29 Oktober 2011

Wahid disambut hangat di stadium Shah Alam.

KUALA TERENGGANU - Kemunculan Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut di stadium Shah Alam diberi sambutan hangat oleh rakyat Terengganu.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu kini bersama puluhan ribu rakyat Terengganu memberikan sokongan kepada pasukan 'Peteh'.

Haji Wahid bersama rombongannya. Timbalan Pesuruhjaya PAS II Haji Muhyiddin Rashid dan Penolong Setiausaha Hj Hanafiat Mat memasuki stadium Shah Alam kira-kira jam 7.15 petang.

Menurut Haji Hanafiah, anak-anak muda berebut-rebut untuk bersalaman dengan pimpinan nombor satu PAS Trengganu itu.

"PJ (Haji Wahid) dan rombongan diberi sambutan hangat pemuda berebut-rebut untuk bersalam, mulai jam 715 petang masuk ke dalam stadium,

"bendera negeri Terengganu dan bendera PAS berkibar (dimerata tempat), tepukan sorak riuh dengan berebut nak bersalam,"ujar Haji Hanafiah yang dihantar kepada Buletinonline melalui sistem pesanan ringkas.

Menurutnya, orang ramai terkejut dengan kehadiran Haji Wahid yang mengambil keputusan untuk bersama anak-anak muda ke stadium Shah Alam.

PAS anjur sambutan 100 tahun pemerintahan Islam di Terengganu

 KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan menganjurkan program sambutan ulangtahun ke-100 pemerintahan Islam di Terengganu.

Menurut Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, sambutan tersebut bersekali dengan sambutan ulangtahun ke-60 penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

"Tahun ini genap 100 tahun sejarah pemerintahan Islam di Terengganu (pada) tahun 1911, sekarang 2011, undang-undang Islam tertegak di negeri Terengganu dilaksanakan di negeri Terengganu (pada) zaman Sultan Zainal Abidin (III),

28 Oktober 2011

Rakyat mesti bangkit; walau berdepan dengan apa jua halangan

MARANG - Rakyat Terengganu mesti bangkit menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) walau berdepan dengan apa jua halangan.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata apa jua halangan mendatang tidak dapat menyekat kebangkitan rakyat Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Kampung Kubu, Pengkalan Berangan, dekat sini.

Tidak ada syak dan ragu untuk menjatuhkan Umno dan BN

SETIU - Untuk menegakkan Islam adalah wajib masuk pilihanraya dan melakukan kerja-kerja untuk menang pilihanraya.

Ia berdasarkan sepakat ulamak mengatakan barang yang tidak sempurna wajib melainkan dengannya, maka ia adalah wajib.

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata dalam amalan politik dunia hari ini untuk memerintah negeri bagi melaksanakan Islam, wajib masuk pilihanraya dan menang pilihanraya.

27 Oktober 2011

Pemuda PAS persoal tindakan kerajaan subsidi tiket bola

DUNGUN - Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu mengucapkan tahniah kepada pasukan bolaspeak negeri Terengganu kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir pertandingan bolasepak Piala Malaysia.

Namun begitu, mereka mempersoalkan tindakan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said dan kerajaan yang menggunakan wang kerajaan memberi subsidi tiket ke perlawanan akhir tersebut.

Ketua Penerangannya, Sheikh Hanafi Abdul Aziz berkata, jumlah wang sebanyak RM750,000 digunakan kerajaan untuk hanya 'satu acara' bolasepak dianggap tidak wajar.

Umno-BN guna “senjata” 3R untuk kekalkan kuasa - Mohamad Sabu

MARANG - Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin lemah telah menggunakan “senjata” 3R bagi mengekalkan kuasa serta pemerintahannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Umno dan Barisan Nasional telah memanipulasikan isu Raja-raja, agama dan perkauman bagi kepentingan politiknya.

Menurutnya, Umno-BN yang semakin hilang sokongan rakyat dan ‘lemah’ sanggup melakukan apa sahaja bagi mengekalkan kuasa memerintah negara.

26 Oktober 2011

Laporan Audit Terengganu; Kontrak bekalan pakaian sekolah RM28.47 juta tidak ditandatangani

KUALA TERENGGANU - Tidak ada kontrak formal ditandatangai diantara oleh Kerajaan Negeri Terenggani dengan syarikat yang membekalkan pakaian dan alatan sekolah bagi Program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah pada tahun 2008 hingga 2010.

[Gambar - pakaian sekolah yang tidak diagihkan tidak disimpan dengan baik]


Penemuan auudit dalam Laporan Ketua Audit Negara bagi Aktiviti jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu juga mencatatkan penemuan audit Program Kerajaan Negeri itu sepertti dibawah;

MDHT 'keras' dan tidak bertimbang rasa

HULU TERENGGANU - Hampir 100 peniaga Pasar Besar Kuala Berang (gambar) mengeluh dengan pihak Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) yang disifatkan ‘keras’ serta tidak bertimbang rasa.

Mereka melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan keadaan pasar tersebut yang mempunyai ruang niaga sempit dan peraturan terhad.

Tinjauan Skuad Buletinonline menemui para peniaga yang masing-masing mengadu permasalahan tersebut.

25 Oktober 2011

PRU13 lebih awal kerana Najib takut rahsia terbongkar

MARANG - Semua jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat diminta meneruskan kerja-kerja untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali meramalkan, PRU13 akan diadakan sekitar bulan Februari hingga April tahun hadapan (2012).

Menurutnya, walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mahu PRU13 dilewatkan, namun Najib dijangka mememanggilnya lebih awal keana beliau takut rahsianya terbongkar.

23 Oktober 2011

Manifesto PAS semarakkan kemarahan rakyat kepada Umno/BN

 KUALA TERENGGANU - Tawaran Menifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) PAS Terengganu yang bertema 'Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan' menyebabkan rakyat setempat semakin marah dan 'meluat' melihat papan tanda besar (billboard) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di bandar Chukai, disini.

Lima tawaran 'awal' PAS Terengganu diumumkan Pesuruhjayanya Haji Mohd AbdulWahid Endut termasuk komitmen PAS untuk menghapuskan cukai pintu rumah kediaman, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU13 akan datang.

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...