01 Februari 2014

RM1.2 Juta DiPerlukan Untuk Menyiapkan Kompleks Madrasah Darul Iman

NasirMARANG – Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman (KPMDI) dekat sini masih memelukan kira-kra RM1.2 juta bagi menyiapkan Fasa Ke-3 dan Ke-4 pembinaannya.
Pengarah Program Majlis Pecah Tanah pelancaran pembinaan Fasa Ke-3 Mohd Nasir Ismail berkata, keseluruhan KPMDI menelan belanja kira-kira RM3.5 juta
“apa yang kita tengok (dalam pembinaan) ini adalah Fasa (tiga) yang akan menempatkan dewan untuk mesyuarat, dewan untuk perbincangan awam, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong,

31 Januari 2014

ADUN Sura Lebih Senang Bergerak Dengan ‘Kapcai’

wan hapandi rakyatDUNGUN – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sura, YB. Haji Wan Hapandi Wan Nik biasa kelihatan bertemu rakyatnya dalam kawasan dengan hanya menunggang motosikal ‘kapcai’.

Menurutnya, dengan menunggang motosikal memudahkan beliau menyusuri jalan-jalan kampung untuk memenuhi undangan serta menziarahi masyarakat setempat.

Petang Isnin lalu, beliau yang diiringi Ketua PAS Cawangan Alor Tembesu@Sura Gate, Haji Hassan Abd Aziz singgah di rumah seorang warga emas, Timah binti Jusoh, 62, menyampaikan sumbangan kerusi roda.

Sokongan Orang Cina Bandar Terus Bersama PAS dan Pakatan Rakyat

IMG-20140130-WA0062KUALA TERENGGANU – Masyarakat Tionghua yang membuat perubahan pada Pilihanraya Umum Kali Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu masih dalam ‘mood’ yang sama dan akan meneruskan sokongan, memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Kesempatan menziarahi para peniaga kaum Tionghua menjelang sambutan Tahun Baru Cina kelmarin menunjukkan kecenderungan orang Cina DUN Bandar terus memihak kepada pembangkang.


Menurut Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed penerimaan kaum Cina amat baik dan begitu mesra.

Nisa’ Ajak Anak Muda Kongsi Aktiviti Sosial Secara ‘Syariat’

karnival setiuSETIU – Satu Karnival anak Muda akan dianjurkan oleh Pertubuhan Ni’sa’ Setiu, bertempat di dataran PGU Jabi bersebelahan Dewan Sivik Pekan Jabi pada Sabtu 1 Februari, bemula jam 9.00 pagi sehingga 5 petang.

Menurut Pengarah Karnival, Zakiah Ahmad, tujuan penganjuran adalah menjadikan karnival sebagai satu ‘medium’ kepada anak-anak muda mendapat ilmu, berkongsi bakat dan menjalani aktiviti sosial secara syariat.

“Hal ini dapat direalisasikan melalui aktiviti yang telah dirancang khas untuk para remaja dan pemudi seperti slot perkongsian dari penulis novel terkenal, ustazah Fatimah Syarha,
 
“dan juga penampilan istimewa Imam Muda Fakhrul Razi,”ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang Khamis, 30 Januari.

30 Januari 2014

Selamat Tahun Baru Cina Kepada Seluruh Warga Tionghua

tmp_IMG-20140130-WA00401452234928MARANG – “Terima kasih Yang Berhormat,”itulah kata-kata yang diucapkan oleh Sin Kun Huan, 65 seorang penerima buah tangan dari ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah ketika berkunjung ke rumahnya, sempena kedatangan hari besar, Tahun Baru Cina.

Warga emas yang juga seorang peniaga itu, telah lama tinggal di Bukit Payong, dikunjungi Oleh Ustaz Mohd Nor bersama rombongannya yang terdiri dari Pengerusi Lujnah Perpaduan Mohd Nasir Ismail serta beberapa Ahli Jawatakuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Payong.

Kedai Kun Huan yang yang terletak di pekam Bukit Payong menjalankan perniagaan alat ganti motosikal diwarisinya dari mendiang ayahnya, dan telah beroperasi selama lebih 60 tahun.

29 Januari 2014

Mangsa Lemas Lubok Salor Ditemui

IMG-20140128-WA0092DUNGUN – Setelah hampir 24 jam operasi mencari dan menyeiamatkan akhirnya berjaya menemui mayat mangsa.

