04 Disember 2009

Konsert Piala Monsun Dilanda Ribut Monsun

KUALA TERENGGANU – Konsert Piala Monsun yang diadakan di Dataran Shahbandar disini semalam 1 Disember, dihentikan kerana dipukul ‘ribut monsun’ musim tengkujuh.
 Konsert yang tidak mendapat sambutan, anjuran bersama kerajaan negeri dengan majalah URTV cuba diteruskan walaupun hujan ‘gelombang ketiga musim tengkujuh’ turun tanpa henti sejak kelmarin.

Dengan kehadiran tidak lebih 200 orang dan dimulakan agak lewat, konsert yang akan memperkenalkan 12 peserta kejohanan perahu layar itu dihentikan setelah keadaan cuaca tidak dapat dikawal.

Hujan mula turun kira-kira jam 10 malam disertai angin yang bertiup kuat, namun penyanyi yang beraksi ketika itu berkata ‘kita berdoa supaya hujan akan berhenti’ dan kalau hujan ‘kita akan basah bersama’.

Sebaliknya, hujan turun semakin lebat dan angin semakin kuat, menyebabkan penonton  ‘bersegera’ meninggalkan lokasi.

Pada jam 10.35 malam, pengumuman dibuat menyatakan konsert terpaksa dihentikan kerana sebab-sebab keselamatan.

Berikutan hujan lebat turun selama 30 minit, kawasan sekitar Dataran Shahbandar telah bertukar ‘menjadi kolam’


http://buletinonline.net/images/stories/berita15/konsertmcupdilandaribut10.JPG

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/konsertmcupdilandaribut9.JPG

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/konsertmcupdilandaribut3.JPG
















http://buletinonline.net/images/stories/berita15/konsertmcupdilandaribut7.JPG















http://buletinonline.net/images/stories/berita15/konsertmcupdilandaribut6.JPG

Banjir Kilat Setiap Tahun Kerana Tiada ‘Longkang Tengkujuh’ (Monsoon Drain)


- Bukti (Kedua) Monsoon Cup Tidak Membawa Banyak Manfaat

KUALA TERENGGANU
– Beratus-ratus juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri menganjur ‘Monsoon Cup’,

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/banjirdiceronglanjut.JPGsedang  ‘Bandaraya’ Kuala Terengganu ‘monsoon drain’ pun tak ada!

Itulah keluhan penduduk, warga Kuala Terengganu yang terpaksa bercekang mata dan tidak dapat tidur lena apabila musim monsun tiba, kerana bimbang air longkang akan melimpah.


”Tiap-tiap tahun ada (banjir kilat), kalau boleh kita minta buat longkang beri molek (jadi lebih baik), sebab ini bukan ‘banjir’, ini longkang punya air naik,”kata seorang warga emas, Wei Ah, 58, ketika ditemui Buletinonline.


Menurutnya, satu hari kelmarin, 1 Disember, berlaku dua kali air longkang melimpah dan membanjiri, hingga ke dalam rumahnya, sekali pada jam 6 petang dan kali kedua berlaku pada jam 10.30 malam.


http://buletinonline.net/images/stories/berita15/WeAhtimbaair.JPG“Hari ini dah dua kali, (tahun ini) dalam dua tiga bulan ini sudah lima kali, susah kita (jadinya),”keluhnya, yang sedang menimba air keluar, dari ruang tamu rumahnya (Gambar kanan)

Seorang lagi penduduk Taman Perumahan Cerong lanjut, Beow Tin, 60, berkata, penduduk dipersekitaran itu telah menderita selama 35 tahun.

Beliau sendiri pernah menulis surat kepada bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, memohon supaya dibina ‘Longkang Monsun’ (Monsoon Drain) bagi menyelesaikan masalah dilanda banjir kilat setiap kali tiba musim tengkujuh.

”Sudah 35 tahun, mula-mula sekali saya buat (tulis) surat kepada (Tan Sri) Wan Mokhtar

(Menteri Besar) masa tu, sehingga sekarang tak selesai masalah,

”saya minta buat longkang besar sikit, ‘Monsoon Drain’ lah, ini kecil tak padang (cukup), air dari bukit, ni (jadi) slow (perlahan) pasal atas bukit ada projek (yang membawa lumpur),”jelasnya.

Menurutnya, projek pembangunan Puncak Panorama yang sedang dilaksanakan di atas Bukit Pak Apil ‘ada kaitan’ dan menyumbang kepada banjir kilat menjadi lebih teruk.

