18 April 2009

10 ADUN ‘Telanjangkan Ahmad Said’ Dedah Kelemahan MB Terengganu


Tindakan 10 ADUN legasi ‘penderhaka krisis perlantikan’ Dato’ Ahmad Said setahun lalu, kini kembali lagi di ketuai oleh tokoh yang sama, Dato’ Rosol Wahid.

Rosol menjadikan Kelab ‘backbenchers’ sebagai tunggangannya kali bagi menggempur Ahmad.

Dengan panglima-panglimanya, seorang peguam yang juga ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah dan seorang pemikir bekas guru yang juga ADUN Jabi, Cikgu Ramlan

Mereka sudah berterus-terang untuk menelanjangkan segala apa yang mereka dakwa sebagai ‘kelemahan MB Terengganu mentadbir negeri Terengganu’.

Satu laporan difahamkan telah didedahkan kepada pihak media dan juga dihantar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang baru. (Gambar - Idris tidak pernah gembira duduk disebeblah Ahmad)

Namun, apa yang dikatakan sebagai ‘Laporan kelemahan MB Terengganu’ itu sebenarnya adalah tindakan Ahmad Said mencantas orang-orang yang menyokong atau dianggap sebagi penyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Idris Jusoh.

Dan apa yang didakwa sebagai laporan itu sebenarnya perkara yang sudah lama menjadi percakapan dikalangan rakyat Terengganu yang mengikuti sesi perbalahan ‘marathon’ Idris-Ahmad.

Antaranya adalah seperti dibawah;

Ahmad meletakkan mereka yang tidak berkeupayaan untuk mengetuai beberapa agensi kerajaan negeri, termasuk Terengganu Inc.

Ahmad didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Idris termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.

Bekas ketua Puteri Umno negeri, Nordiana Shafie diberhentikan sebagai pengerusi lembaga pengarah Kuantan Medical Centre (KMC) dan khidmatnya sebagai senator tidak disambung sepenggal lagi.

Jawatan senator diberi kepada ketua-ketua Wanita (Umno) yang tidak lagi mampu menyumbang kepada negeri

Pengarah eksekutif Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd, pengurus besar Kemaman Supply Base (KSB), dan pengurus besar Konsortium Pelabuhan Kemaman juga dipecat.

Seorang penyokong PAS didakwa dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah syarikat perkayuan bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Sementara dua bekas guru sekolah rendah masing-masing dilantik untuk memimpin Unit Terengganu Bestari (U-Best) dan KMC yang dianggap "tidak tepat."

Ahmad juga didakwa "membuat pertukaran besar-besaran (67 orang) para pegawai tadbir kerajaan negeri pada Disember 2008."

Bagi Ahmad ia bukan satu kesalahan bahkan ia satu pembaharuan yang mesti dilakukan.

Ahmad mesti membersihkan ‘saki baki’ penyokong kumpulan ‘Pengkhianat’ yang telah membelanjakan wang royalti, milik rakyat dan kerajaan negeri Terengganu dengan boros dan membazir.

Sewaktu menjawab soalan tentang royalti dalam Sidang DUN baru-baru ini, ADUN Wakaf Mempelam telah bangun dan mencelah dengan mengatakan ‘penderhaka dan pengkhianat’ kepada mereka yang telah menghabiskan dan menjahanamkan duit hasil emas hitam itu.

Ahmad membalas, jangan panggil penderhaka tetapi panggil pengkhianat.

Semua hadirin dan para pendengar siaran langsung Sidang DUN tahu, ia ditujukan kepada Idris yang menjadi Menteri Besar ketika membenarkan kerajaan pusat menggunakan wang royalti berjumlah berbilion ringgit untuk menyiapkan projek-projek yang sepatutnya dibiayai oleh kerajaan Persekutuan.

Bayangkanlah, sebelum ini sudah berkali-kali Ahmad membuat kenyataan sinis dan kritis tentang projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Idris.

Tahun lalu, kes Proton Perdana V6 yang menggemparkan sehingga perbelanjaan pembaikiannya mencecah jutaan ringgit, juga satu pukulan kepada Idris dan kumpulannya.

Justifikasinya, Ahmad membeli Mercedes untuk kereta rasmi Exco dan pegawai Tinggi Kerajaan Terengganu.

