04 Mei 2012

Syarikat Kroni Umno/BN Terengganu Pula Dapat Tanah?


KUALA NERUS – Selepas menganugerah kan tanah kepada wakil-wakil rakyat, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dijangka akan mengagih-agihkan tanah kepada syarikat-syarikat kroni pula.

Menurut sumber, pada waktu terdekat, kerajaan akan memberikan tanah kepada syarikat yang menjalankan operasi kuari Bukit Batu Hampar atau dikenali kuari Bukit Berapit bersebelahan kuari Bukit Jong dekat sini.

Mat Zan ‘Direhatkan’ Selama Dua Minggu


KUALA TERENGGANU - Setiausaha PBSNT Abdullah Salleh berkata, Mesyuarat Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) semalam telah memutuskan untuk memberi ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris 'rehat' dua minggu bermula hari ini.

"Kami akan memberikan Mat Zan rehat dua minggu mulai hari ini sehingga 15 Mei untuk meringankan beban tekanan kepadanya," katanya kepada pihak media pada Khamis 3 Mei.

03 Mei 2012

Pembangunan Pulau Bebas Cukai ‘Langgar’ Tanah Rakyat


KUALA TERENGGANU - Pada Mesyuarat Yang Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke 12 pada 21 hingga 23 Disember 2010, kerajaan Terengganu mengumumkan sebelas projek pembangunan Tasik Kenyir melibatkan perbelanjaan RM298 juta.

Projek-projek tersebut adalah sebagaimana yang disenaraikan dalam jadual dibawah.

02 Mei 2012

Kenyataan MB Terengganu Adalah Fitnah

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas, Haji Salleh Embong menyangkal kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' seri Ahmad Said yang menuduh 22 penduduk Kampung Banggol Donas menipu kepimpinan PAS.

Beliau mendakwa kenyataan Ahmad itu adalah fitnah dan bersifat politik yang merosakkan imej beliau dan penduduk kampung terbabit.

01 Mei 2012

Bersih 4.0; Pemuda Terengganu Bersedia!


HULU TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) bersedia mengerahkan ahli-ahli dan penyokongnya, turun beramai-ramai menyertai Himpunan Gabungan Pilhanraya Aman dan Bersih kali ke-empat (Bersih 4.0) sekiranya ia diadakan pada bila-bila masa jua.

Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pemuda PAS Terengganu akan menyokong sepenuhnya saranan dan amanah yang ditetapkan oleh Presiden PAS.

Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa Ke-2; Bilakah Akan Siap Sepenuhnya?


KUALA TERENGGANU -  Pada 27 April 2010, Exco Infrastruktur kerajaan negeri Terengganu ketika itu, Yahaya Khatib Ali mengumumkan kos LPT Fasa 2 (LPT2) dari Jabor ke Gemuroh, yang panjangnya 183km ialah RM3 bilion dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2012.

Namun kos LPT tersebut meningkat secara mendadak.

30 April 2012

Saksi Mata; Kereta Polis DiTerbalikkan Kerana Menyelamatkan Mangsa Yang Tersepit


KUALA TERENGGANU – Setiausaha PAS Kawasan Setiu, Aminuddin Umat berkata orang ramai menterbalikkan kereta polis yang melanggar peserta Bersih 3.0 kerana mahu menyelamatkan seorang mangsa yang tersepit.

Beliau yang berada di seberang jalan hadapan pasaraya Sogo sekitar jam 4.15 petang pada Sabtu 28 April berkata kereta polis jenis proton Waja itu berhenti dalam kumpulan peserta Bersih yang sedang bersurai kerana disembur ‘water canon’ dan ditembak gas pemedih mata.

“Sekitar jam 4.15 petang, semasa kejadian tersebut saya berada seberang jalan hadapan pasaraya Sogo,

“saya melihat kereta waja polis berhenti di dalam kumpulan peserta Bersih 3.0 yang bersurai akibat disembur dengan air water canon dan gas pemedih mata,”jelasnya ketika ditemui semalam 29 April di dini.

Menurutnya, ketika itu datang seorang lelaki tidak dikenali naik ke atas bonet kereta tersebut dan memijak-mijak  sehingga bonet kereta itu kemek.

Lima minit kemudian, katanya, dalam keadaan kelam kabut itu, kereta waja polis berkenaan tiba-tiba memecut sehingga terbabas lalu melanggar orang awam yang berada di hadapan pasaraya Sogo

Katanya, akibat rempuhan kereta polis itu, seramai tiga orang awam telah menjadi mangsa, dilanggar kereta polis itu.
“(tiba-tiba) kereta waja polis tersebut bertindak memecut, (kemudian) kereta tersebut terbabas lalu melanggar orang awam yang berada di hadapan pasaraya Sogo (menyebabkan) seramai 3 orang (menjadi mangsa),”jelasnya.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...