(Ketiadaan ‘Monsoon Drain’ sebagai satu infrastruktur penting Bandaraya Kuala Terengganu, adalah satu bukti yang jelas, menolak dakwaan bekas Exco Terengganu, Dato; Wan Hisham Wan Salleh, penganjuran ‘Monsoon Cup’ membawa banyak manfaat kepada rakyat)

Bukti(1) Monsoon Cup Membazir, Kurang Memberikan Manfaat Kepada Rakyat Terengganu

 
KUALA TERENGGANU – Tidak dinafikan penganjuran Monsoon Cup memang ada manfaat, namun dengan ratusan juta yang dibelanjakan, manfaat yang diperolehi rakyat adalah terlalu sedikit,
malah ada golongan yang langsung tidak mendapat apa-apa manfaat.

Sebagai contohnya, golongan nelayan, langsung tidak mendapat apa-apa manfaat dari sukan perahu layar itu, sedangkan disebut-sebut dan ditulis secara fakta, idea menganjurkannya berkait rapat dengan nelayan.

Bekas Pengerusi T-Best Events, penganjur Monsoon Cup, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh cuba mengelirukan rakyat Terengganu dengan apa yang diperolehi dari penganjuran Monsoon Cup.

Beliau menyebut, 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, tidak dinafikan sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri Terengganu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

Rakyat Terengganu tentu faham, sekiranya tidak dapat diukur dan dibuktikan, kejayaan yang dimaksudkan itu ‘hampir-hampir tidak ada’, kerana sekiranya ia ada, pasti dapat dibuktikan.

Sehubungan itu, krew Buletinonline akan membuktikan bahawa Monsoon Cup tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, sepanjang penganjuran tahun ini (2009).

Tinjauan ke tapak Karnival Monsoon di Dataran Shahbandar semalam menyimpulkan, tidak ramai dari golongan peniaga Terengganu yang menjalankan perniagaan.

Rata-rata peniaga, adalah datang dari luar, berdasarkan lori dan van serta temubual dengan para peniaga berkenaan.

Lihat gambar-gambar dibawa
h;.

http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20001.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20002.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20006.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20007.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20008.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20009.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20010.jpg
http://buletinonline.net/images/stories/berita15/MCup1%20011.jpg

 

Negeri Kedua Termiskin Menawarkan Hadiah Paling Lumayan Di Dunia !


KUALA TERENGGANU – Terengganu, negeri yang kedua termiskin di Malaysia, selepas Sabah, menawarkan hadiah yang paling lumayan dalam edisi kelima Kejohanan Lumba Perahu Layar Piala Monsun.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/mcupmembazir.jpgSukan yang penuh kontroversi dan misteri itu akan berlangsung di Pulau Duyong di sini dari 1-6 Disember, menawarkan hadiah wang tertinggi dalam semua kejohanan dan sukan pelayaran di seluruh dunia dengan jumlah RM1. 57 juta (USD454, 000).

Peningkatan hadiah wang tunai tersebut dilaporkan kerana komitmen penaja utama dan kerajaan negeri Terengganu.

Pemenang kejohanan tersebut akan meraih RM360, 000 (USD104, 000) sementara pasukan yang terditempatkan terkcorot juga (tempat ke 12) masih boleh menerima RM50, 000 (USD14, 400).

Sementara itu, Pengarah Piala Monsun, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata matlamat tersirat penganjuran piala monsoon tercapai.

Beliau dilaporkan berkata, walaupun 'kejayaan' yang dimaksudkan sukar diterjemah dalam bentuk data atau statistik, sejak ia dimulakan pada 2004, pelbagai sektor di negeri pantai timur itu menerima manfaatnya sama ada secara langsung atau tidak.

01 Disember 2009

Eidul Adha 1430H, Hari Haji Akbar

MARANG – Hari raya Eidul Adha pada tahun ini yang jatuh pada hari Jumaat di panggil sebagai Haji Akbar, kerana hari wukuf di Arafah dan hari ‘nahar’ atau hari ke 10 Zulhijjah jatuh pada hari Jumaat.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/tokgurukorban.JPGDemikian dinyatakan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam mukaddimah khutbah Eidul Adhanya, di masjid Rusila hari ini.

Katanya, hari haji akbar penting kerana pada hari tersebut Allah mengisytiharkan berlepas diri dari orang-orang musyrikin sebagaimana dinyatakan dalam surah atTaubah, ayat ke sembilan.


Beliau turut mengingatkan seluruh umat Islam bahawa perbuatan syirik itu bukan hanya menyembah patung dan berhala, tetapi seseorang Islam menjadi syirik apabila mengadakan undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah dan mempercayai kepada undang-undang tersebut.

”Termasuklah syirik itu, mengadakan undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah, dan percaya kepada undang-undang itu,

”mengadakan peraturan lain daripada peraturan (yang telah ditetapkan oleh) Allah dan menerima peraturan itu,”jelasnya.