Tujuan disebalik pemnbelian Mercedes itu pastinya untuk memperlihatkan kepada dunia politik yang memandang, Ahmad lebih hebat dari Idris yang hanya menggunakan Proton Perdana.

Ahmad juga membeli Mercedes untuk menarik sokongan 10 Exco yang dilantik, yang kesemuanya adalah orang pilihan Idris untuk menjadi calon dalam pilihanraya ke 12 Mac 2008. ......... akan disambung......

Lihat Detik bermulanya permusuhan Idris dan Ahmad dibawah;

‘Haloba’ dan ‘Tamakkan Kuasa’ Punca Kecelaruan Politik UMNO/BN Terengganu

Marang - Kecelaruan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dianggap oleh Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang lebih bersifat perlumbaan untuk merebut kepentingan.

Beliau yang tidak mahu terlalu banyak mencampuri urusan UMNO/BN Terengganu berkata pada pengamatannya dari luar, kegawatan berlaku selepas mendapat berita yang diwar-warkan, wang royalti akan dipulang balik.

“Saya tidak mahu campurtangan banyak, (pada) pengamatan saya dari luar itu lebih bersifat perlumbaan untuk merebut kepentingan, selepas mendapat berita yang diwar-warkan, royalti akan dipulang balik,”katanya ketika sesi temubual dengan media di rumahnya, dekat sini, pagi tadi.


Menurutnya, sudah tentu banyak projek-projek yang akan mencurah ke Terengganu melalui wang royalti yang akan dipulang-balik itu.

Katanya pihak yang menimbulkan kekalutan mungkin merasakan, mereka tidak berpeluang mendapat lebih banyak melalui projek-projek ini.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, kecelaruan politik yang berlaku adalah suatu gejala yang tidak baik bagi negeri Terengganu.

“Ia suatu gejala yang tidak baik bagi negeri Terengganu, satu perbuatan haloba dan tamakkan kuasa, cukup (lah) dengan (apa yang) berlaku projek-projek haloba dari tahun 1978 hingga 1998,

“bila kita (PAS) cuba hendak buat pembetulan (tahun 2004 – 2008), kita (PAS) telah dicantas melalui politik yang kotor, daftar pemilih yang terlalu besar jumlah sehingga tidak padan dengan penduduk di negeri Terengganu,”jelasnya.

Menurutnya, PAS sabar menghadapi karenah permainan politik kotor itu dan tidak bertindak liar, bahkan, katanya, beliau pernah menyebut di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS pernah bersabar selama 40 tahun.

“Dari pilihan raya tahun 1959, kita menang dan kita jatuh. Kita tunggu hingga pilihan raya 1999 (40 tahun), kita boleh sabar, kerajaan kita (PAS) jatuh ditengah jalan dalam tahun 60-an. Kita sabar dan kita menunggu sehingga kita (PAS) menang tahun 1999,”katanya.

Pada 14 April lalu 10 ADUN UMNO/BN yang diketuai oleh bekas Setiausaha Perhubungan UMNO, Dato’ Rosol Wahid telah memboikot sidang DUN.

Rosol berkata ‘boikot’ tersebut adalah klimaks kepada krisis keyakinan terhadap Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dan beliau serta 10 rakannya mendesak Ahmad supaya berundur dan meletakkan jawatan.

Kumpulan Rosol juga menuduh seorang pegawai tinggi kerajaan Terengganu menghantar SMS ugutan bunuh terhadap beliau dan dua ADUN lain, berkait rapat dengan usaha membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad ke dalam sidang DUN Terengganu

17 April 2009

PAS Tidak Berwala' Dengan DAP


Setiu – Kerjasama antara Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah kerjasama ‘Tahaluf’ yang berbeza dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dengan MCA dan MIC.

UMNO dalam BN bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam soal wala’, yang menggadaikan maruah, harga diri dan
prinsip Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap dalam mempertahankan dasar-dasarnya dan teguh dalam pendiriannya walaupun bekerjasama dengan DAP.

“Alah melarang kita berwala’ dengan makna memberi kesetiaan sehingga kita menjual harga diri dan maruah kita kepada orang bukan Islam,

“kerjasama diantara PAS dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf, kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC (adalah) kerjasama wala’, “ujarnya.

