03 Disember 2011

Rakan Khidmat - 'Khidmat untuk Semua' dilancarkan

Oleh : Mohd Tishaah Hamzah
KUALA TERENGGANU - Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah mengadakan majlis perlancaran 'Rakan Khidmat' - Khidmat Untuk Semua, pada petang Jumaat 2 November di Masjid Pengadang Baru, di sini.

Pelancaran baan sukarelawan terbaru PAS Terengganu tersebut telah disempurnakan oleh Presiden PAS YB Dato Seri' Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dengan dihadiri oleh seramai 1,200 anggota dari seluruh negeri.

02 Disember 2011

Projek I-Sharp punca banjir bertambah buruk


KUALA TERENGGANU – Projek Taman Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu (I-SHARP) yang dilaksanakan oleh kerajaan didakwa menjadi punca banjir yang berlaku di sekitar Kampung Nyatoh Permaisuri dalam daerah Setiu bertambah buruk.

Menurut Pengersi Lujnah Pengguna dan Alam sekitar PAS Negeri Terengganu, projek yang bernilai RM200 juta itu enyebabkan beberapa impak lain yang sedang dan akan dihadapi oleh penduduk terbabit.

01 Disember 2011

Pulau Bebas Cukai atau Pulau Bebas Balak?

HULU TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional disifatkan hanya 'hangat-hangat tahi ayam' dalam membangunkan Pulau Bebas Cukai di Pulau Bayas Tasik Kenyir.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata sudah lebih setahun Menteri Besar Dato' Ahmad Said meuar-uarkan pembangunan pulau tersebut, namun perkembangannya sangat mendukacitakan.

30 November 2011

Kampung Mak Jintan: penipuan Ahmad Said dan janji palsu kerajaan Pusat

SETIU - Walaupun Kampung Mak Jintan terletak dalam Dewan Undang Negeri (DUN) Tepuh dan Parlimen Kuala Nerus, namun tidak ada jalan terus yang menghubungkan kampung tersebut dengan DUN Tepuh.

Kampung yang mula dibuka sekitar awal 1980-an itu, tidak dikenali ramai, sehinggalah Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir ke kampung Jelapang yang hampir dengan kampung Mak Jintan.

Hubungan Ukhuwwah tidak akan putus

- PAS Kuala Nerus teruskan Ekspedisi ke Kampoung Mak Jintan
SETIU
- PAS Kawasan Kuala Nerus akan terus mengambil tanggungjawab membantu para penduduk Kampung Mak Jintan walaupun kampung tersebut terpisah dari persempadanan politik dengan kawasan parlimen itu.

Menurut Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, Cikgu Shukrimun Shamsuddin program ziarah dan sumbangan bantuan berterusan ke kampung terbabit memandangkan ia tidak diambil perhatian oleh pihak berwajib.

29 November 2011

Nama-nama bakal calon PRU ke-13 sudah dihantar

- calon-calon baru, muda, hebat, berwibawa dan 'winnable'
KUALA TERENGGANU - Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengesahkan, beliau mempunyai maklumat tentang bakal calon-calon PAS yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13.

Beliau berkata nama-nama tersebut sudah di hantar kepada PAS Pusat.

28 November 2011

Suara Melayu Islam semakin 'hilang' di bawah BN berbanding PR


- suara Melayu Islam dalam BN 12%, dalam PR 67%
KUALA TERENGGANU
- Suara politik orang Melayu Islam 'semakin hilang' di bawah pemerintahan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) berada di tengah-tengah “bahaya”.

Malah, ahli dan penyokong Umno-BN sendiri tidak mengetahui bahawa peratusan suara Melayu Islam dalam BN hanya 14 peratus berbanding 86 peratus bukan Melayu Islam.

Simulasi pilihanraya program Umno ugut dan tipu pengundi

KUALA TERENGGANU - Simulasi pilihan raya atau pilihanraya 'olok-olok' yang dilaksanakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah program yang melanggar etika, mengugut dan memanupulasi para pengundi.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu Ariffin Deraman menegaskan, PAS tidak tergugat dengan program itu, namun menurutnya, beliau bimbang kerana rakyat menjadi mangsa politik ugutan dan penipuan Umno.

Katanya, beliau mendapat maklumat, sasaran pengundi simulasi itu adalah terdiri daripada mereka yang cuba dipengaruhi oleh Umno.

"saya dapat maklumat 'taget' utama adalah orang yang boleh dipengaruhi khususnya kepada penerima bantuan ehsan, penerima dana 'to you', (dana) bakti remaja, pengundi-pengundi baru,

"yang mana kita juga dapat lihat surat yang dikeluarkan oleh menteri besar, Mad Said kepada pengundi-pengundi tertentu supaya hadir dalam simulasi,"katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut pada Sabtu 26 November.

27 November 2011

Calon PAS; Keputusan Syura menolak Zulkifli Nordin betul

KUALA TERENGGANU - Tindakan Majlis Syura Ulamak PAS menolak pencalonan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin pada dua penggal lalu adalah tepat.

Walaupun ketika itu, beliau merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan, namun Majlis Syura melihat beberapa kriteria yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi oleh Zulkifli.

"Pengalaman dlam Majlis Syura, kita pernah tolak beberapa orang calon, antara yang kita pernah tolak (ialah) Zulkifli Nordin, Syura pernah tolak dia sebagai calon PAS,

PAS mahu pemuda Islam cergas dan cemerlang


MARANG - PAS mahu melihat para pemuda Islam disemua peringkat dalam zaman mudanya menjadi aktif dan seimbang dalam semua kegiatan hidup.

Menurut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali, Nabi SAW bersabda badan setiap orang itu haknya, yang menuntut kepada latihan dan kecergasan.

Belliau menfikan tanggapan sesetengah pihak bahawa PAS tidak menggalakkan sukan dan permainan.

Potensi Tamatkan Konflik Yaman

  Perunding Houthi meninggalkan Riyadh selepas pusingan lima hari rundingan dengan pegawai Saudi mengenai perjanjian berpotensi yang boleh m...