Menurutnya, Allah telah menetapkan undang-undang (syariat) ke atas manusia yang berkait dengan ibadat, makan minum,  pakaian dan pergaulan.

Begitu juga, katanya, Allah menetapkan undang-undang yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan pemerintahan negara.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/drazmankorban.jpgSebaik selesai menunaikan solat sunat Edul Adha, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang telah bertemu dan beramah mesra dengan jamaah yang hadir.

Ustaz Abdul Hadi turut menunaikan ibadah korban dengan menyembelih tiga ekor lembu (gambar atas) di perkarangan Masjid, dan diagih-agihkan dagingnya kepada orang ramai.

Sementara itu, di Masjid Tahfiz Tok Jiring, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar menyampaikan khutbah dan mendirikan solat sunat Eidul Adha dan menyembelih dua ekor binatang korban.

Manakala di DUN Jabi, Setiu, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Dr Azman Ibrahim meraikan Eidul Adha bersama-sama masyarakat di Kampung Bukit Tanah.

Beliau turut bersama-sama bergotong-royong melaksanakan ibadah korban bersama PAS Cawangan berkenaan (gambar kanan - berbaju biru).


Korban MTD Chukai; Merapatkan Silaturrahim, Membantu Yang Kurang Bernasib Baik


KEMAMAN – Program korban sempena sambutan Eidul Adha Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai bukan sahaja membantu mereka yang kurang bernasib baik,

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/hanafiah%20bagi%20daging.jpg malah menjadi ‘jambatan’ merapatkan ukhuwah dan silaturrahim di kalangan warganya.

Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata (gambar - paling kiri, sedang memberikan daging korban kepada seorang penduduk), sebanyak 62 ekor lembu telah dikorbankan oleh 19 cawangan, sehingga petang semalam.

Menurutnya, daging korban seberat antara 500 hingga 800 gram telah diagih-agihkan kepada lebih 700 orang penduduk.

”Korban semua sekali adalah 62 ekor lembu, kesemua cawangan kecuali 3 sahaja yang tidak berpeluang untuk melaksanakan korban pada tahun ini,”katanya ketka dihubungi Buletinonline semalam.

Beliau berkata, program yang bermula pada hari raya pertama itu telah dapat merapatkan silaturrahim dikalangan penduduk, tanpa mengira fahaman politik dan latarbelakang ‘kepartian’.

”Sebagai contoh, program di kampong Geliga dan Kuala Kemaman, daging korban di hantar kesetiap rumah, dan AlhamuduliLlah, orang ramai menerimanya dengan baik,”ujarnya.

Menurut maklumbalas yang beliau terima dari para petugas, katanya, walaupun ada kedengaran pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) melaksanakan korban dibeberapa tempat, namun tidak ada agihan daging yang dibuat.

Justeru, beliau berharap, sikap bantu membantu dan silaturrahim yang terjalin dapat diteruskan, agar mereka yang kurang bernasib baik terbela dan tidak ‘terlepas dari pandangan’.


Korban DUN Sura Melebihi Parlimen Dungun


DUNGUN - Cuaca yang baik bermula Khamis lalu, memberi peluang kepada sebahagian besar umat Islam untuk menyempurnakan ibadah qurban sempena Eidil Adha pada tahun ini.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/korbanwhassan1.jpgSebanyak lebih 60 ekor lembu di DUN Sura telah disembelih dan dikorbankan sempena Eidul adha sepanjang hari raya pertama dan kedua baru-baru ini, melebihi dari jumlah Parlimen Dungun sebagaimana dilaporkan akhbar perdana.

Menurut Laman Blog N27 DUN Sura, Majlis Tindakan DUN Sura telah mengambil inisiatif menyelaras qaedah agihan daging qurban bermula sejak tahun lalu.

Sementara itu sebanyak 365 kampit beras yang disumbangkan melalui YB ADUN Sura, Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli turut diagihkan kepada faqir miskin di seluruh cawangan dalam DUN Sura.

Setiap mereka juga penerima agihan daging qurban yang diserahkan melalui PAS Cawangan ke setiap rumah yang telah dikenalpasti.

Setiap PAS Cawangan mengenalpasti seramai sekurang-kurangnya 25 hingga 30 orang faqir miskin sebagai penerima sumbangan ini.

30 November 2009

Istana ADUN BN ?


KUALA NERUS - Belum pun masuk dua penggal menjadi wakil rakyat, nafsu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) berstatus ‘ustaz’ mengalahkan ‘raja’.‘Istana’ milik wakil rakyat tersebut dibina di Kampung Banggol Tok Jiring, berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dekat sini.