Menurutnya ramai diantara kita yang hanya mempelajari feqah sembahyang, feqah puasa dan feqah zakat, tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang feqah politik.

Katanya wala’ adalah istilah politik dalam kitab feqah yang bermakna hubungan dengan orang bukan Islam sehingga kita boleh menjual maruah dan harga diri kita.

“Dia kata jangan laksanakan Islam, kita ikut dia, dia ajak kita minum arak, kita minum sama dia,
dia kata judi kena benar (dibenarkan), kita benarkan,

“maksiat kena benar(kan), kita ikut dia, ini yang dibuat oleh UMNO, (dan) kerjasama (seperti) ini diharamkan oleh Islam,”katanya dalam ceramah sempena isu Sidang Dewan Undangan Negeri, di Merang dekat sini semalam.

Katanya dalam kerjasama PAS tidak berganjak dari dasarnya kerana PAS bekerjasama dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf.

Katanya dalam perbincangan dengan pihak DAP, beliau telah menolak permintaan DAP supaya PAS ‘membuang’ perjuangan menegakkan Islam dalam PAS, tetapi bersetuju untuk bersama dalam menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.

“Kebetulan almarhum Yusof Rawa dan almarhum Fadzil Noor serta Tok Guru Nik Aziz banyak menugaskan saya untuk berunding dan berdailog dengan orang-orang DAP,

“mereka minta supaya kita buang perjuangan menegakkan Islam dalam parti PAS, saya kata tak boleh, ini dasar kita (PAS), ini hak kita,”

“kita tak suruh dia buang sosialis dia, tak suruh dia buang ‘cina’ dia,”

“tetapi menentang kezaliman, untuk memberi hak kepada sesiapa yang berhak, untuk tolong orang miskin, bela orang kena zalim, lawan ISA tangkap orang tak perlu bawa ke mahkamah, ini boleh kita bekerjasama,”tegasnya.

Oleh itu, katanya sebab itulah DAP kelar dari pakatan dalam Barisan Alternatif pada tahun 2001 kerana PAS tetap teguh mempertahankan dasar perjuangan menegakkan Islam.

Namun sebaliknya DAP kembali bekerjasama setelah melihat contoh pemerintahan yang adil menurut Islam yang dilaksanakan oleh PAS di negeri Terenganu dan Kelantan.

“Ketika kita nak mengharamkan arak dan judi, kita panggil orang bukan Islam, kita tanya mereka, arak dalam ugama mereka bagaimana?, dia (mereka) kata (dalam) ugama dia arak boleh, (jadi) itu hak dia, dia nak minum itu hak dia,

“Babi…. Dia boleh makan, kita tak boleh larang dia nak makan babi, judi ?, Judi ugama dia kata tak boleh, maka kita tutup kedai judi,”jelasnya.

Beliau berkata itulah perbezaan diantara PAS dengan UMNO dimana PAS mempunyai had dan batasan tetapi tidak ada dalam UMNO.




16 April 2009

Ekoran Krisis Keyakinan Terhadap Ahmad - PAS Pelawa Tubuh Kerajaan Baru



Kuala Terengganu – Rakyat terutamanya ahli PAS dan para penyokongnya telah menghadapi kezaliman dan ketidaksamarataan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dari tahun 2004 hingga Mac tahun 2008. (Video Klip di akhir berita)

Oleh itu, kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said diharap dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, kesan dari tindakan yang rakus kerajaan penggal lalu itu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata demikian dalam penggulungannya membahaskan ucapan Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (YDP MPPR) Tengku Badrulzaman Sultan Mahmud.


“Kami (PAS) kerajaan baru ini dapat membantu orang-orang kami, kami ada cara tersendiri untuk membebaskan kemiskinan iaitu dengan memberikan tanah kepada para petani,

“kami menyediakan tapak-tapak rumah kepada orang-orang miskin, orang yang tidak ada tapak rumah, ada yang sudah dilulus, ada yang sudah dibayar, tetapi tindakan rakus kerajaan negeri 2004 – 2008 telah merampas semua sekali,”katanya pada hari terakhir sidang DUN Terengganu, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, apa salahnya jika Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar dan para Exco serta pegawai tertinggi kerajaan negeri Terengganu, membantu orang-orang miskin itu untuk dikembalikan hak mereka.

