26 Mei 2012

Wau Juga Perlu Pembahagian Yang Adil


MARANG – Pertandingan wau yang dilihat sesetengah pihak sebagai hanya satu permainan tradisional yang mudah sebenarnya perlu kepada kesungguhan, ketelitian dan penumpuan oleh setiap peserta dari proses membuat hingga menerbangkannnya

Menurut Pegarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria, permainan wau juga perlu kepada pembahagian yang adil.

24 Mei 2012

Ahli Umno Diminta Tinggalkan BN Dan Sokong Pakatan Rakyat


KEMAMAN – Sekurang-kurangya enam puluh peratus warga Malaysia berketurunan Cina akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang, yang akan membawa kemenangan kepada Pakatan rakyat dan menguasai Putrajaya.(updated video)

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Perak, Chan Ming Kai ketika berucap pada majlis ceramah Himpunan Selamat Tinggal Umno yang diadakan di Dataran Tok Guru, Geliga semalam Rabu 23 Mei.

23 Mei 2012

Ustaz Khalil Syukur, Keluarganya Selamat


MARANG - Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, 35, telah bertindak berani dan bersegera mengejar seorang peragut pada Isnin malam 21 Mei serta berjaya mencegah ‘kemungkaran’ jenayah yang berlaku.

Beliau yang terpaksa bergelut, berjaya menangkap suspek yang cuba meragut beg tangan isterinya di sebuah restoran di Batu Burok, Kuala Terengganu.

22 Mei 2012

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional ‘Langgar’ Tanah Rakyat


KUALA NERUS – Pengerusi Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat (Gempar) Haji Salleh Embong mendakwa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah terbiasa dengan kerja-kerja ‘haram’ melanggar hak rakyat sehingga tidak lagi merasakan ianya suatu kesalahan.

Beliau berkata, terbaru kerajaan Umno-BN Terengganu telah memasuki tanah penduduk Kampung Baru Tetambah Manir dekat sini bagi melaksanakan projek membina balai raya sebelum tanah diwartakan dan dibayar pampasan.

21 Mei 2012

Mengundi Umno-BN Tidak Lulus Islam - Mursyidul Am PAS

KUALA TERENGGANU - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat Malaysia khususnya di kalangan masyarakat Islam dan para pengundi beragama Islam agar memilih pemimpin dan parti yang berasaskan Islam pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau membuat seruan tersebut ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Terengganu Kali Ke-37 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, pada Sabtu 19 Mei.

PAHAT Tolak Tuduhan Umno


HULU TERENGGANU - Penubuhan Kelab Kembara 4x4 Hulu Terengganu (PAS's Hulu Terengganu Adventure Team - PAHAT) membuktikan PAS bukan hanya 'parti tok lebai' dan menunjukkan orang PAS juga turut melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi segenap aspek.

Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abd Rashid berkata, ia sekali gus diharapkan menjawab tuduhan pihak tertentu, terutamanya Umno yang selama ini sekadar beranggapan PAS hanya tahu membangkang segala yang dilakukan kerajaan sahaja.

20 Mei 2012

Aishah Akan Ucapkan Selamat Tinggal kepada Umno di Chukai


KEMAMAN - Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang terkenal dengan lagu 'mana janji manismu', berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat,
Aishah akan bersama-sama ribuan warga Chukai dan Kemaman mengucapkan selamat  tinggal kepada Umno dalam Himpunan Selamat Tinggal Umno yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei ini.

Setelah Lebih Dua Tahun Operasi; Lembah Kaprima RM26 juta Gagal


KUALA NERUS - Hasrat kerajaan untuk melihat Terengganu menjadi pengeluar daging kambing terbesar di negara ini tidak menjadi kenyataan apabila Projek Lembah Kaprima bernilai RM26 juta dimulakan Disember 2010 masih gagal.

Menurut Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, di antara  lapan projek 'Kambing Prime Malaysia' (Kaprima) yang akan dilaksanakan adalah di Kampung Sedaging, Hulu Besut.

Wanita Berjiwa Kental Sentiasa Mendepani Cabaran

  Oleh : Aqilah Mohd Jafri / Gambar : Hajar Kamarudin  MARANG - Wanita berjiwa kental dengan semangat perjuangan dalam mendepani cabaran sej...