10 April 2009

BN Sekat Masyarakat Bukan Islam Memahami al-Quran

Tidak Salah Bukan Islam Baca al-Quran – Tok Guru Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukan Islam boleh membaca al-Quran dan tidak salah sekiranya ‘tajwid’ mereka tidak betul.

Beliau berkata demikian apabila diminta pihak media mengulas kenyataan pelbagai pihak berkaitan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya baru-baru ini.


"Sekiranya tajwid tidak betul, ia boleh dibetulkan mengikut hukum tajwid, sesiapa sahaja boleh membaca al-Quran, samada seseorang itu Islam atau tidak Islam, al-Quran bukan dimiliki oleh orang Melayu atau orang Arab,

"Oleh kerana bahasa al-Quran ialah bahasa Arab, ia dilihat pelik sekiranya dibaca oleh orang bukan Islam, yang biasanya tidak tahu berbahasa Arab,”katanya kepada Bernama.

Beliau berkata orang Melayu sendiri tidak tahu membaca al-Quran
secara betul sekiranya tidak faham bahasa Arab dan tidak mengetahui hukum-hukum tajwid.

"Bahkan masa zaman Nabi Muhammad SAW, orang-orang yang menentang Islam seperti Abu Jahal juga membaca al-Quran,”katanya.

Nga Kor Ming, pada 4 April lalu membaca beberapa potong ayat al-Quran dari surah an-Nahl ayat 90 dalam ceramahnya semasa berkempen di Bukit Gantang.


UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah kehabisan ‘modal’ dalam pilihanraya kecil itu, memutarbelitkan fakta yang sebenarnya dan mengamalkan ‘politik lama’ dengan menonjolkannya sebagai isu agama dan perkauman.

Nga Kor Ming yang juga ahli parlimen Taiping dalam kenyataan balasnya 7 April lalu terhadap laporan polis yang dibuat keatasnya berkata BN cuba menyekat masyarakat Cina dan bukan Islam di Malaysia memahami al-Quran

“Islam adalah agama rasmi dan Quran memiliki ilmu yang tidak ternilai, al-Quran mengajar manusia berlaku adil dan bersifat kasihan belas,”katanya sebagaimana terjemahan potongan Ayat yang dibaca dalam ceramahnya.

“Saya kecewa UMNO dan BN cuba menyekat masyarakat Cina mempelajari Islam, ia menunjukkan BN telah kehabisan idea dan telah menggunakan taktik kotor memutarbelitkan fakta,”katanya kepada pihak media.

“Saya mahu jelaskan DAP menghormati semua agama, termasuk Islam. Tok Guru Nik Aziz telah memberitahu saya, tidak salah kalau saya petik ayat al-Quran (dlam ceramah),” jelasnya.

Nga juga mengecam akhbar media perdana yang salah lapor berkenaan perkara tersebut.

“Saya telah belajar dan menyebut ayat 90 Surah an-Nahl, tetapi mereka (media) laporkan saya menyebutnya sebagai surah ‘Aura’, ini tidak betul,”katanya.

Mau Undi Siapa .... Nizar?

09 April 2009

Penebangan Balak dan Pemusnahan Bakau; Pulau Redang Sedang Di ‘Tarah’



Kuala Terengganu – Projek pembangunan yang sedang berlaku di Pulau Redang adalah ‘penarahan’ dan penghapusan keindahan alam semulajadi Pulau itu.

Penebangan balak dan pemusnahan hutan paya bakau, kesan dari pembangunan akan mencacatkan pandangan ‘kehijauan’ terhadap pulau itu.

Pulau yang terkenal dengan Taman Laut yang tercantik didunia itu kini menghadapi ancaman yang serius.

Para pelancong yang berkunjung ke Pulau Redang turut terkejut dengan aktiviti ‘rakus’ yang terus menerus mengancam dan memusnahkan ekologi persekitaran.

Apatah lagi pembangunan yang sedang dilaksanakan terletak berhadapan dengan Taman Laut Pulau tersebut.


Projek naik taraf landasan terbang yang sedang dilaksanakan menyebabkan pemusnahan hutan paya bakau disepanjang sungai Redang.

Spesis bakau ‘Rhizophora Apiculata’ yang terdapat di Pulau Redang telah terancam sejak pembinaan padang golf, lebih sepuluh tahun lalu.

Pokok bakau amat berguna sebagai zon pengadang dan kawasan pembiakan semulajadi pelbagai hidupan laut.

