KUALA TERENGGANU – Selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno sejak enam tahun yang lalu, ramai daripada mereka yang telah mengumpulkan harta lebih sejuta ringgit! Benarkah begitu?
Padahal, dengan elaun sebagai wakil rakyat dan khidmat yang terpaksa diberikan bagi melayani kehendak rakyat, adalah mustahil para wakil rakyat boleh menjadi jutawan.
(Gambar - Rumah YB Ramlan yang sedang dibina. Kereta Toyota Harrier 2.4G adalah salah satu dari kereta miliknya)
Kecuali, mereka yang telah menjalankan perniagaan sebelum dipilih wakil rakyat, namun adalah tidak munasabah bagi seseorang bekas penjawat awam, tiba-tiba boleh mengumpul harta jutaan ringgit.