17 Februari 2009

”Siapa (sebenarnya) derhaka kepada raja?”


Di samping krisis politik Perak dan syor agar dikembalikan kekebalan Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam menarik perhatian bahawa isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu.

Sebaliknya kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi (sah atau tidaknya) proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat."

Menulis dalam blognya semalam, bekas Naib Presiden Umno itu juga melontarkan pertanyaan siapa sebenarnya yang menderhaka kepada Raja-raja Melayu?

Malah, dalam tulisannya itu, beliau menempelak pemimpin Umno yang mempersoalkan sikap sesetengah rakyat yang dikatakan tidak lagi hormat kepada institusi raja.

Mengambil kira perkembangan semasa beliau turut bertanya "yang mana satukah mendatangkan keburukan lebih besar, antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?"

Tengku Razaleigh mengingatkan bahawa Raja-raja Melayu hari ini boleh dibawa ke Mahkamah Khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu.

"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi.

Dalam tulisannya itu, Tengku Razaleigh turut menyertakan rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.

Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.

Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."

Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankanundang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.

Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, TengkuRazaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu.

Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan olehPerlembagaan.




15 Februari 2009

Speaker DUN Perak - BN Dijangka Sekali Lagi Guna Pendekatan Tidak Mengikut Undang-undang


Dengan tidak memaklumkan lebih lanjut apakah pendekatan yang akan digunakan, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Perak ada pendekatan tersendiri bagi menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau yang berkata Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Hutan Kita-Kiara di Taman Bukit Kiara di sini hari ini.

Kenyataan Perdana Menteri itu menimbulkan satu persoalan adakah BN sekali lagi menggunakan pendekatan diluar undang-undang ?

Speaker masih dalam tangan Pakatan Rakyat


Sesuatu yang pelik, tapi benar ! Speaker DUN Perak masih dalam tangan Pakatan Rakyat, sebab itu kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Menteri Besar palsu, belum melantik Speaker.

Bukan kerana tidak mempunyai calon, atau Dr. Zambry tidak faham, tetapi tiada peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri Perak untuk melantik Speaker !(Gambar - kiri, Sivakumar mengangkat sumpah sebagai Speaker DUN Perak, kanan, Nizar bersalaman mengucapkan tahniah )

“Oleh itu, Speaker DUN Perak kekal dengan ADUN Tronoh, V. Sivakumardari parti DAP,” kata Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim dalam satu kenyataannya di Ipoh, kelmarin

Menurut Teng Chang Kim yang juga seorang peguam, tidak ada peruntukan juga yang boleh memecat Speaker DUN Perak dengan undi tidak percaya.

Beliau berkata DUN Selangor dan Perlembagaan mempunyai peruntukan Speaker pada bila-bila masa akan mengosongkan pejabatnya sekiranya DUN atau Parlimen memutuskan, namun negeri Perak tidak ada peruntukan tersebut.

Adun Sungai Pinang, Selangor itu juga menyatakan Speaker DUN Perak hanya kosong apabila dia meletakkan jawatan sebagai ADUN Perak atau beliau didapati tidak layak, atau beliau sendiri meletakkan jawatan sebagai Speaker dengan kerelaannya.

Oleh yang demikian krisis perlembagaan di negeri Perak akan berterusan !

Justeru dengan kuasa yang masih diperuntukkan itu, kata Teng, Dr Zambry tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengekalkan V. Sivakumar sebagai Speaker.

Dengan keadaan itu, apabila Sidang DUN Perak dipanggil kelak, Sivakumar juga mempunyai kuasa untuk mengharamkan ‘para pengkhianat’ dari Pakatan Rakyat menghadirkan diri ke Sidang DUN.

Ia adalah kerana mereka telah meletakkan jawatan sebelum ini, dan Osman Jailu, Jamaludin Mad Radzi dan Hee Yit Foong perlu membawa kes tersebut ke mahkamah bagi mendapat keputusan samada mereka masih menjadi ADUN ataupun sebaliknya.

Teng juga berkata, sekiranya atas apa jua sebab dan keadaan, Sivakumar mengosongkan pejabatnya, maka DUN Perak akan menjadi sebuah DUN yang tergantung kerana undang-undang tubuh kerajaan Perak memperuntukkan DUN tidak boleh menjalankan apa-apa aktiviti, sekiranya Speaker mengosongkan pejabatnya.

Justeru, menurut Teng, Dr. Zambry tidak mempunyai pilihan lain, kecuali memohon kepada Sultan Perak supaya DUN Perak di bubarkan.

Namun, beranikan BN Perak berbuat demikian dalam keadaan sekarang !

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...