Ia mengalami pemusnahan kali kedua apabila padang golf digantikan dengan pembinaan landasan terbang sekitar tahun 2001.

Lokasi dan perlaksanaan projek pembangunan bekalan air bersih untuk Teluk Kalong dan Pasir Panjang wajar dipertikaikan.

Kerajaan sepatutnya mengelak dari membangunkan kawasan yang terletak begitu hampir Taman Laut.

Hakisan yang berlaku akan mengalirkan air lumpur terus ke dalam taman laut dan mengancam batu karang serta flora dan fauna yang menjadi tarikan.

Pemilihan lokasi yang melibatkan penebangan kayu balak disebalik pembersihan lokasi untuk projek bekalan air itu juga menimbulkan keraguan.

Sudah tentu ada pihak yang sudah lama mengintai keuntungan, hasil dari penebangan hutan pinggir pantai di pulau itu !


07 April 2009

Nizar Menang !


Calon PAS yang mewakili pakatan rakyat Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin Sedang menuju ke majlis Perbandaran Taiping Untuk diisytiharkankan sebagai pemenang kepada pilihanraya kecil Parlimen Bukit gantang

Kedudukan terakhir PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi. Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

Di Markaz PAS Air Kuning ahli-ahli dan penyokong pakatan rakyat telah menjulang Nizar sebagai juara.

Di luar, jalan raya berhadapan markaz tersebut telah dipenuhi dengan kenderaan-kenderaan para penyokong berbagai kaum.

Bunyikan hon kenderaan dan laungan takbir silih berganti menyambut kemenangan tokoh pejuang yang diharap-harapkan dapat membawa suara rakyat ke parlimen.

Lihat Sidang Media Nizar Selepas Menang, dibawah ;



.

Kemaskini Kedudukan Terbaru

Sehingga : 8.17 pm

Keputusan rasmi
. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi. Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

Kemaskini Kedudukan Terkini PRK Bukit Gantang


Sehingga Jam 7.40 petang lebih daripada separuh kertas undi telah dikira peratus keluar mengundi adalah sekitar 70%. Kedudukan sekarang adalah :

Kemaskini sehingga : 8.13 malam

PAS - 17427
BN - 15001
Bebas - 32

Majoriti - 2426
Peratus dikira - 47.89%
Bilangan yang telah dikira - 28726
Peratus keluar mengundi - 75.1%
Jumlah keluar mengundi - 41532
Peratusan Undian yang dikira - 64%

Gambar diatas orang ramai sedang berkumpul di Markaz Air Kuning

Pusat-pusat Mengundi Ditutup, PAS di Jangka Menang


Bukit Gantang - Sejurus sebelum pusat-pusat mengundi ditutup calon PAS telah melawat SMK simpang dijalan kuala sepetang disini. Nizar telah diberi sambutan yang begitu hebat oleh petugas yang bukan hanya datang dari Negeri Perak tetapi dari seluruh Malaysia. Lihat video dibawah



Sehingga jam 7.20 petang, ahli-ahli dan penyokong telah berkumpul dimarkaz Ayer Kuning. Kira-kira lebih 2000 orang berhimpun disana untuk mendapat keputusan terkini penjumlahan undian Pilihanraya Kecil Parlimen bukit gantang. Sehingga ini ditulis, PAS sedang mendahului 2576 undi dimana pas memperolehi 11, 115 dan BN 8572

40 Peratus Keluar, Suasana Pagi Hari Mengundi Tegang


Bukit Gantang - Kira-kira 40 peratus telah keluar mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gantang sehingga tengah hari ini.

Kesesakan teruk di jalan-jalan utama menyebabkan laluan ke pusat-pusat pembuangan undi agak lembab, menyebabkan ‘team Buletinonline’ sukar untuk bergerak.

Hujan yang mulai turun tengahari ini dijangka menambahkan lagi kesulitan orang ramai yang ingin keluar membuang undi.

Sumber-sumber PAS dan PKR mendakwa gas pemedih mata telah dilepaskan oleh polis di SMK Pengkalan Aur dalam DUN Changkat Jering, Bukit Gantang ekoran kekecohan yang berlaku antara penyokong.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 10 pagi tadi, 17.7 peratus atau 9,849 pengundi di Bukit Gantang telah keluar membuat pilihan sebagaimana di petik Malaysiakini.

Beberapa ketegangan telah berlaku di beberapa pusat membuang undi antaranya di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering.

Kekecohan berlaku sewaktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ismail Sabri, apabila sorak-menyorak dan ejek-mengejek berlaku antara penyokong Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN)

Sebelum itu sekitar jam 10.30 pagi, ketegangan turut berlaku di pusat membuang undi SK Air Putih apabila kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dihalang oleh penyokong BN.