Seorang kontraktor memaklumkan kepada Buletin, kos keseluruhan hartanah tersebut bernilai lebih RM1 juta.

Persoalannya, bagaimana mungkin kemampuan seorang ‘wakil rakyat biasa’ yang belum pernah dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu, boleh mengumpul kekayaan semewah itu dan layak memiliki sebuah Istana.

Namun, di kalangan komuniti kontraktor, pemimpin serta ahli  Umno di Dun berkenaan sedia maklum dan cukup mengenali wakil rakyat tersebut digelar sebagai  ‘Adun 10 persen’.

Bahkan, banyak laporan yang diterima,  masalah kesusahan dan kemiskinan rakyat dalam Dun yang diwakilinya kurang dipedulikan.

Baru-baru ini, beliau yang pernah terlibat dalam kumpulan wakil-wakil rakyat BN ’10 Budak Hitam’ serta menjadi seteru kepada Menteri Besar, telah menisytiharkan ‘perdamaian’. 

Tindakan Adun tersebut dilihat umum bukanlah ‘ikrar taat setia’ kepad Ahmad Said, tetapi mahukan perlidungan di bawah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu yang baru, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri.

Justeru itu, apakah benar ‘istana’ Adun tebabit adalah dibina  hasil simpanan gaji serta elaunnya?

Adakah tindakan berbaik-baik dengan Hishammuddin  yang juga Menteri Dalam Negeri adalah usaha beliau bagi menutup sebarang isu penyelewengan serta salahguna kuasanya!

Pembangunan Tidak Terancang dan Tidak Sempurna Punca Banjir


KUALA TERENGGANU
– Banjir merupakan fenomena yang berlaku setiap tahun di negeri ini, yang menerima kadar hujan lebih banyak pada musim tengkujuh
. Ia bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda, namun ada nyawa yang turut terkorban, pada setiap kali ia berlaku.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/IMG_6355.JPGWalaupun ia dianggap sebagai bencana alam, tinjauan Buletinonline mendapati, rata-rata rakyat berpendapat ia boleh dikawal sekiranya pembangunan yang dilakukan secara terancang, terkawal dan sempurna.


(Gambar - banjir di jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang, pembahagi jalan terpaksa di korek bagi memberikan laluan air, contoh pembangunan yang tidak sempurna) 
Wakil Rakyat Kawasan Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar percaya, sekiranya perparitan sempurna dan ‘longkang tengkujuh’ (Monsoon Drain) dibina dan di selenggara dengan baik, banjir di kawasan bandar dapat diatasi.

Menurutnya, longkang-longkang sedia ada adalah longkang yang sudah lama, di

tambah dengan kurangnya  penyelenggaran menyebabkan sampah sarap tersumbat.

”Apabila hujan lebat turun, air melimpah dan membanjiri kawasan-kawasan rendah,”katanya ketika dihubungi.


Seorang ibu yang baru selesai mengadakan majlis kenduri kahwin dua anaknya terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit berikutan banjir melanda kawasan rumahnya, baru-baru ini.

Maria Muda, 52, dari Bandar Dungun menyifatkan, banjir pada tahun ini adalah yang terburuk kerana ia  tidak pernah berlaku dikawasan rumahnya sejak lebih 20 tahun lalu.


Beliau yang juga kakitangan kerajaan di Hospital Kemaman berkata, walaupun daerah ini pernah dilanda banjir besar sebelum ini, namun kawasan rumahnya terselamat.

Bagaimanapun katanya, sejak pembinaan laluan pejalan kaki di bahu jalan, rumahnya turut mengalami banjir teruk.

“Habis perkakas rumah termasuk perabot dan peralatan elektrik ditenggelami air. Peralatan kenduri kahwin juga turut musnah.

“Kejadian ini pertama kali berlaku dan ia dipercayai berpunca daripada air hujan bertakung disebabkan tiada saluran keluar susulan projek pembinaan laluan pejalan kaki di bahu jalan, kedua-dua arah,” jelasnya.

Sementara itu, Shafie Ibrahim, 50, seorang daripada 45 mangsa banjir dari Taman Ros berkata, pihak berkenaan sepatutnya membuat perancangan teliti sebelum menjalankan sesuatu projek, walaupun dari segi fizikalnya, ia nampak cantik.

“Projek pembinaan laluan pejalan kaki hanya elok mata memandang, namun apabila hujan lebat, kami rakyat yang terpaksa menanggung derita,” katanya

Manakala di daerah Hulu Terengganu,  Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Nasi Dingin, Yusuff Taib berkata, banjir gelombang kedua melanda Terengganu beberapa hari lalu adalah kerana limpahan air sungai dan juga air hujan yang bertakung.


