31 Julai 2010

Kita tidak akan berundur walaupun selangkah ke belakang!

- Kata Dato' Ustaz Harun Taib
KUALA TERENGGANU
- PAS nekad berusaha untuk mencapai kemenangan dan memerintah Malaysia dan Terengganu khususnya, dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Harun Taib menegaskan demikian ketika berucap merasmikan program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang diadakan di Markaz Tarbiah Kuala Ibai, disini, Sabtu 31 Julai.

"Saudara-saudara yang hadir pada hari ini saya rasa adalah terdiri daripada yang telah menandatangani perjanjian, satu perjanjian dengan diri sendiri. bahawa kita tidak akan berundur walaupun selangkah ke belakang.

i-Sharp; Setiausaha JKKK Kg Banggol Berbohong

SETIU - Pemaju Projek Taman Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu (i-Sharp) telah membuat pertemuan secara rasmi dengan Jawatankuasa Bertindak Membantah (i-Bantah) projek tersebut sebanyak dua kali bagi membincangkan masalah penternakan udang berskala mega di sini.

Pengerusi i-Bantah Dr. Azman Ibrahim berkata, kali pertama beliau dikunjungi oleh pengurusan projek yang berkunjung ke pejabatnya kira-kira dua minggu lalu.

"Wakil Syarikat Blue Archipelago telah datang ke klinik saya dan kemudian mengaturkan pertemuan secara rasmi di Kuala Terengganu,

Siapa 'Budak Kroni' Dapat Tender RM50 juta

DUNGUN - Siapakah seorang 'budak' dari negeri Terengganu, berumur 21 tahun ketika menubuhkan sebuah syarikat dan dua kemudiannya, berjaya memperolehi tender-tender kerajaan bernilai lebih RM50 juta ?

Menurut Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, sudah pastilah, dia adalah seorang kroni kepada mana-mana pimpinan Umno dan Barisan Nasional Terengganu.

(Gambar - Tony Pua ketika menyampaikan ucapan dalam majlis makan malam bersama masyarakat Tionghua Dungun, di Batu Enam)

30 Julai 2010

Kerajaan Umno/BN 'Mencekik' Rakyat Sendiri


DUNGUN - Umno dan Barisan Nasional (BN) didakwa sedang memeras rakyat bagi mengumpulkan sebanyak mungkin kewangan untuk dijadikan dana bagi membiayai pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Umno sedang buat kutipan untuk menngumpul dana bagi menghadapi pilihanraya, sekarang dia kutip duit, hasil dia 'peras' rakyat,"jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful (Saiful) Bahri Mamat, ketika berucap dihadapan lebih 100 orang masyarakat Tionghua yang hadir pada Majlis Makan Malam di Batu Enam, disini, Khamis, 29 Julai.

29 Julai 2010

PRU-13; Semua Kawasan Menjadi Fokus

KUALA TERENGGANU – PAS akan memberikan fokus kepada semua kawasan walaupon hanya perlu menggempur sekurang-kurangnya 17 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan parti itu berjaya menawan negeri ini dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, walau bagaimana pun ada DUN yang menjadi sasaran termasuk lapan kawasan yang sudah dimenangi dalam PRU lalu, manakala DUN-DUN lain semuanya mempunyai potensi.

Mungkin Benar, Felda Sedang Menuju 'Muflis'


KUALA TERENGGANU - Kejadian bekalan elektrik dipotong yang berlaku di Felda Rasau Kertih mungkin menunjukkan tanda-tanda benarnya kenyataan bahawa Felda sedang menuju muflis

Timbalan ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Zakaria Dagang berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar tempatan berkaitan perkara tersebut yang menyatakan bahawa bekalan elektrik dipotong kerana Felda tidak membayar tunggakan bil elektrik.

Hanya 40% Karang Luntur Bukan 70% Sebagaimana Didakwa Kerajaan

KUALA TERENGGANU - Persatuan Pengusaha-Pengusaha Pusat Pelancongan (Resort) Pulau Redang (Redang Operator Association) menafikan dakwaan Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia Hj. Abd. Jamal Mydin yang berkata kelunturan karang (gambar) berlaku sehingga 70%.

Menurut Presidenya, Lee Yat Loong, hanya 40% sahaja berlaku kelunturan karang di Pulau Redang.

Beliau turut kesal isu 'karang luntur' (Coral Bleaching) di sensasikan oleh sebuah media perdana berbahasa Inggeris sehingga menimbulkan kekeliruan dikalangan tempatan dan antarabangsa.

28 Julai 2010

Ustaz Wan Hassan Sumbang Kertas

DUNGUN -  Menyedari kepentingan pendidikan tanpa mengira batasan kaum dan agama, ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli telah menyerahkan sumbangan kertas A4 sebanyak 2 kotak kepada pihak pentadbiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Kwang Hwa di sini, baru-baru ini.

Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Haji Hassan Abdul Aziz, yang mewakili ADUN Sura. Pihak sekolah melalui Guru Besarnya, Yeo Kin Hwa, 54, telah menerima sumbangan tersebut di pejabat sekolah berkenaan.

18 Sukhoi Di Gong Kedak, Tidak Pernah Terbang Sekaligus

BESUT - Lapan belas buah jet pejuang Sukhoi yang diletakkan di Kem Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Gong Kedak tidak pernah terbang sekaligus kerana mengalami masalah alat ganti.

Sumber dari pangkalan TUDM itu berkata, penerbangan jet pejuang yang dibeli dari Rusia itu tidak pernah mencapai sasaran yang ditetapkan sebanyak 70%.

27 Julai 2010

Kusza >> UDM >> UniSZA; Isyarat Krisis Umno Berterusan

KUALA TERENGGANU - Pertukaran nama institusi pengajian tinggi Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang asalnya milik kerajaan negeri kepada Universiti Darul Iman (UDM) dan kemudiannya dipanggil Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan rakyat Terengganu.

Menurut Pegawai Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, sebenarnya KUSZA telah 'dirampas' oleh kerajaan Persekutuan dari rakyat Terengganu kerana menurut kehendak Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

26 Julai 2010

Umno/BN di Jangka meneruskan Strategi ‘Kotor’ Menghadapi PRU-13

KUALA TERENGGANU -  Parti Umno dan Barisan nasional yang berada dalam keadaan cukup lemah sekarang, dijangka meneruskan strategi ‘kotor’nya pada pilihanraya umum akan datang sebagaimana amalannya sebelum ini.

"Dia orang duduk sini dah berapa tahun, mereka sebagai pemastautin tetap meminta kad pengenalan biru, dapat kad pengemalan baru dia boleh mengundi, jadi sekarang proses untuk mendapatkan kad pengenalan biru ini dipemudahkan,"kata Haji Mohd Abdul Wahid Endut selaku Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat.

25 Julai 2010

PAS Terengganu Ada Isu Besar Yang Akan di Ledakkan

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu ada isu-isu besar berkaitan penyelwengan, rasuah dan salahlaku pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional negeri Terengganu yang akan didedahkan pada masa yang sesuai.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Ustaz Harun Taib, PAS akan mengejar Umno/BN bagi membuktikan salah laku pemimpin Umno/BN 'hingga ke lubang cacing'.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...