“Menyemak semula segala keputusan yang telah lalu, apakah salahnya, itu rakyat kita, inilah sebabnya tiap-tiap tahun (kirta) bercakap, basmi kemiskinan, basmi kemiskinan,

“kenapa tak dapat (membasmi kemiskinan) kerana tidak sampai kepada sasaran,”tegasnya

Katanya, jika kerajaan negeri mempunyai perancangan yang baik, PAS akan menyokong demi untuk mengembalikan keadilan dan hak kepada yang berhak.

“Jika ada sesuatu agenda yang baik, kita harap Yang Amat Berhormat dapat teruskan, terutama sekali untuk mengembalikan dan mengujudkan keadilan,”jelasnya.

Namun begitu, beliau berkata, segala usaha tersebut mestilah dihadapi dengan tenang, gigih dan bersungguh-sungguh.

Justeru, beliau mempelawa Menteri Besar dan para Exconya untuk bersama-sama dengan PAS dan membentuk kerajaan baru yang lebih kuat sekiranya usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan.

“Kalau YAB berasa sulit untuk menghadapi dalam keadaan kerajaan yang macam ini, YAB dan sahabat-sahabat (anggota exco), boleh menyeberang ke sebelah kami,

“YAB ada sebelas (wakil rakyat), kami ada lapan, jadi 19, kerajaan yang kukuh, kita tubuh kerajaan baru,”katanya merujuk kepada ketidakyakinan ADUN BN terhadap kepimpinan Dato’ Ahmad.

Sehari sebelumnya, 10 ADUN BN telah memboikot sidang DUN Terengganu atas alasan keselamatan setelah tiga daripadanya mendakwa mendapat SMS ugutan bunuh.

ADUN Permaisuri, Abdul halim Jusoh yang menerima ugutan itu berkata, ia berkait rapat dengan ura-ura pihak tertentu yang dikatakan akan membawa ‘usul undi tidak percaya’ keatas Menteri Besar negeri Terengganu.




14 April 2009

Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Hantar SMS Ugut Bunuh – ADUN BN


Kuala Terengganu – Konspirasi bertujuan menjatuhkan Menteri Besar Terenggau, Dato’ Ahmad Said semakin jelas apabila dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis (Video Klip pada akhir berita ini)

ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan ADUN Paka Zakaria Arifin memberitahu media mereka menerima ugutan bunuh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dari seorang yang tidak dikenali.

“pada lebih kurang 11.21 malam dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Gong Badak, untuk minum, tiba-tiba saya menerima SMS,

“apabila saya tengok SMS itu saya terkejut sebab SMS itu merupakan ugutan terhadap nyawa saya,”kata Abdul Halim kepada pihak media selepas membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu, awal pagi hari ini 14 April.

Menurutnya SMS yang berbunyi “baik jangan teruskan YB, YB tak sayang nyawa?” adalah satu ugutan yang serius.

Katanya, dengan ugutan sebegitu, beliau merasakan nyawa beliau terancam kerana sebagai ADUN beliau sering berjalan kemana-mana.

Namun begitu, katanya, beliau merasa begitu sedih kerana apabila beliau menyemak nombor telefon yang menghantar SMS itu dari buku rasmi kerajaan negeri Terengganu, ianya datang seorang pegawai tinggi kerajaan.

“apabila saya check (semak) dari diari rasmi kerajaan negeri Terengganu rupa-rupanya SUSK ni, kita terima mesej ni, nombor yang saya terima ini adalah nombor daripada pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu,”ujarnya.

Katanya individu itu adalah orang yang begitu rapat dengan Yang Amat Berhormat dato’ Menteri Besar iaitu Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar.

Beliau berkata, pada anggapannya, ugutan tersebut adalah berkait dengan isu ‘undi tidak percaya’ terhadap Menteri Besar Negeri Terengganu.

“Ugutan ini, pada sayalah, saya tak tahu, sebab pada anggapan saya sebab, sekarang isu yang paling hangat adalah isu mengenai undi tidak percaya terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar kitalah…,”katanya

Bagaimana pun, katanya beliau tidak pasti samada ia benar atau tidak, kerana menurutnya beliau dan rakan-rakannya tidak ada rancangan tentang membawa usul undi tidak percaya tersebut.