Katanya, ia bukan sahaja menyebabkan puluhan kampung di daerah Hulu Terengganu dinaiki air tetapi lebih 10 keluarga, di kampungnya terpaksa menghadapi kejadian banjir kilat.

Katanya, longkang sedia ada di kawasan terlibat bukannya daripada konkrit sebaliknya hanya parit dan sekali gus ‘memudahkan’ air melimpah sekiranya hujan lebat dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Tambah mengecewakan, kejadian seumpama itu bukanlah pertama kali dihadapi mereka sebaliknya sudah bertahun lamanya berpunca daripada sistem perparitan tidak sistematik dan malangnya ia masih belum berakhir kerana tiada sebarang tindakan diambil.

Menurutnya, parit berkenaan juga tersumbat dan dipenuhi pasir atau tanah sehingga mengakibatkan air tidak dapat mengalir lancar.

“Akibatnya, limpahan berlaku sehingga mengundang kejadian banjir kilat kepada penduduk.

“Masalah berkenaan sudah berada dalam perhatian serta pengetahuan pihak berkaitan dan pihak JKKK juga sentiasa membuat susulan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya projek pembinaan longkang konkrit dapat dibina secepat mungkin sebagai cara bagi mengatasi kejadian banjir kilat.

Di Marang, Tuan Sulaiman Tuan Senik, 40, yang berasal dari Kampung Kubu, berkata kerajaan mestilah merancang dengan teliti pembangunan yang dilaksanakan bagi mengelakkan banjir terus berlaku.

Katanya, pembangunan yang pesat adalah baik untuk pertumbuhan ekonomi, namun sekiranya dilaksanakan tanpa perancangan menyebabkan perlaksanaannya tidak sempurna.

Menurutnya, walaupun berlaku banjir sebelum ini dikampungnya, ia tidak seburuk sebagaimana terjadi pada tahun ini.

”Pembangunan tanah, samada membangun ladang atau kebun, serta membina kawasan penempatan mestilah dirancang,

”begitu juga dibandar-bandar, mestilah pembangunan kemudahan asas seperti jalan dan longkang mesti di bina,”ujarnya.

Katanya, banjir yang berlaku juga boleh dikawal sekiranya semua sungai dan anak-anak sungai di selenggara mengikut keperluan semasa, bagi menampung aliran air mengelakkan limpahan.

Pemimpin Umno Korbankan Padang Bola


SETIU
- Pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dengan slogan 'merakyatkan pembangunan' menjadi sebaliknya, yang lebih bersifat mengutamakan kepentingan kroni dan politik daripada menjaga kepentingan rakyat. 

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/korbanpadangbola.jpgDemi sebuah projek yang boleh memberi keuntungan kepada pemimpin dan kontraktor Umno sebuah padang bola dan keutamaan belia dan orang muda di Kampung Jabi dekat sini sanggup ‘dikorbankan’.

Penduduk terbabit mendakwa sebuah padang bola yang menjadi tempat permainan mereka telah dibina bangunan Taska Pemata Keluarga Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, di Pekan Jabi.

Tinjauan Buletin setelah menerima aduan penduduk terutama di kalangan pemuda-pemuda yang marah dengan kejadian tersebut.

Seorang pemuda, Saudara Imran Abdullah mendakwa sebuah bangunan Taska Pemata di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga dibina di atas padang bola tersebut.

Katanya, anak-anak muda di kampung berkenaan sangat tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan ‘meragut’ padang permainan penduduk terbabit.

“Kami (pemuda) sangat tidak setuju padang bola kami dikorbankan dan kami bukan menentang pembangunan.

“Kerajaan buat sekolah atau taska bagus tetapi bangunan mereka (Taska) telah ada dan masih boleh digunakan,” ujarnya.

Menurutnya, pembangunan yang dibuat mestilah selari kehendak rakyat dan bukan memenuhi kepentingan kroni.

Penduduk Pusu Tiga Cadang Kerajaan Bina Kawasan Tadahan Air

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/Adnan.jpg- daripada berbelanja RM6 juta buat benteng
KUALA NERUS
– Penduduk ‘Taman Di Bawah Air’, Taman Desa Pusu Tiga mencadangkan supaya kerajaan membina satu takungan atau kawasan tadahan air yang baru dan lebih terancang bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan tersebut.

Wakilnya Adnan Abdul Rahim, 41, (gambar) berkata, beliau dimaklumkan kawasan perumahan tersebut adalah kawasan takungan atau tadahan air, sebelum dibangunkan.

Oleh itu katanya, adalah lebih wajar sekiranya kerajaan memikirkan satu penyelesaian jangka panjang mewartakan satu kawasan tadahan air yang baru dan membangunkannya secara lebih moden berteknologi.

