27 Februari 2010

Beijing dan Singapura Melihat Potensi Pakatan Rakyat

Chukai, KEMAMAN – Pakatan Rakyat dilihat oleh Beijing dan Singapura mempunyai potensi untuk menang dalam pilihanraya umum yang ke 13 akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana Kebajikan DUN Chukai disini semalam.

(Gambar - Ustaz Nasruddin mengambil peluang berbual dengan Mantan YDP Kemaman, Ustaz Awang Dagang)

26 Februari 2010

Pembuangan Sisa Industri Mungkin Toksik

Air Putih, KEMAMAN – Jabatan Alam Sekitar (JAS) diminta menyiasat pembuangan sisa industri yang datang dari sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong
disini kerana ia mungkin mempunyai bahan ‘toksik’ yang merbahaya.


Orang ramai juga percaya, sisa tersebut yang dibawa dengan lori dan ditanam ditepi sungai Dadong dekat sini tidak mendapat sebarang kelulusan dari JAS.

Mereka menjadi lebih bimbang kerana ia dilupuskan berhampiran dengan sungai yang masih menjadi sumber penduduk sekitar.

AYam, kawan baik MB Bina Pulau Burung RM6 juta


Tasek Kenyir, HULU TERENGGANU – “Dia mula-mula (harga) RM5.5 juta, lepas tu dia tambah…apa tu….. solar ha…..solar, dia (Pualau Burung) guna tenaga solar-lah,”kata Pak Deris seorang pengusaha bot dan pemandu pelancung, ketika ditemui Buletinonline baru-baru ini .

Menurutnya, ‘tauke’ (kontraktor) yang membina Pulau Burung adalah seorang Tionghua yang berasal dari Kijal, Kemaman, dipanggil dengan nama ‘glamour’ sebagai ‘AYam’ sahaja.

25 Februari 2010

Jenayah Belia Terengganu Membimbangkan; Pemuda PAS Kesal Kenyataan Exco

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu tidak terkejut atas kenyataan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Syukri Dahlan pada 23 Februari (Selasa) yang dikeluarkan Bernama, yang menyatakan bahawa 60% jenayah dilakukan oleh golongan be lia.

Ketuanya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia adalah kerana, statistik yang sama telah dikeluarkan pihak polis pada tahun lalu.

Namun, katanya, pihaknya merasa kecewa dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu semalam (24 Februari).

24 Februari 2010

To’ Kong Kampung Cina Terbakar

http://buletinonline.net/images/stories/berita22/to%27kongterbakar2.JPG- Wahid Pimpinan Islam Paling Awal Hadir

KUALA TERENGGANU – Sebahagian To’Kong, Tien Hou Kong, yang terletak di Kampung Cina disini telah terbakar kira-kira jam 8.45 malam, semalam 22 Februari.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, adalah pemimpin Islam yang paling awal hadir setelah mendapat berita mengenai tragedi tersebut.

”Saya dimaklumkan lebih kurang pukul 9, ada satu kebakaran (di To’kong Kampung Cina), saya berkejar (dari satu majlis) kita ada program tadi,

‘Salah Urus’ Menyebabkan Pembaziran di Tasik Kenyir

HULU TERENGGANU – PAS menyifatkan sesetengah pembangunan yang dirancang untuk dibangunkan di Tasek Kenyir adalah baik, namun terdapat banyak ‘salah urus’ yang dilakukan dalam perlaksanaan projek-projek berkenaan, menyebabkan berlaku penyelewengan dan pembaziran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke beberapa pulau yang dikatakan sedang dilaksanakan projek-projek pembangunan, disini, semalam 21 Februari.

Orang Cina Jangan Takut Dengan Islam


Sura, DUNGUN - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata masyarakat Tionghua (Cina) jangan dijangkiti sindrom ‘Islamophobia’ dan menjadi takut kepada ugama Islam.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di perkarangan Pasti Alor Tembesu, Dungun, dekat sini.

“Kepada masyarakat bukan Islam, saya hendak sebut orang rasa takut dengan Islam atau ‘Islamophobia’.

Ketua Pemuda Umno Terengganu ‘Hilang Jantan’

KUALA TERENGGANU - Belum pun sampai tempoh tujuh (07) hari yang diberikan, Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharudin telah menolak cabaran debat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Fariz Musa.

Menurut Fariz, penolakan itu membuktikan, Saiful Bahari dan Pemuda Umno pengecut, takut untuk untuk berbincang secara professional berkaitan Halatuju Dan Siapa Sebenarnya Pengkhianat Melayu Terengganu .

”Beliau takut untuk berdepan dengan realiti malah bersikap “ baling batu sembunyi tangan “ dengan memberikan alasan dangkal dan melucukan, menunjukkan beliau dan Sayap Kanan UMNO Terengganu itu benar-benar lemah,

Kelab Penyokong PAS ‘Kaotim’ Bersama ADUN Sura Membantu Ibu Tunggal, Orang Miskin

Sura Gate, DUNGUN - Kelab Penyokong PAS dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan MTD Sura telah melaksanakan satu tang gungjawab sosialnya.

Usaha memberikan bantuan, terutama terhadap golongan ibu tunggal serta orang miskin di kalangan masyarakat tionghua dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pengerusinya, Encik Lu Liong King, 64, berkata golongan ibu tunggal, warga emas serta orang miskin selalu terabai.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...