“kami semua tidak ada rancangan mengenai benda ini (undi tak percaya) mungkin ada sesuatu yang meggerakkan mereka, jadi mereka mengancam kita, kalau benda ini berlaku dalam dewan, saya mungkin menjadi salah seorang pengundinya, tapi saya tak tahu apa-apa rancangan tentang benda ni,”tambahnya.

Beliau mengatakan turut sama menerima ugutan tersebut adalah ADUN Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah, yang turut hadir membuat laporan polis.

Menurut Zakaria, turut menerima SMS yang sama adalah ADUN Ajil Dato’ Rosol Wahid, yang menerima ugutan tersebut dari nombor lain, dipercaya hantaran melalui komputer.


13 April 2009

Teks Ucapan sulung MP Bukit Gantang – Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin

Sebaik sahaja keputusan pilihan raya kecil diumumkan oleh Pegawai Pengurusnya, Dato’ Mahmod Morsidi di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, pada 9.40 malam calon PAS, P059 Bukit Gantang, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memberikan ucapan sulungnya. Dibawah adalah teks ucapan tersebut:- (Klip Video Diakhir Berita ini)

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih daripada saya sendiri dan seluruh petugas-petugas dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP.

Merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) dan seluruh jentera yang telah membantu termasuk anggota pasukan keselamatan Polis, Rela dan lain-lain Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah memberikan khidmat yang baik.

Saya berterima kasih di atas khidmat dan kerjaya yang cukup cemerlang. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh jentera kerajaan yang juga telah membantu kami (PAS) bagi melaksanakan pilihan raya yang cukup tertib, aman dan damai.

Saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika sekiranya apa yang kami (PAS) nyatakan dan yang kami l(PAS) aksanakan sebelum ini menguris hati, kami (PAS) memohon maaf dari atas rambut hingga ke hujung kaki.

Kita (Pakatan Rakyat) akan menjadikan pilihan raya ini pilihan raya yang cukup bermakna bagi rakyat negeri Perak dan rakyat Malaysia, amnya. Untuk itu, lagi sekali saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh yang telah memainkan peranan bagi menjayakan pilihan raya kali ini.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat saya, Saudara Ismail Saffian selaku calon dari Barisan Nasional (BN) dan Kamarul Ramizu Idris, calon daripada Bebas yang telah sama-sama menunjukkan semangat setiakawan kami dalam kami (PAS) melaksanakan kempen sepanjang tempoh kempen tersebut.

Sekali lagi, terima kasih kepada seluruh jentera parti yang datang dari dalam, dekat, luar dan jauh dari negeri Perak Darul Ridhuan yang berkampung dari seluruh parti Pakatan Rakyat yang berada di Bukit Gantang.

Saya berterima kasih juga kepada petugas-petugas Barisan Nasional, Umno, MIC dan MCA yang turut berkampung menjadikan Bukit Gantang sebagai tempat untuk kita (rakyat) melaksanakan satu pendemokrasi, satu pemilihan kuasa menunjukkan ketelusan dan juga keadilan yang dikehendaki oleh rakyat negeri Perak Darul Ridhuan.

Kita juga merakamkan setinggi terima kasih kepada Dato’ Mahmud Morsidi selaku Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang telah melaksanakan tugasan dengan baik dan juga kepada seluruh para petugas yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!, sekian terima kasih,”


Penyakit Sosial, Keruntuhan Akhlak dan Moral Kritikal

Kuala Nerus - Pemerintahan yang tidak berlandaskan syariat Islam serta pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas punca berlaku gejala sosial yang semakin kronik.

Islam telah menggariskan hukum yang terbaik bagi manusia bagi mengawal tingkah-laku serta perangainya.

Pengerusi Tetap Dewan Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Mohd Hamdam Mohamad berkata punca berlaku penyakit gejala sosial yang semakin tidak terkawal akibat meninggalkan pelaksanaan syariat Islam.

Katanya, hukum Islam tidak dilaksanakan dengan sempurna serta dipersendakan hudud dan qisas.

“Gejala sosial di Terengganu dan di seluruh negara kini berada ditahap membimbangkan.
“Ini berpunca dari meninggalkan ajaran Islam termasuk hukum hudud dan qisas dipersendakan,” ujarnya.