”Saya difahamkan, kawasan ini adalah tempat air berkumpul sekiranya hujan turun dengan lebat, sekarang sudah jadi taman perumahan,

”ditambah dengan pembangunan lapangan terbang dan beberapa kawasan perumahan lain yang sedang pesat dibina,

”adalah lebih baik kerajaan membina suatu kawasan tadahan atau takungan air, yang dapat menyalurka air hujan yang turun dengan banyak apabila musim tengkujuh,”katanya  ketika ditemui Buletinonline dalam majlis jamuan sempena Eidul Fitri, semalam.

Menurutnya ia lebih berbaloi dan memberikan banyak manfaat daripada membina tembok sekeliling kawasan perumahan itu.


Pengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Cikgu Fauzi Abu Samah berkata, beliau bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan Adnan.

Fauzi yang menyewa rumah kedai dua tingkat di taman itu berkata, sehingga kini belum ada perbincangan rasmi yang dibuat antara pihak-pihak berkuasa dengan penduduk disitu, berhubung pembinaan tembok.

Beliau yang turut hadir dalam majlis jamuan meraikan magsa-mangsa banjir itu berkata, kerajaan mesti meletakkan perancangan untuk masa depan bukan hanya menyelesaikan masalah masakini.

 

Dilema Penduduk Taman Desa Pusu Tiga, ‘Taman Dibawah Air’

- Cadangan Bina Tembok oleh ADUN BN Tidak Masuk Akal
KUALA NERUS
– Seramai 800 orang penduduk yang tinggal dalam 163 buah rumah di Taman Pusu Tiga dekat sini, terus menghadapi dilema.(Gambar - banjir di Pusu Tiga tahun lalu)
http://buletinonline.net/images/stories/berita14/pusutiga2008.JPGGelombang musim tengkujuh kali kedua tahun ini kembali menenggelamkan taman perumahan tersebut, sebagaimana yang mereka alami pada tahun lalu.

Semakin ramai yang menjadi bertambah buntu, apabila usaha mereka untuk menjual rumah yang dibeli dengan duit hasil titik peluh mereka gagal  kerana tidak memiliki sijil layak menduduki (CF).

Mereka seolah-olah merasa cukup tertipu, ditambah pula oleh sikap ‘dingin’ kerajaan negeri untuk membantu.

Kedudukan taman perumahan itu lebih rendah dari paras jalanraya, menyebabkan ia sering dinaikki air apabila hujan lebat.

”Apabila hujan lebat turun, lebih dari dua jam, pasti air akan naik, sebab itu taman ini dipanggil ‘taman dibawah air’,”komen dari seorang bekas penduduk taman tersebut, ketika dihubungi Buletinonline.

Menurutnya, kejadian banjir terburuk sejak 15 tahun lalu berlaku pada tahun 2008, apabila projek pemanjangan landasan terbang, Lapangan Terebang Sultan Mahmud siap dibina.

”Taman Pusu Tiga seolah-olah sebuah kolam, mengalirkan air dari kawasan ‘buffer zone’ landasan terbang yang menjadi pusat tadahan air hujan,”katanya yang mahu kenali sebagai Abdullah sahaja.

Tinjauan Buletinonline ke kawasan perumahan itu petang semalam mendapati (gambar kanan), air sedalam 0.3 meter masih bertakung di taman tersebut, walaupun hujan telah berhenti sejak pagi.

Menurut seorang penduduk yang ditemui berkata, air tersebut akan tetap disitu sehinggalah air Sungai Nerus benar-benar surut.

Beliau yang tidak mahu dikenali berkata, ia adalah kerana paras ketinggian taman itu, sama dengan aras sungai tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, wakil rakyat Umno/BN yanghttp://buletinonline.net/images/stories/berita14/pusutiga1.jpg tidak ‘turun padang’ ke taman perumahan tersebut pada musim bah tahun lalu, telah mengemukakan satu cadangan ‘yang tidak masuk akal’.

Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata, Ramli Nuh mencadangkan agar dibina suatu ‘tembok’ umpama empangan, disekeliling kawasan tersebut.

Kemudian, menurut Ustaz Abu Bakar, ADUN Tepoh itu mencadangkan pula, agar sebuah pam air akan diletakkan disitu, bagi mengepam keluar, air yang masuk.

”Cadangan Ramli Nuh untuk mendirikan tembok, betul-betul tak logik, dan tidak masuk akal,

”sepanjang mana dan setinggi mana tembok hendak dibuat, dan berapa besar pam air yang akan diletakkan?,”soal Ustaz Abu Bakar Abdullah.

