07 Mac 2020

100 Pekerja Kebersihan DiHargai

Oleh : Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN - Seramai 100 orang pekerja kebersihan menerima bantuan berbentuk beras dan barangan dapur daripada Pemuda PAS DUN Chukai (PPDC).

Ketua Lajnah Kebajikannya, Safwan Badeli berkata sumbangan tersebut adalah sebagai tanda perhargaan kepada  mereka.


04 Mac 2020

Pandangan PAS Terhadap Pembentukan Kabinet

Saya menghargai jemputan YAB Perdana Menteri untuk kami memberikan pandangan awal berkenaan pembentukan Jemaah Menteri yang baharu.

2. Saya menyatakan pandangan supaya individu yang dilantik untuk menganggotai Jemaah Menteri adalah terdiri daripada kalangan yang berintegriti, berkelayakan, dan berkemahiran, serta mewakili masyarakat majmuk.


Jangan Memandai-mandai Kata ‘Kudeta’

Ramai yang memandai mandai menggunakan istilah ‘rampasan kuasa’ atau kudeta ‘coup d’etat’ merujuk kepada peralihan kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri negeri tertentu dari PH ke Perikatan Nasional.
Saya sarankan cuba memahami dulu apa maksud ‘rampasan kuasa’ atau ‘kudeta’ ini supaya tidak dipandang keterlaluan sangat dalam kejahilan.

Hapus Riba Bayaran Balik PTPTN; Pemuda Terengganu Sokong Penuh!

KUALA TERENGGANU – Pemuda PAS Terengganu menyokong penuh cadangan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob yang mahukan peminjam PTPTN hanya perlu membayar jumlah pinjaman sahaja.
Ketuanya Ustaz Mohd Nasir Razab berkata, saranan yang amat baik tersebut, perlu diambil tindakan dan kajian yang yang sewajarnya.

03 Mac 2020

Hilful Fudul; Perjanjian Kehormatan

Hilful Fudul atau perjanjian kehormatan dimenterai antara orang-orang Mekah untuk memastikan tiada seorang pun yang memasuki kota Mekah boleh dizalimi. Ia adalah perjanjian bagi mengembalikan kehormatan manusia.
Ia berlaku apabila salah seorang penduduk Mekah menzalimi seorang peniaga luar yang masuk berniaga di Mekah. Perjanjian ini dipuji oleh Nabi saw.

‘Yasin Mahabbah’ Pertaut Muslimat Dan Wanita

Oleh : Syazwana M.Zohir
Foto : Lajnah IT DMPKB
BESUT – Program ‘Yasin Mahabbah’ telah berjaya mempertaut hubungan antara muslimat Parti Islam se-Malaysia (PAS) dengan Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Ahli Jawatan Kuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut (DMPKB) Kota Putera, Lijah Sulaiman berkata majlis bacaan Surah Yasin ini dianjurkan oleh DMPKB dengan usaha sama Wanita UMNO bersempena persepakatan dua parti terbesar Melayu-Islam iaitu PAS dan UMNO dalam Muafakat Nasional.

Guru PASTI Dun Telemong Terima ‘Laptop’

Oleh: Shahril Aswad
HULU TERENGGANU – Sebanyak enam Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong menerima sumbangan komputer riba dan mesin pencetak daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN.
Pegawai Penyelarasnya, Mohd Safari bin Abu berkata, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada derma orang ramai yang ingin melihat pusat pendidikan islam ini terus cemerlang.

02 Mac 2020

PAS Kembali Mentadbir Persekutuan Selepas 42 Tahun

Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersedia untuk mentadbir kerajaan persekutuan selepas 42 tahun, sebagai salah satu parti yang menyokong Perdana Menteri baru Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Parti yang mempunyai keanggotaan lebih sejuta orang itu telah meningkat popularitinya pada lanskap politik tanah air, apabila rakyat kecewa dengan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).


Pembinaan Malaysia Sejahtera

KUALA TERENGGANU - Pemerintahan kerajaan baharu persekutuan yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin diharap  dapat merealisasikan hasrat membina Malaysia Sejahtera.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu  Dato' Ustaz Husain Awang berkata, ia sekaligus akan memartabatkan Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.


01 Mac 2020

PH Jangan Derhaka!

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersyukur dengan kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik negara.
Pelantikan Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 menenangkan rakyat Malaysia yang resah dengan pergolakan dan krisis yang berlaku.

Kemaskini Jentera, Sedia Hadapi PRU

Oleh : Adli Mohamad
AlOR SETAR – Pemuda PAS pelbagai peringkat diarahk mengemaskini jentera masing-masing dan bersiap menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...