02 April 2011

Pemuda bawa Bob jelajah KT sampaikan mesej PGU100K

KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membawa 'bekas selebriti' Bob Lukman menjelajah bandar Kuala Terengganu bagi menyampaikan mesej 'PAS Ganti Umno' (PGU) kepada warga 'bandaraya' tersebut.

Setiausahanya Wan Faizul Abas berkata, program 'santai' itu dianjurkan bersama dengan pemuda 'bandaraya' Kuala Terengganu yang dimulakan dengan minum pagi di pasar Cabang Tiga dan berakhir di Pasar Besar Kedai Payang.

30 Mac 2011

Bajet RM2 bilion gagal tingkatkan kemudahan asas rakyat

KUALA TERENGGANU - Kemudahan prasarana, infrasturktur asas di seluruh negeri Terengganu terutamanya perparitan dan longkang-longkang perlu dipertingkatkan sebagai kemudahan kepada rakyat bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, kerajaan perlu memberikan tumpuan kepada rakyat, bukannya kepada perkara-perkara lain yang kurang bermanfaat kepada rakyat

(Gambar - banjir kilat di Kampung Pak Tuyu, Kuala Nerus, kerana tiada saliran dan perparitan)

29 Mac 2011

Banjir; 1,364 Mangsa Masih Berada Di Pusat Pemindahan

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di beberapa daerah di negeri Terengganu meningkat kepada 1, 364 orang melibatkan 347 keluarga telah dipindahkan kepada 13 pusat pemindahan sehingga pukul 12.00 malam Selasa 30 Mac.

Laman kenyataan banjir negeri mencatatkan seramai 424 orang mangsa di enam pusat pemindahan Marang, 648 orang di tiga pusat Kemaman dan 292 orang di empat pusat pemindahan Dungun.

Manakala semua 226 mangsa banjir di daerah Kuala Terengganu daripada 52 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal di sini, telah pulang ke rumah masing-masing dan pusat pemindahan ditutup petang tadi.

Tunaikan janji dengan pesawah Jelapang dulu!


SETIU - Ketua Penerangan PAS Setiu Dr Azman Ibrahim menasihatkan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said dan kerajaan negeri Terengganu supaya menyelesaikan dulu tuntutan dan janjinya kepada peserta Projek Tanaman Padi Berkelompok Kampung Jelapang, Mukim Hulu Nerus, sebelum bercadang membuka kawasan padi yang baru,

Menurutnya, lebih 20 orang petani yang juga peserta Projek terbabit disini menuntut kerajaan menyelesaikan bayaran gantirugi kepada mereka, berikutan kerugian akibat kecuaian agensi kerajaan.

(Gambar - Dr Azman (baju biru) ketika melawat kawasan Projek Tanaman Padi Berkelompok Kampung Jelapang tidak lama dulu)

27 Mac 2011

5 Menteri Besar Terengganu suka berbelanja secara membazir

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar mendakwa, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said suka berbelanja wang rakyat Terengganu, tanpa membuat kajian terlebih dahulu

Menurutnya, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diterajui Ahmad Said membelanjakan sebanyak RM2 bilion wang rakyat Terengganu pada tahun lalu.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...