Pendapat Ustaz Abu Bakar disokong oleh seorang penduduk, Nazmi Ghazali, 44, yang berkata, cadangan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah.

Beliau yang juga seorang kontraktor berkata walaupun ia pernah dilaksanakan di kawasan perumahan Batu Muda di Kuala Lumpur, namun kedudukan tanah di Taman Pusu Tiga berbeza.

”Tanah Pusu Tiga berpasir, kalau dibina tembok sekali pun air akan meresap dibawah tembok,

”di Taman Muda, yang dibina tembok adalah tebing sungai, bukannya dikeliling taman,”jelasnya ketika ditemui.

29 November 2009

Banjir Gelombang Kedua

Yahaya Kesal JKKK Ambil Kesempatan


MARANG – Ketika rakyat dalam kesusahan menghadapi gelombang kedua banjir di negeri ini, ada sesetengah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang mengambil kesempatan.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/yahyaredahbanjir1.jpgYang diPertua PAS Marang, Haji Yahaya Ali berkata, beliau dimaklumkan oleh penduduk beberapa buah kampong dalam daerah ini berkenaan perkara tersebut.

”Sepatutnya mereka (JKKK) membantu dengan ikhlas dan berkhidmat dengan dedikasi sebagai sebahagian dari kakitangan kerajaan negeri,
”namun mereka mengambil kesempatan atas kesusahan yang menimpa orang lain,”katanya ketika ditemui sewaktu melakukan ziarah dan mengagih-pantai bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Kubu, dalam DUN Pengakalan Berangan disini.

Menurutnya, sikap JKKK tersebut bertentang dengan slogan dan kehendak Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said yang mahu ‘merakyatkan pembangunan’ serta slogan ‘1Malaysia’, sebagaimana dipopularkan Perdana Menteri.

Beliau yang juga bekas Exco kerajaan negeri pimpinan PAS dari tahun 1999 – 2004, merasa malu dengan sikap JKKK yang tidak pernah berubah, sejak dahulu hingga sekarang.

”Sebelum PAS perintah pada tahun 1999, mereka (JKKK) menekan orang-orang kampong, apabila PAS menang, sesetengahnya pura-pura menyokong PAS,

”apabila mari (datang) wang ehsan, habis semua mengambil peluang memenuhkan poket masing-masing,”katanya dengan nada kesal.

Menurut beberapa penduduk yang sempat ditemui Buletinonline, beberapa JKKK aktif dalam memujuk dan mengugut mangsa-mangsa banjir supaya berpindah ke balai raya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/yahyaredahbanjir2.jpgKetua PAS Cawangan Kamg Kubu, Wan Zainun Wan Deris, 50, berkata tujuan mereka mereka memanggil ramai peduduk ke balai raya adalah untuk mendapat senarai nama.

”Dia (JKKK) nak ambil nama-nama, apabila ada banyak nama, dia akan ‘jual’ nama itu kepada pihak-pihak berkenaan dengan tujuan mengambil kesempatan mendapat ‘laba’,”katanya

Sebagai dalilnya, beliau mengambil contoh tindakan JKKK mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa ribut dikampung itu baru-baru ini.

“Ada mangsa ribut baru-baru ini mengadu nama mereka diambil oleh pihak JKKK yang membuat bancian tetapi bantuan tidak diterimanya.

“bayangkan, 10 keping atap harga RM1,500 dan mereka (JKKK) akan dapat komesyen,” jelasnya.

Turut sama dalam program ziarah dan penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir semalam adalah Haji Nordin Jalil, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Marang dan Ustaz Abdullah Suhaimi, Pengarah MTD DUN Pengakalan Berangan.

Antara kampong yang mereka lawati selain Kampung Kubu adalah Kampung Tok Fakir dan kampung Bukit Jenjulong.



Presiden PAS Sampaikan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir



MARANG – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Tuman dan Bukit Kulim dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, petang Khamis.
http://buletinonline.net/images/stories/berita14/TG2.JPGSecara kebetulan, sumbangan itu bertepatan dengan suasana umat Islam sedang membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya Iduladha.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) berkenaan, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria, pengagihan bantuan itu dilakukan secara berkumpulan yang melibatkan beberapa pemimpin PAS Kawasan Marang.

Katanya, sebanyak 50 keluarga yang telah kembali ke rumah masing-masing dari pusat pemindahan banjir menerima sumbangan berupa barangan keperluan dapur seperti beras, tepung, minyak masak, susu, ikan kering dan gula.

“Sumbangan daripada PAS kawasan, Dun dan individu ini disampaikan di rumah masing-masing,” ujarnya.

Bagi pihak MTD Pengkalan Berangan, beliau mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang kerana dapat turun sendiri menyampaikan sumbangan tersebut.

