasih Sayang


IMG-20150127-WA0043KUALA TERENGGANU – Menjaga hubungan antara kaum dalam negara kita ini amat dititikberatkan dalam kelompok masyarakat majmuk.
Itu kupasan dari pertemuan dengan Ahmad Ahli Parlimen Kuala Terengganu YM Raja Dato’ Kamarulbahrin Raja Ahmad ketika membincangkan tentang sambutan tahun baru cina bersama wakil-wakil DUN di dalam Parlimen Kuala Terengganu.

26 Januari 2015

PAS Tangguhkan Agenda ‘Sepetang Berhibur’ Pada HARAP 3.1


IMG-20150121-WA0022KUALA NERUS – PAS menzahirkan rasa amat dukacita di atas kemangkatan Tengku Intan Zaharah bt Tengku Hitam Omar, bekas Permaisuri Terengganu dan Permaisuri Agung dan merafakkan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin di atas kemangkatan Paduka Nendanya.



25 Januari 2015

Almarhumah Tengku Intan Zaharah Selamat Disemadikan


IMG-20150125-WA0061 (2)KUALA TERENGGANU – Jenazah Tengkuan Ampuan Tua Terengganu, Tengku Intan Zaharah Almarhum Tengku Seri Setia Raja Tengku Hitam Omar selamat disemadikan bersebelahan makam suami baginda, Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin di sini, selepas solat zuhur.
Bernama melaporkan, istiadat pengebumian dan bacaan talkin disempurnakan Mufti Terengganu Dr Zulkifly Muda.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...