06 Ogos 2011

Program Jelajah Bazar Ramadhan diteruskan

MARANG - Kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu meneruskan jelajah Bazar Ramadhan pada Jumaat, 5 Ogos.

Setelah ke Bazar Ramadhan Batu Enam Kuala Nerus dan Pasar Chabang Tiga, Yang DiPertua PAS Marang Haji Yahaya Ali yang juga Setiausaha Perhubungan turun ke Bazar Ramadhan bersempena majlis tazkirah dan Iftar di Masjid Pengadang Baru.

Bersama dalam rombongan tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Rashid dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak.

Kehadiran mereka disambut hangat oleh pengunjung bazar terutama golongan muda yang 'agak terkejut' apabila melihat pimpinan PAS bersama-sama masyarakat membeli juadah untuk berbuka puasa.

Pada 8 Ogos, rombongan kepimpinan PAS Terengganu akan berkunjung ke Bazar Ramadhan di bandar Kuala Berang dan bertemu warga Dungun pada 9 Ogos, dalam rangka jadual bertemu dengan seberapa ramai rakyat Terengganu, menjelang pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

05 Ogos 2011

Sasaran kerja 120 hari menjelang PRU ke-13

KUALA TERENGGANU - Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkeyakinan pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan diadakan dalam tahun 2011 ini juga.

Justeru, beliau menyeru semua pihak dalam PAS Terengganu memberikan fokus kerja memastikan kemenanngan PAS dalam PRU ke-13 tersebut.

04 Ogos 2011

500 bungkus bubur lambuk hbis diedarkan


KUALA TERENGGANU - Sebanyak 500 bungkus 'bubur lambuk' habis diedarkan oleh Jawatankuasa  Surau a-Huda, Pejabat Perhubungan PAS negeri Terengganu.

Program julung-julung kali dianjurkan itu, mendapat sambutan 'memberangsangkan' sehingga ada diantara yang datang kemudian hanya 'berputih mata'.

Oleh itu Jawatankuasa Surau al-Huda sedang menggandakan usaha mendapatkan sokongan dan sumbangan dari orang ramai bagi menambah jumlah bubur lambuk yang diedarkan pada minggu hadapan.

03 Ogos 2011

Tambahkan penguatkuasa; pastikan Ramadhan selamat dan dihormati

KUALA NERUS - Pihak berkuasa negeri Terengganu digesa menambahkan jumlah anggota penguatkuasa dan bagi memastikan kesucian bulan Ramadhan yang mulia dipelihara dan dihayati dengn selamat.

"Yang pertama, penguatkuasa ugama, kita (PAS) harap pihak berkenaan dapat menambahkan jumlah anggota penguatkuasa,

"bukan sahaja maksiat pada waktu malam, tapi terang-terang orang beli makanan, jam 12 tengahari dan 'start' itu tidak wajar,"kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak.

Wahid, PJ PAS Terengganu turun bertemu rakyat di bazar Ramadhan Batu Enam

02 Ogos 2011

Surau al-Huda di pejabat PAS Terengganu akan menjadi tumpuan

 KUALA TERENGGANU – Selain akan menjadi musolla bagi solat zohor dan Asr’ berjemaah, surau al-Huda yang terletak disisi kanan pejabat perhubungan PAS Terengganu akan menjadi tumpuan sepeanjang Ramadhan 1432.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, tazkirah Ramadhan akan disampaikan oleh para ustaz terpilih, pada setiap selepas solat zohor berjemaah.

“kita akan mengambil pendekatan seringkas mungkin bagi menyampaikan pesanan dan ilmu sepanjang bulan Ramadhan,

“dan waktu selepas zohor biasanya dihabiskan untuk makan tengah hari, boleh dimanfaatkan sepanjang Ramadhan,”ujarnya ketika ditemui.

PAS Besut lancar 'Operasi Tawan Besut' (OTB); Ulang kegemilangan 1999

 BESUT - PAS Terengganu telah pun meletakkan sasaran untuk menang disemua kerusi seluruh negeri bagi mengambil-alih pentadbiran dari kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.

Justeru itu, PAS Kawasan Besut melancarkan program “Operasi Tawan Besut (OTB) 4+1” yang telah dirasmikan oleh Timbalan Presidennya , Haji Mohamad Sabu di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Jertih, baru-baru ini.

Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata antara objektif penting dalam pelancaran program “OTB 4+1” adalah membina keyakinan dalaman dan luaran terhadap PAS sebagai pemerintah.

Amalkan Negara Berkebajikan; PAS ucap takziah kepada kematian warga bukan Islam

KEMAMAN - Kepimpinan PAS Terengganu sudah lama mengamalkan konsep “Negara Berkebajikan” yang baru dirasakan diutarakan 'secara pakej' oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Muktamar tahunan PAS baru-baru ini.

Antaranya adalah prihatin terhadap masyarakat majmuk dan ziarah menziarahi apabila tiba waktu kegembiraan di waktu perayaan ataupun tika saat-saat kepayahan melanda.

Justeru, apa berlakunya kematian sekali pun keatas orang bukan Islam, pemimpin PAS akan menjenguk, menumpang kesedihan.

01 Ogos 2011

Ramadhan Bulan BERSIH; Persiapan hadapi 'perang' pilihanraya menentang Umno-BN

HULU TERENGGANU - Kempen 1Malaysia yang digerakkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) juga adalah sebuah pertubuhan haram sekiranya BERSIH 2.0 dianggap demikian.

Menurut Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda PAS Malaysia, BERSIH 2.0 tidak perlu didaftarkan kerana ia bukan sebuah pertubuhan.

"BERSIH bukan sebuah pertubuhan, ia dalah sebuah kempen yang digerakkan oleh lebih 60 NGO, turut disokong oleh (parti-parti dalam) Pakatan Rakyat,

Hanya diambil keterangan risalah PGU 'Umno khianat Islam'

 - Tiga pemuda PAS Kuala Nerus di lepaskan jam 11.30 malam
KUALA NERUS -  Fadzil Wahab, Badarul Insan dan Saiful Nizam yang diarahkan untuk hadir ke balai polis Gong Badak pada jam 7 petang Sabtu 30 Julai, dilepaskan selepas diambil keterangan sebagai saksi dalam tempoh 4 jam setengah kemudiannya.

Menurut Fadzil, beliau telah didatangi dua orang polis dengan sebuah kereta, meminta kad pengenalannya dan dua rakan dan kemudian diarah melapor ke balai polis.

31 Julai 2011

Ramadhan al-Mubarak; meletakkan Islam dan perintah Allah mengatasi segala kepentingan

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Bulan kita dijemput menjadi tetamu Allah SWT, menyahut seruan Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman dahulu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala”.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...