13 Julai 2013

Kerajaan BN Gagal Siapkan 300 Unit Rumah Pangsa Mampu Milik

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/rumah%20pangsa.jpgKUALA BESUT -“Janji Tidak Ditepati”…itulah kata-kata yang boleh diungkap oleh penduduk di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang rasa tertipu dengan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ini kerana, Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said sendiri yang berjanji kepada rakyat sebanyak 300 unit Pangsapuri Kos Rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13.

12 Julai 2013

5,000 Bersama Perarakan Mengiringi 'Che Long'

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/penamaan%20calon.jpgBESUT - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengimamkan solat hajat di Masjid Kampung Raja sebelum mengetuai perarakan mengiringi  penamaan calon PAS bagi pilihan raya kecil Dun Kuala  Besut yang diadakan di kompleks Rakan muda dekat sini.

Haji Azlan @ Endut Yusof  lebih mesra dengan panggilan Che Long turut menunaikan solat hajat, sebelum perarakan bermula pada kira-kira jam 7.45 pagi.

11 Julai 2013

PAS Kawasan Besut Yakin 'Che Long' Calon Pilihan Rakyat

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/wan%20azhar.jpgBESUT - PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan tahniah kepada Haji Azlan @ Endut Bin Yusof di atas pemilihan beliau sebagai calon yang akan mewakili PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut.

Yang Dipertuanya Usraz Wan Azhar Wan Ahmad menyifatkan keputusan yang diumumkan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Presiden PAS itu adalah tepat setelah mengambil kira semua faktor termasuk persekitaran di kawasan Kuala Besutyang terkenal sebagai kawasan pelancungan di samping penduduknya yang menjalankan aktiviti pantai, petani dan peniaga.

10 Julai 2013

Che Long Komited Membantu Penduduk Kuala Besut

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/chelong%202.jpgBESUT - Haji Endut @ Azlan bin Yusof atau yang lebih dikenali sebagai ‘Che Long’ berazam untuk memberikan perkhidmatan terbaik, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat oleh penduduk Kuala Besut.

“Pada saya, saya kata, InsyaAllah, (bila) kita sampaikan hajat orang, Allah akan sampai (kan) hajat kita (dan) hajat kita dah tak ada apa, kita minta syurga Allah Taala,

09 Julai 2013

'Che Long' Calon PAS PRK Kuala Besut

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/chelong%20baiah.jpgBESUT - Calon pilihan ramai, seorang kontraktor Kelas A anak jati Kuala Besut Haji EndUt @ Azlan Yusof, 48, telah diumumkan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan akan mewakili PAS untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Beliau yang lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai 'Che Long' adalah aktivis PAS memegang amanah sebagai Bendahari PAS Kawasan Besut sejak tahun 2009 ditabalkan sebagai calon PRK pada jam 11.40 malam di Majlis Pengumuman Calon PAS di Kampung Nail, Kuala Besut pada Selasa malam, 9 Julai .

PRK Kuala Besut; PAS Yakin Calon 'Pilihan Rakyat'nya Akan Menang

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Satiful%20(kanan)%20dan%20Hanafiah%20ketika%20ditemui%20selepas%20mempengerusikan%20Mesyuarat%20Operasi%20PR%20Dun%20Kuala%20Besut%20di%20Markaz%20Besar%20Pas%20Kampung%20Baru,%20Kuala%20Besut,%20di%20sini,%20semalama..jpgKUALA BESUT – PAS yakin calonnya yang bakal diumumkan adalah lebih baik untuk bersaing dengan calon BN kerana calon yang diumumkan oleh Umno-BN, Tengku Zaihan Che Omar kurang dikenali masyarakat setempat.

Pengarah Operasi PAS bagi Pilihanraya Kecil Kuala Besut Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, calon PAS adalah calon 'pilihan rakyat' yangakan menarik minat orang ramai memberi sokongan kepada PAS.

PRK Kuala Besut - PAS Cabar BN Bertanding Secara ‘Gentleman’

KUALA TERENGGANU - PAS mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) bertanding secara ‘gentleman’ dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut dan bertanding secara bersih pada 24 Julai ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik mendesak agar pemimpin Umno-BN tidak mempergunakan senjata duit bagi membeli rakyat pada PRK di Kuala Besut.

08 Julai 2013

Pemuda PAS Gerakkan Kempen '16 : 16'

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/lancar%20ramdhan%20bulan%20ibadah.jpgKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menggerakkan kempen menarik sasaran dari golongan pengundi muda dengan mengenengahkan slogan dan motto '16 : 16' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut.

Timbalan Ketuanya, YB Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz yakin, ia  mampu menarik para pengundi termasuk orang muda sekaligus memberi kemenangan kepada calon PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya tersebut.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...