03 November 2011

Rosmah bertudung selepas pulang dari Mekah,,,,,

- dan Najib pun isytihar  pilihanraya umum ke-13
KUALA TERENGGANU - Rakyat Malaysia khususnya wanita dan muslimat, diminta meletakkan 'perisai' dalam diri dari sudut mental dan fizikal bagi menghadapi propaganda serta tipu daya Umno dan Barisan Nasional (BN).

Parti 'purba' itu, yang kini semakin 'kurus kering' dari sokongan rakyat, sedang mencari-cari 'formula' untuk menang pilihanraya dan terus berkuasa.

Apa jua yang cuba dilakukannya bagi meraih sokongan rakyat jelas gagal.

02 November 2011

Bob Lokman ajak anak-anak muda 'langgar kebiasaan'

DUNGUN - Bekas selebriti terkenal dengan 'lagu hantu' Isabela, Bob Lokman mengajak anak-anak muda 'melanggar kebiasaan' dan mengubah persepsi masyarakat.

Beliau berkata, anak-anak muda kena bangun dan tunjukkan kebanggaan bahawa mereka adalah generasi yang menyokong Islam kerana menurutnya hanya cara hidup Islam yang akan menyelamatkan dihari kemudian.

"Jangan kita terpengaruh (dengan keduniaan) hari kita mati, yang menyelamatkan kita (ialah) Islam dan cara hidup Islam,

01 November 2011

Pelik bila pemimpin Umno mendakwa segala kekayaan milik Umno

MARANG - Pembahagian apa-apa bantuan termasuk pengagihan komputer E-Book oleh kerajaan Terengganu, bukanlah milik parti Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata adalah pelik apabila pemimpin umno mendakwa ia milik mereka.

"segala nikmat dan milik kerajaan pada hari ini adalah milik Allah, tiba-tiba pelik, kerana pemimpin umno mengajar (rakyat), dan menganggap segala kekayaan,

Tiket bola boleh diberi subsidi, mengapa tidak ‘parkir’ percuma?

KUALA TERENGGANU - Tindakan penguatkuasa undang-undang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengunci tayar pemilik kenderaan dipetak ‘parkir bermeter’, sebaik sahaja mendapati ‘meter parkir’ tidak mempunyai nilaian wang, adalah tidak wajar.

Seorang warga bandaraya, Encik Zabidi Yusuf berkata beliau tidak mempertikaikan peruntukan undang-undang bahkan sebagai seorang peguam, beliau menjunjung tinggi peruntukan undang-undang yang sedang berjalan.

31 Oktober 2011

Main bolasepak bukan main golf; tak wajar salahkan ponjaga gol

HULU TERENGGANU - PAS mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bolasepak negeri Terengganu kerana telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan bermain bermati-matian walaupun akhirnya tewas 2-1 kepada Negeri Sembilan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, ternyata serangan pasukan Terenggnu tidak cukup tajam bagi menggempur kubu pihak lawan,

30 Oktober 2011

Poster BERSIH; Tiga Pemuda PAS Dungun dilepaskan

DUNGUN -  Mahkamah Majistret di sini pada Ahad 30 Oktober, telah melepaskan tiga pemuda PAS Dungun yang dituduh membawa dan menambal poster BERSIH.

Menurut sumber Pemuda PAS Dungun,  majistret melepaskan tanpa membebas ketiga-tiga tertuduh setelah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara supaya tidak meneruskan kes tersebut.

Ekoran arahan tersebut, majistret melepaskan tanpa membebas ketiga-tiga tertuduh.

SPR, JPN digesa segera meningkatkan 'integriti data'.

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia digesa segera mengemaskinikan dan menambahbaikkan laman web rasmi yang sering mengelirukan para pengguna khususnya para pengundi.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, terdapat maklumat pemilih dalam laman web suruhanjaya yang menyelia, mengelola, dan bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya itu tidak sama dengan senarai bercetak pemilih yang dikeluarkan.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...