29 November 2014

Empat Motosikal Dicuri Sehari, Kes Rogol Meningkat Di Besut


jenayah terengganuKUALA TERENGGANU – Walaupun indeks kejadian jenayah di seluruh negeri Terengganu dilaporkan turun pada tahun lalu, namun jumlah kecurian motosikal dan jenayah rogol masih membimbangkan.
Kes kecurian motosikal mencatatkan indeks jenayah tertinggi di daerah Kuala Terengganu dan kes rogol meningkat di Besut sejak sepuluh bulan yang lalu.
Purata sebanyak tiga hingga empat kes kecurian motosikal berlaku setiap hari walaupun peratusan kes itu dilaporkan menurun.

27 November 2014

PAS Kemaman Sumbang RM20,000 Bantuan Banjir

kam-bantuan1 -KUALA NERUS – PAS Kawasan Kemaman yang pernah mengalami pengalaman pahit menghadapi bencana banjir tampil dengan bantuan dan sumbangan berupa barangan keperluan harian berjumlah RM20,000 kepada penduduk di Kuala Nerus.
Yang Dipertuanya, Ustaz Alias Abd Hamid berkata sumbangan ini untuk mangsa banjir di Kuala Nerus dengan rombongan seramai hampir 100 orang.

26 November 2014

Solat Berkait Rapat Dengan Pembangunan Modal Insan


IMG-20141124-WA0087DUNGUN – Sempena cuti persekolahan yang telah tiba, pihak Jawatankuasa Muslimat Gong Pasir telah mengadakan ‘Kem Solat Sempurna’. Kem yang di adakan setiap kali cuti akhir tahun persekolahan telah bermula sejak tahun lalu.
Menurut Ketua Muslimat PAS Cawangan Gong Pasir, Puan Hajjah Rugayah Mahmud bahawa, pembentukan peribadi dan pembangunan modal insan sangat berkait rapat dengan solat.

Jangan Leka


wan hapandiDUNGUN – Pengarah Jawatankuasa Tindakan Banjir PAS Kawasan Dungun, Yang Berhormat Wan Hapandi Wan Nik, mengulangi gesaan beliau agar penduduk yang mendiami kawasan berisiko tidak leka dan terus mengikuti perkembangan maklumat banjir dari masa ke semasa.
“Walaupun bacaan paras air dibeberapa batang sungai utama di kawasan Dungun berada di bawah paras berjaga-jaga dan hujan turun sekejap-kejap, risiko banjir masih lagi berada dalam zon yang dikatakan musim tengkujuh.

25 November 2014

Muslimat Muda Cakna Komuniti

IMG-20141124-WA0092KUALA TERENGGANU – Setiap kali bencana mahupun kerja-kerja kebajikan, kehadiran ‘tentera merah’ Unit Amal pasti menjadi buah mulut dan perhatian ramai.
Orang muda menjadi aset kepada negara dan pelapis kepada generasi akan datang. Baik acuannya dari awal, maka kebaikan lah yang akan dituai kelak.


Isu Banjir Perlu Kepada Penyelesaian Segera

20141122_110813KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menggesa kerajaan menyelesaikan masalah tebatan banjir, perparitan dan saliran secara jangka panjang, bukannya bersifat sementara.
Beliau yakin dengan cadangan penyelesaian yang dikemukakan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menghadapi masalah yang dihadapi beberapa taman perumahan di kawasan Gong Badak dan sekitarnya.

24 November 2014

Penduduk Bersihkan Longkang Sendiri Kerana Tiada Tindakan Kerajaan


IMG-20141122-WA0134MARANG – Dek kerana tiada tindakan dari pihak berkuasa ke atas aduan yang telah dibuat berkenaan longkang tersumbat, beberapa penduduk Kampung Sungai Atas Tol dekat sini telah mengambil inisiatif sendiri, membersih longkang beramai-ramai.
Mereka melakukan kerja pembersihan itu secara bergotong-royong itu kerana aduan yang di buat oleh Wakil Rakyat Bukit Payong, Ustaz Ustaz Mohd Nor Hamzah kepada pihak berkuasa sejak hampir sebulan lalu, tidak mendapat respon.

23 November 2014

PASTI Membawa ‘Impak Islam’ Ke Dalam Masyarakat

Zakaria DagangKUALA NERUS – Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) yang mula beroperasi pada Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir sejak tahun 1989, kini telah mencapai umur 25 tahun.
Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN Seberang Takir, pusat pendidikan pra-sekolah itu bermula dengan penubuhan empat buah pasti diperingkat DUN tersebut.
“Program yang kita adakan kali ini Sambutan Jubli Perak 25tahun bagi ihtifal Pasti DUN Seberang Takir yang kita adakan secara gabungan sejak 1989 lalu.

Belanjawan Besar Terengganu Tidak Menyelesaikan Masalah Rakyat

DSC_0523MARANG – Hujan lebat dan banjir yang melanda memberikan impak yang besar kepada Parlimen Kuala Nerus dan Marang, selain kawasan Setiu juga turut terkena tempiasnya.
Ekoran bencana itu, tanah dan jalan runtuh serta rosak mengakibatkan kesukaran dan mengundang bahaya kepada penduduk.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sebab utama musibah tersebut berlaku adalah pembangunan yang tidak tersusun, terutamanya berkaitan saliran dan perparitan.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...