Menurutnya, sewaktu kawasan itu dilanda banjir baru-baru ini, Tuan Guru tidak dapat berbuat demikian kerana berada di ibu negara menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

“Presiden PAS dan isteri, To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah sempat bertanya khabar kepada beberapa orang mangsa banjir sewaktu menyampaikan sumbangan itu,” ujarnya.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang perseorangan yang turut memberikan sumbangan bagi menjayakan program tersebut.

Selainnya, antara pemimpin PAS kawasan yang turut menyampaikan sumbangan itu ialah Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Maarof Ismail, Hajjah Zarani Othman (Ketua Muslimat), Hassan Jusoh (setiausaha) dan Haji Mohd Draman (penasihat MTD).


Ekoran Banjir Terburuk, Petugas PAS Turun Sepenuhnya


KUALA NERUS
– Gelombang kedua banjir yang melanda negeri ini dianggap sebagai banjir yang terburuk sejak beberapa tahun lalu, apabila hampir seluruh daerah di negeri ini dinaikki air akibat hujan lebat yang turun beberapa hari.


http://buletinonline.net/images/stories/berita14/IMG_6364.JPGTinjauan Buletinonline ke kawasan Parlimen Marang mendapati kebanyakkan kawasan-kawasan rendah telah ditenggelami air diantara 1 hingga 2 meter. Keadaan yang sama turut melanda Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu sebagaimana dilaporkan akhbar tempatan (catatan dibawah)

Seorang penduduk di Kampung Kubu, DUN Pengakalan Berangan yang ditemui berkata, tidak pernah berlaku banjir seumpamanya, sejak beliau tinggal di kampong tersebut 6 tahun lalu.

Keadaan banjir akan menjadi lebuh teruk apabila Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan lebat serta angin kencang dengan kelajuan 70 kilometer sejam (kmsj) dijangka berterusan sehingga hari kedua sambutan Aidiladha, Sabtu ini.

Penolong Ketua Pengarah Pusat Kajicuaca Jabatan berkenaan, Amirzudi Hashim, berkata angin ribut tropika ini menyebabkan ombak di laut bergelora ke paras setinggi 3.5 meter.

"Kesan daripada itu, air laut di sekitar pantai juga naik lebih tinggi iaitu sebanyak 0.5 meter berbanding hari biasa iaitu di paras kosong ," katanya semalam.

Sehubungan itu, semua jentera PAS diminta untuk bersedia memberikan khidmat membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing.

Ketua Lajnah Kebajikan PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata unit-unit utama seperti Unit Amal dan Skuad Khidmat diharap dapat turun ke barisan hadapan menghadapi bencana tersebut.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Nerus berkata beberapa kawasan di sini telah pun dilanda banjir terutama kawasan Taman Pusu Tiga yang dimaklumi sebagai kawasan rendah dan mudah dinaiki air.

Sementara itu, Buletinonline dimaklumkan, Pengarah Unit Amal turut turun padang membantu mangsa-mangsa banjir dikawasan berkenaan


Banjir: Adun nasihat jaga keselamatan, kesihatan



http://buletinonline.net/images/stories/berita14/bu%202.JPGMARANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengingatkan penduduk yang terlibat dengan banjir supaya menjaga keselamatan dan kesihatan diri dan keluarga.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri itu juga menasihati masyarakat termasuk di kalangan mangsa banjir supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan dijangkiti kuman kolera dengan meningkatkan penjagaan kebersihan.

Ini, katanya kerana kebetulan pula negeri ini sedang dilanda wabak taun dan pihak hospital menyatakan ia mudah merebak melalui air dan makanan yang tercemar.

Beliau yang melawat beberapa kawasan dalam Dun tersebut yang dilanda banjir bersama anggota rombongan berharap mereka yang terlibat bersabar dengan ujian daripada Allah itu.

http://buletinonline.net/images/stories/berita14/bu%201.JPGDalam pada itu, beberapa projek yang dijalankan di kawasan Dun berkenaan yang tidak mengambil kira sistem perparitan dikatakan antara punca yang menyebabkan berlaku banjir secara mendadak.

Antara kawasan yang terjejas ekoran keadaan itu ialah Taman Perumahan Al-Amin dan perumahan Giat Mara Bukit Payong yang membabitkan lebih 1,200 penduduk.

Pembinaan Lebuh raya Pantai Timur fasa II antara Jabur dengan Tepoh yang melalui kawasan itu dikatakan menjadi punca air naik mendadak dua hari lalu menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air sekitar tiga meter.

Menurut penduduk, sepanjang 14 tahun tinggal di situ, kawasan penempatan mereka tidak pernah dilanda banjir sebelum ini.


Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...