Mangsa, Mohd Saiful Azwan bin Mohamad, 16 tahun dilaporkan lemas di kawasan rekreasi Lubuk Salor, Kampung Syukor jam 12.30 tengah hari semalam. Pasukan Penyelamat Bomba dengan bantuan penduduk tempatan berjaya menemui arwah sekitar jam 11.00 pagi tadi.

Ketika lawatan ziarah Pengarah MTD Bukit Besi, Tuan Haji Ghazali Sulaiman ke lokasi tempat kejadian petang semalam, suasana sedih menyelubungi ahli keluarga mangsa dan rakan-rakan arwah.

ADUN Chukai Kesal Lesen Perniagaan MPK Naik 120%

IMG-20140128-WA0003KEMAMAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai YB Haji Hanafiah Mat kesal dan kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menaikkan bayaran lesen perniagaan sehingga 120 peratus.

Beliau berkata, MPK sepatutnya lebih prihatin tidak menekan peniaga kecil-kecilan dan menumpukan usaha untuk meningkatkan pendapatan dari hasil cukai industri.

“Saya kecewa MPK menaikan lesen perniagaan sehingga 200% yang membebankan rakyat tanpa mengeluarkan notis, peniaga terkejut apabila membuat bayaran lesen……….tiba-tiba dimaklumkan kenaikannya,

28 Januari 2014

Semua Pihak Harus Peka

lemas dungun 270114aDUNGUN – Ahli Parlimen Dungun, YB. Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli melahirkan rasa sedih dengan beberapa kes lemas yang mengorbankan nyawa di sekitar Dungun sejak akhir-akhir ini.

Beliau merujuk beberapa kes yang berlaku di Pantai Teluk lipat, Pantai Tanjung Bidara, Pusat Rekreasi Tasik Puteri Bukit Besi dan kejadian terbaru di Air terjun Kain di Kampung Shukur, melibatkan seorang pelajar sekolah tingkatan empat.

ADUN Sura Desak Kerajaan Pertingkat Peranan JKKK

wan hapandi wan nikDUNGUN – Kerajaan negeri perlu mengkaji semula peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bersesuaian dengan keperluan masyarakat pada masakini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB Wan Hapandi Wan Nik, JKKK pada zaman ini perlu bertindak lebih pro-aktif bagi menyelesaiakn masalah orang kampung.

“Apakah wajar rakyat dibiarkan menghuni bekas kandang kambing selama 10 tahun,?” katanya ketika memberi reaksi terhadap mengulas laporan sebuah akhbar tempatan pada Isnin 27 Januari yang menggambarkan agensi kerajaan tidak mempunyai maklumat tentang kemiskinan rakyat.

27 Januari 2014

Isu Antartika; Pejabat Menteri Besar Jangan Berdolak Dalih, Memanipulasi Media

Dr Azman IbrahimKUALA TERENGGANU – Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Dr Azman Ibrahim melahirkan kebimbangan terhadap kenyataan baru yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar Terengganu berhubung isu pemergian Dato’ Seri Ahmad Said ke Antartika.

Beliau mempersoalkan bagaimana dalam masa dua minggu pejabat yang menjadi pusat pentadbiran negeri boleh mengeluarkan kenyataan berbeza berhubung isu tersebut.

“saya bimbang ada pihak yang berdolak dalih tentang suatu kenyataan sebenarnya berhubung isu pemergian Menteri Besar ke benua Antartik,

26 Januari 2014

Projek Rumah Moswa Realisasikan Impian Miliki Rumah Sendiri

IMG-20140125-WA0009DUNGUN – Selepas 10 tahun menjalani kehidupan ‘merempat’, impian Mohd Sazlly Najalhi untuk memperolehi rumah kediaman sendiri bakal menjadi realiti.

Beliau berusia 36 tahun dan isterinya Salina Abu Bakar serta tiga orang anaknya yang tidak mampu membina kediaman sendiri sebelum ini terpaksa tinggal di kandang kambing terbiar kerana kesempitan hidup.

[Gambar atas - ADUN Sura  Wan Hapandi (baju lengan belang) turut sama 'menyingsing lengan' menggaul simen, bergotong royong dalam program pelancaran Projek Rumah Moswa UPU Sungai Buaya]

Namun ia bukanlah suatu igauan untuk memiliki rumah yang ‘sempurna’ bagi lima sekeluarga itu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, YB. Haji Wan Hapandi Wan Nik melancarkan Projek Rumah Moswa.

Guru PASTI As-Salam Dinobatkan Dua Anugerah

MARANG- Guru PASTI As-Salam, Padang Midin, Cikgu Nora Abdul Jalil, 55 telah berjaya mengharumkan PASTI Terengganu apabila dinobatkan sebagai...