02 Julai 2010

Kes Sogok Wartawan RM300 PRK KT Ditutup!

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/sogokwartawanrm300.gifKes menyogok wartawan dalam PRK Kuala Terengganu seperti yang dilaporkan telah ditutup, atas alasan tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa wujudnya elemen "rasuah" yang melanggar undang-undang dalam kelakuan tersebut.

"Siasatan segera telah dijalankan dan telah dilengkapkan dalam tempoh kurang tiga bulan untuk diedarkan ke Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bagi penelitian dan keputusan. 

01 Julai 2010

Mengapa Perlu Turut Berhimpun Menyokong ‘Kempen Tak Nak Judi’ Pada 3 Julai

Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 melalui Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) maka rakyat perlu pergi ketahap kedua ‘Kempen Tak Nak Judi’ yang akan dilancarkan pada 03hb Julai 2010, pukul 2 petang di Masjid Negara.

Nama ‘Kempen Tak Nak Judi’ adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa Cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG).

Cikgu Razif Sudah Jadi Cikgu ‘Nafi’?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/bahananafsu2.gif

Apa sudah jadi kepada Cikgu Razif kita? Dulu sewaktu menjadi seorang guru begitu mulia dan cukup rasional dan berdedikasi. Tapi kini, bila sudah jadi Menteri negeri, sudah hilang kredibiliti dan dijangkiti sindrom ‘nafi’.

“Kalau terus-terusan begini, cukup malang bagi para pendidik dan bidang pendidikan dinegeri Ganu kita ini,”ujar seorang teman lama, berbelas tahun mengenali beliau.

MB Terengganu ‘Berbolak-balik’, Suka Salahkan Orang Lain – Mampat

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/ahmadstadium.gifKUALA TERENGGANU - Majlis Permuafakatan Rakyat Negeri Terengganu (MAMPAT) dukacita dan menyifatkan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkaitan kelewatan kerja-kerja pembersihan runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) sebagai sesuatu yang ‘kurang cerdik’.

Menurut Mampat, Ahmad pernah berjanji pada Mac lalu, pembersihan akan dibuat dalam masa seminggu.

Judi dan Ulamak Muda; Dua Wajah Umno

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/ulamakmudajudi.jpgPenyertaan 40 ulama’ muda ke dalam Umno bukan perkara baru kerana pada awal pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri usaha-usaha demikian juga telah dilakukannya.

Kejayaan terbesar Dr Mahathir tentulah penyertaan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Anwar Ibrahim pada 1982 beberapa bulan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU). Kemasukan pemimpin pelajar itu ke dalam Umno mengejutkan banyak pihak kerana Anwar dilihat lebih cenderung kepada PAS.

30 Jun 2010

Runtuhan Stadium ; Ahmad Sepatutnya Tunjuk Wibawa, Bukan Kecewa!

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/IMG_5853.jpgChukai, KEMAMAN - Kelemahan urustadbir negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said terserlah dua kali dalam seminggu ini.

Yang pertama, beliau merombak anggota Majlis Mesyuarat Negeri secara mengejut, dan yang kedua, beliau melahirkan ‘rasa kecewa’ berikutan runtuhan Stadium yang tidak dibersihkan, setelah ia runtuh pada Jun tahun lalu.

Hutang FELDA melambak setelah Najib pegang kuasa


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/felda%20along1.jpgFELDA Global Venture Holdings menggunakan tunai simpanan (cash reserves) dan berhutang secara besar-besaran, untuk menjalankan merger dan akuisisi di luar negeri.  Lebih-lebih lagi, pembelian perusahaan-perusahaan ini dijalankan dalam keadaan tidak bersedia, tanpa penelitian dan penyemakan peneroka FELDA tentang bagaimana dana ini digunakan, dan maklumat terperinci berhubung pelaburan ini.

Demikianlah perubahan yang membimbangkan dalam FELDA, setelah Najib Razak menyandang jawatan Perdana Menteri, menurut sumber dalaman FELDA.  Beliau memberitahu MerdekaReview, FELDA memperlihatkan perkembangan yang membimbangkan, setelah Najib Razak menguasai FELDA sepenuhnya, terutamanya apabila FELDA Global Venture Holdings ditubuhkan pada tahun 2007.

29 Jun 2010

Gertak Alat Umno ‘Menagih’ Sokongan Melayu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/mnormotosikal.jpg- Pemuda PAS Cabar Debat, siapa sebenarnya membela Melayu

KUALA TERENGGANU - GERTAK tidak perlu menganjurkan sebarang program pada masa depan kerana program ‘Melayu Bangkit’ yang dianjurkannya pada 14 Jun lalu, jelas gagal.

Namun, pertubuhan ‘alat perkakas’ Umno i tu tidak tahu malu dan terus berhasrat mahu menganjur ‘Forum Melayu Bangkit’ pada Oktober depan sedangkan program lepas yang dihadiri oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir, hanya dihadiri oleh 800 orang sahaja.

28 Jun 2010

40 'Ulamak' Masuk Umno – ‘Pendustaan berterusan; dulu, kini dan Selamanya’

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/ulamakmuda1.gifKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) merasa sangat dukacita dengan tindakan Umno ‘memperolok-olokkan dan menipu’ seluruh rakyat dengan isu kononnya ‘40 orang ulamak muda masuk Umno’.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pendedahan beberapa orang ustaz muda lepasan pengajian agama dari Jordan jelas menunjukkan bahawa Umno telah mempersendakan golongan ulamak muda, sehingga kelihatan seolah-olah berlakunya penyerahan borang masuk Umno kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.

27 Jun 2010

Rombakan Exco - Umno/BN Terengganu Belum Dapat Mengatasi ‘Kecaknaan’ Kerajaan PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita27/excotrg2008.jpgKUALA TERENGGANU – Tindakan kerajaan Umno/BN Terengganu membuat rombakan ‘kabinet’nya dilaporkan bertujuan memberikan fokus berdasarkan pengalaman dan kebolehan Exco yang berkenaan.

Menteri Besar, Dato Ahmad Said dilaporkan berkata demikian dalam satu majlis di Gong Badak, dekat sini, semalam.

Inspirasi Dua Suri Hati Mantan MB Terengganu

  Oleh : Azizah Mahmood  KUALA TERENGGANU - Menelusuri   pengalaman kehidupan  dua suri hati mantan Menteri Besar Terengganu cukup menginspi...