Beberapa penyokong BN yang fanatik telah menyerbu dan menendang kenderaan tersebut sekaligus menyebabkan penyokong Pakatan Rakyat marah dan bertindak balas sebelum FRU datang dan menenangkan suasana.

Manakala Harakahdaily melaporkan Di SMK Pengkalan Aur, dalam DUN Changkat Jering kekecohan telah berlaku apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Ketegangan berlaku ekoran terdapat kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.






05 April 2009

UMNO/ BN Berpakat Dengan Kongsi Gelap


Bukit Gantang – UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah terlalu terdesak dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang (PRK Bukit Gantang) sehingga terpaksa berpakat dengan ‘kongsi gelap’ bagi mengugut dan menakut-nakutkan pengundi.

“Satu pertemuan telah diadakan antara Dato’ Zahid Hamidi dengan satu kumpulan kongsi gelap di sebuah hotel di Taiping baru-baru ini,

“ia bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi terutamanya dari kaum Cina, supaya tidak turun mengundi,

“ia satu tindakan yang tidak beretika, tidak bermoral dan merupakan ‘politik lama’ yang masih diamalkan oleh UMNO/BN,” kata Pengarah Operasi Pilihanraya PAS bagi PRK Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi.

Beliau berkata pihaknya ada perincian pertemuan Dato’ Zahid dengan kongsi gelap tersebut masa dan tarikh serta individu yang ditemui.

Sehubungan itu beliau mencabar pihak UMNO/BN dan Dato’ Zahid sendiri untuk membuat penafian secara terbuka sekiranya perkara tersebut adalah sesuatu yang tidak benar.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata PAS telah menyatakan persetujuan menyahut seruan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Jamaie untuk menyertai satu debat terbuka mengenai isu “derhaka kepada raja-raja Melayu”.
“Salah seorang speaker PAS insyaAllah Datuk Paduka Husam Musa, setakat ini, UMNO masih belum menyatakan komitmen menyertai debat tersebut,

“ini membuktikan UMNO tidak berani berdepan dengan rakyat bagi membuktikan siapakah sebenarnya yang derhaka,”katanya dalam sidang media yang diadakan di Markaz Air Kuning hari ini.

Hj Asmuni turut menyatakan keyakinan rakyat dan pengundi Bukit Gantang bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya usaha kempen akan ditingkatkan dalam tempoh 72 jam akan datang menjelang hari mengundi pada 7 April, selasa ini.

“Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) akan melipatgandakan majlis ceramah dan penerangan 30 siri secara serentak di seluruh Parlimen Bukit Gantang mulai hari ini,

“kita yakin, rakyat akan mengundi kita dengan pakej kempen ‘politik baru’ yang menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa,

“dan (rakyat) akan menolak UMNO/BN dengan politik lama yang mengugut dan menakut-nakutkan pengundi serta fitnah dan perkauman yang sempit,”jelasnya.


Najib Umum Dasar Lapuk


Bukit Gantang – Dasar yang dicanangkan oleh Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Razak sebagai 'One Malaysia' atau 'Malaysia Satu' adalah satu dasar yang ketinggalan zaman.

Sekaligus dasar tersebut telah menafikan dasar-0dasar yang dibawa oleh beberapa Perdana Menteri sebelum ini umpamanya Wawasan 2020 dan Islam Hadhari.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata demikian dalam cermahnya yang diadakan di Kampung Tebok, dalam DUN Terong dekat sini.

“Maknya 50 tahun sebelum ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah memerintah dengan tidak betul,”katanya dihadapan lebih 2,000 hadirin yang menunggu-nunggu kehadiran beliau dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.

Beliau bekata, PAS yang memerintah diKelantan sejak tahun 1990 telah mempelopori usaha memerintah dengan sistem Islam.

Katanya perlaksanaan sistem bank Islam di negara ini adalah berpunca dari kerajaan PAS Kelantan menolak untuk menyimpan wangnya dalam bank-bank konvensional (ribawi).

“Bila saya (PAS) mula memerintah Kelatan pada tahun 1990, saya telah memanggil Pegawai Kewangan negeri supaya membawa keluar wang kerajaan negeri dari bank-bank ribawi dan menyimpannnya dalam bank Islam,”katanya.

Justeru, semua bank-bank di Kelantan telah berubah dan melaksanakan sistem bank Islam sehingga kini, tambahnya.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...