Selain itu, katanya keruntuhan moral dan akhlak di kalangan rakyat dan masyarakat juga berkait rapat dengan sistem pendidikan negara.

Menurut Ustaz Hamdam sistem pendidikan negara yang tidak berorentasikan kepada Islam melahirkan insan yang tidak bermoral.

“Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak lebih 50 tahun merdeka melaksanakan Islam dalam bentuk tempelan sahaja.

“Islam Hadhari bukan pendekatan Islam sebenar dan hanya sekadar ‘projek politik’ Tun Abdullah Ahmad Badawi,” ujarnya.

Katanya, penyelesaian masalah gejala sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan remaja hari ini perlu kembali kepada Islam sebenar.

12 April 2009

Krisis Keyakinan Terhadap Ahmad Said Semakin Serius?

Kuala Terengganu - Pendedahan media tentang adanya usaha untuk membawa usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said kelmarin, dikatakan telah sampai ke Putrajaya. (Lihat Klip Video Diakhir Berita ini)

Empat wakil rakyat BN hari ini dimaklumkan telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Mereka dipercayai bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bagi menyuarakan hasrat mereka, dalam usaha menyelesaikan ‘krisis keyakinan’ yang semakin serius.

Krisis bermula lebih setahun lalu apabila Ahmad yang juga ADUN Kijal di lantik menjadi Menteri Besar ‘merampas’ kedudukan yang sepatutnya menjadi milik Dato’ Seri Idris Jusoh selaku pengerusi BN negeri ketika itu.


Perlantikan secara luar kebiasaan Ahmad hampir-hampir mencetuskan krisis perlembagaan apabila UMNO menentang pemilihan Ahmad yang diperkenan oleh pihak istana.

Kumpulan yang menyokong Idris, diketuai bekas Exco kerajaan Dato’ Rosol Wahid merasa kecewa, membantah dan mengugut untuk membawa usul undi tidak percaya kedalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Bagaimana pun, Rosol yang dihubungi media semalam menafikan beliau masih cenderung untuk membawa usul tersebut.

"Tak ada... tak ada rancangan nak buat begitu (usul undi tidak percaya).

"Saya jamin saya tak akan kemuka sebarang usul undi tak percaya kepada Menteri Besar," katanya kepada mStar Online.


Namun begitu beliau tidak menjamin yang rakan-rakan seangkatannya, ADUN BN lain tidak membawa usul tersebut.

"Orang lain saya tak pastilah macam mana, itu terpulang kepada merekalah, tapi bagi saya memang tak ada," katanya.

Semalam dalam mengulas perkembangan terbaru negeri Terengganu itu, Jawatankuasa PAS Pusat menyarankan supaya Ahmad Said membubarkan DUN lebih awal bagi menghadapi krisis keyakinan yang sedang melanda pentadbirannya.

Tindakan pentadbiran Ahmad membuat pertukaran beramai-ramai penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri telah menghilangkan keyakinan mereka kepada Ahmad yang juga pengerusi perhubungan UMNO Terengganu.

Walaupun pelbagai pihak dalam UMNO Terengganu cuba menutup isu perpecahan dan wujudnya ‘dua bahtera dengan dua nakhoda’, kini, ia kelihatan semakin jelas.

Ahmad, walaupun ‘bermulut manis’ dengan pihak media, namun kerap menyindir segala projek yang dilaksanakan oleh Idris sebelum ini.







Lebih Baik Ahmad Said Bubarkan DUN Terengganu

Kuala Terengganu – Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said disaran membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sekarang, sebelum menghadapi krisis politik dan perlembagaan sebagaimana yang dihadapi oleh negeri Perak dewasa ini.

Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, ia adalah jalan terbaik kepada semua pihak bagi menyelesaikan krisis keyakinan yang sedang berlaku terhadap kepimpinan Ahmad.

“Dengan krisis keyakinan terhadap Menteri Besar (MB), bukan sahaja berlaku dikalangan pembangkang, malah berlaku dikalangan Ahli DUN Barisan Nasional (BN),


“jalan penyelesaian terbaik adalah MB mengambil tindakan pro-aktif, membubarkan DUN, sebelum berlaku krisis yang lebih kronik,”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau yang juga ADUN Batu Burok berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan ura-ura yang menyatakan ada ADUN BN akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad ke dalam Sidang DUN yang dijadualkan bermula Isnin ini

Ahmad dikatakan telah memberi amaran akan memecat mana-mana ADUN BN yang membawa usul tersebut ke dalam Sidang DUN yang dijadualkan bermula Isnin ini.

Mengulas lanjut, Dr. Syed Azman berkata krisis keyakinan terhadap Ahmad turut berlaku berlaku dikalangan pegawai kerajaan dan kakitangan anak-anak syarikat kerajaan negeri serta rakyat negeri Terengganu.

“Ahmad Said akan dipuji dan dikenang oleh rakyat sekiranya bertindak mengikut lunas undang-undang, membubarkan DUN dan mengembalikan mandat kepada rakyat,”tambah Dr. Syed.



Referendum Dua Bukit – Rakyat desak bubarkan DUN Perak, tolak Perdana Menteri.

Kuala Terengganu - Kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam dua pilihanraya kecil pada 7 April lalu merupakan ‘referendum’ rakyat.

Calon-calon PAS dan PKR yang mewakili PR di kedua-dua pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah menewaskan calon UMNO/BN dengan majoriti yang lebih besar.

Isu ‘Coup-de Etat’ atau kudeta (rampasan kuasa) keatas kerajaan Pakatan Rakyat Perak berkumandang di Bukit Selambau, walaupun ia bukan terletak dalam negeri Perak.

Sejak awal-awal lagi, sejurus selepas penamaan calon, pemimpin PR bersepakat meletakkan kedua-dua pilihanraya tersebut merupakan referendum rakyat terhadap tindakan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO.

Kini, DUN Perak mesti dibubarkan, kerana rakyat telah membuat keputusan menolak tindakan rampasan kuasa UMNO dan BN.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, DUN Perak mesti dibubarkan dan diserah kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang diyakini oleh rakyat melalui pilihan raya.

Beliau berkata rakyat Perak telah membantah kerajaan negeri Perak (BN) dan ia dibuktikan dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang

“Keputusan yang ada ini (PRK Bukit Gantang) menuntut supaya DUN Perak itu dibubarkan,
tidak dapat tidak, mesti dibubarkan dan diserah kembali kepada rakyat,”katanya.

Menurutnya harapan rakyat sekarang adalah kepada Tuanku Sultan Perak agar memperkenankan pembubaran Dun Perak dengan kadar yang segera bagi menyelesaikan kemelut politik dan krisis Perlembagaan di negeri tersebut.

Dalam pada itu beliau berkata, tindakan Perdana Menteri baru Dato’ Seri Najib Razak yang ‘diam’ seribu bahasa mengenai tuduhan penglibatan beliau dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya, sangat memalukan negara.

“Ini sangat memalukan negara dan orang ramai akan terus mempersoalkan sebab perkara itu tidak ada jawapan.

“Saya menyokong kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahukan Najib ‘membersihkan’ dirinya terlebih dahulu,”ujarnya

Katanya sebanyak 17 buah akhbar luar negara di seluruh dunia mempersoalkan kredibeliti serta menyiarkan berita kes pembunuhan itu yang mengaitkannya dengan Najib.

Beliau berkata masalah Altantuya adalah antara faktor rakyat menolak BN dalam pilihanraya kecil baru-baru ini.

Katanya, walaupun kini Najib telah menjadi Perdana Menteri, namun rakyat akan terus mempersoalkan perkara tersebut dan keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah mesej rakyat menolak BN dan Perdana Menteri yang baru.


Ahmad Said Beri Amaran Akan Pecat ADUN BN Yang Bawa Usul Undi Tidak Percaya

Kemaman - Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said hari ini memberi amaran akan memecat mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang menteri besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

“Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

“Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata,” katanya ketika ditemui pihak media di sini hari ini.

Ahmad juga berkata beliau tidak tahu menahu tentang khabar angin yang menyatakan Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Najib Razak akan menukar beberapa orang Menteri Besar, termasuk bagi negeri Terengganu.

“Itu saya tidak tahulah, Terengganu kena tanya Tuankulah,” katanya. sambil menyelar pihak media yang katanya suka mensensasikan isu.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...